Tandas

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, nak cerita kisah tandas. Islam dah tunjuk sunnah Nabi cara keluar masuk dan adab dalam tandas. Islam juga tidak mengalakkan kita berada terlalu lama dalam tandas kerana ianya bukanlah tempat yang suci. Masuk dan selesaikan dengan segera apa juga urusan yang nak diselesaikan di dalam tandas.

Tandas bukan tempat yang suci tetapi bukan bermakna tempat yang mesti dibiarkan tidak bersih dan kotor. Sedihnya kalau kita singgah di tandas awam, tandas di pasaraya dan tandas di kedai makan hampir majoriti tidak diuruskan dengan baik. Sebelum mengharapkan tukang cuci kita sendiri mesti ada tanggungjawab membersihkan apa yang kita tinggalkan.

Apa sangat yang boleh kita harapkan seandainya kita sendiri tak boleh menguruskan buangan kita sendiri. Kalau tabiat buruk kita di tandas awam adakah tabiat kita akan jadi baik apabila menggunakan tandas sendiri di rumah.

Pernahkah kita berkunjung di rumah kawan-kawan yang rumahnya sangat bersih dan teratur tetapi tandas rumahnya kotor atau pernahkah kita berkunjung ke rumah yang tandas rumah sangat bersih tetapi rumahnya tidak terurus.

Segalanya bermula dari rumah dan bermula dari tandas. Jika kita mempunyai tabiat yang baik menguruskan tandas pasti yang lain juga baik. Adakah teman-teman setuju dengan aku???


Spread the love

100 Comments

  1. mentaliti masyarakat kita yang pengotor..kekadang dekat universiti pun tandas kotor..kalau orang pandai pun dah gni..jadi macam mana..

    1. Tabiat pengotor kekadang tak kita tahap pelajaran. Banyak juga rumah keluarga educated tapi tandas rumah subhanallah tak terurus.

  2. Ya, kalau nak tengok keluarga itu pembersih atau tidak, masuk dan periksalah tandas mereka. kata ibu, tandas reflects first impression sesebuah keluarga. macam tu jugalah negara, kalau most tandas di malaysia bersih then first impression orang luar terhadap negara kita positif..~
    Curahan rasa Princess @ ..my new websiteMy Profile

  3. setuju sangat, dalam sebuah rumah tu tak guna kat luar nampak kemas tapi toilet kotor, berbau dan melekit-lekit. automatik dah menggambarkan mcm mana sikap tuan rumah tu. rimas kalau duduk kat rumah sewa, sorang2 je menyental….~

    1. Mat saleh bilik air besar n bersih. Aku pun suka bilik air besar dan ada ruang berasingan antara bilik mandi, tandas dan sinky.

  4. Kalau saya nak duduk rumah kengkawan atau sedara mara lama-lama, saya akan tengok tandas dulu. Kalau tandas tu bersih, tido bermalam-malam pun sanggup….hehhehe…tapi kalau sebaliknya….kejap jer la saya singgah…huhuhu

        1. station minyak lg bersih kdg2 hahahahha mcm tu jugak la restaurant, kalau tak bersih….aihh terus geli

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!