Tandas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak cerita kisah tandas. Islam dah tunjuk sunnah Nabi cara keluar masuk dan adab dalam tandas. Islam juga tidak mengalakkan kita berada terlalu lama dalam tandas kerana ianya bukanlah tempat yang suci. Masuk dan selesaikan dengan segera apa juga urusan yang nak diselesaikan di dalam tandas.

Tandas bukan tempat yang suci tetapi bukan bermakna tempat yang mesti dibiarkan tidak bersih dan kotor. Sedihnya kalau kita singgah di tandas awam, tandas di pasaraya dan tandas di kedai makan hampir majoriti tidak diuruskan dengan baik. Sebelum mengharapkan tukang cuci kita sendiri mesti ada tanggungjawab membersihkan apa yang kita tinggalkan.

Apa sangat yang boleh kita harapkan seandainya kita sendiri tak boleh menguruskan buangan kita sendiri. Kalau tabiat buruk kita di tandas awam adakah tabiat kita akan jadi baik apabila menggunakan tandas sendiri di rumah.

Pernahkah kita berkunjung di rumah kawan-kawan yang rumahnya sangat bersih dan teratur tetapi tandas rumahnya kotor atau pernahkah kita berkunjung ke rumah yang tandas rumah sangat bersih tetapi rumahnya tidak terurus.

Segalanya bermula dari rumah dan bermula dari tandas. Jika kita mempunyai tabiat yang baik menguruskan tandas pasti yang lain juga baik. Adakah teman-teman setuju dengan aku???


Spread the love

100 Comments

  1. Negara maju, bangunan2 tinggi mencakar langit tapi sedihnya tandas kotor… Benda asas pun tak dapat dipelihara. Bayar 0.20-0.50 sen tapi keadaan tandas masih menghampakan.. bukan nak tolak kesalahan kepada penjaga tandas sebab tak membersihkan tandas tapi mentaliti masyarakat yang tak pandai ambil kisah tentang benda ni.. Tapi kalau tandas dekat rumah, memang satu habuk pun tak melekat dekat tiles tu..
    Curahan rasa Steward John @ ..How to monetize your blog | Earn with NuffnangMy Profile

  2. Mak kiter pernah berkata,
    Tips nak mencari isteri tandas umah dia mesti bersih.
    Sebab apa?
    Sebab kalau tandas, kawasan dalam rumah yang paling kotor bersih, bayangkan kawasan rumah yang lain..
    Maksudnya dia seorang yang pembersih
    Curahan rasa Pojiepooh Abdullah @ ..Alalala, buah hati papa!My Profile

  3. sangat setuju! :). Bersih belum tentu suci. Tapi tempat yang tidak suci, bukan berarti dibiarkan kotor (tidak bersih). Bersih dan suci adalah yang terbaik, bukan begitu?

  4. Huhuhu…betul betul
    Tapi bila tandas tue terlalu kotor
    Kalu dah mandi terasa diri mcm xmandi
    Huhuu…rumah bersepah tak pe …
    Tapi kal0 tandas k0t0r???
    Ad0iiiii…skt hati T_T

    Miss Meen suka basuh tandas
    Bila hati Miss Meen susah hati T_T

    *Susah sangat ker nak basuh tandas..walhal guna sama-sama kan*
    Curahan rasa Miss Meen @ ..ll J0m k0ngsi Satu Cerita llMy Profile

  5. Perihal kebersihan ini kalau dari rumah tidak menjaga kebersihan hingga membawa ke mana-mana ia pergi. Paling teruk apabila sudah membuang hajat tidak pandai pam

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!