Tarikh Melihat Anak Bulan Syawal 2011

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, Syawal bulan meraikan kejayaan setelah berpuasa selama 30 hari di bulan Ramadhan. Nikmat merayakan Aidil Fitri akan lebih dirasai apabila kita bersungguh-sungguh melaksanakan berbagai amalan di bulan Ramadhan. Syawal juga bulan ibadah tetapi malangnya selalu diraikan dengan hiburan yang tiada batasnya samada di TV, Radio, Pawagan dan Pasaraya seluruh negara.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengumumkan sebanyak 30 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Syawal pada 29 Ogos 2011 ini bagi menentukan tarikh Aidilfitri tahun ini. Majlis Raja-Raja juga mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Aidilfitri adalah berdasarkan rukyah dan hisab dan pengisytiharan tarikh akan diumumkan pada malam Isnin itu menerusi radio dan televisyen.

Tempat melihat anak bulan Syawal :

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, tempat melihat anak bulan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Tanjung Bidara (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pusat Falak Sheikh Tahir, Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Bukit Besar, Kuala Terengganu (Terengganu); Bukit Kemuning, Kemaman (Terengganu); Pulau Perhentian (Terengganu); Balai Cerap KUSZA, Setiu (Terengganu), Bukit Peraksi, Pasir Puteh (Kelantan); Bukit Kampung Tembeling, Kuala Krai (Kelantan); Menara Bangunan SEDC, Kota Baharu (Kelantan).

Tanjung Lubang, Miri (Sarawak); Teluk Bandung, Kuching (Sarawak), Tanjung Batu, Bintulu (Sarawak); Balai Cerap Al-Biruni, Putatan, Sabah; Bukit Tanjung Batu, Nenasi (Pahang); Gunung Berincang, Cameron Highlands (Pahang); Bukit Pelindong, Kuantan (Pahang).

Menara Universiti Malaysia Sabah (Labuan); Menara Kuala Lumpur (Kuala Lumpur); Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, dan Kuala Sungai Baru, Simpang Empat (Perlis).

Untuk mengetahui sejarah menetapan melihat anak bulan di Malaysia sila baca entri “Tarikh Melihat Anak Bulan Puasa, Syawal dan Sejarahnya“.


Spread the love

93 Comments

      1. Bila Sebelas bulan Kita sebar dengki Dan prasangka,
        Sebulan penuh Kita tebar kasih sayang sesama.
        Dua belas bulan Kita berinteraksi penuh salah Dan khilaf,
        Moga Di Hari suci nan fitri ini, Kita cuci hati, Kita buka pintu maaf.
        Selamat Idul Fitri, mohon maaf lahir Dan batin.
        Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012My Profile

    1. Beningkan hati dengan dzikir
      Cerahkan jiwa dengan cinta
      Lalui hari dengan senyum
      Tetapkan langkah dengan syukur
      Sucikan hati dengan permohonan maaf
      Met Hari Raya Idul Fitri
      Taqobbalallahu minna wa Min’kum
      Minal Aidzin Wal Faidzin
      “Mohon Maaf Lahir dan Batin” 😉
      Curahan rasa Bang Iwan @ ..iPad 3 Diluncurkan Awal tahun 2012My Profile

  1. Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi
    Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa
    Dalam kelembutan lidah ada keterlanjuran kata
    Dalam gurau senda tentu ada khilaf dan dosa
    Mohon kemaafan untuk segala-galanya
    & Selamat Hari Raya Aidilfitri
    Curahan rasa zulkbo @ ..Kad Raya Pilihan Ku Tahun 1432 HMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!