Syukur Mowgli Malaysia naik pangkat jadi Lans Koperal

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tahniah adik Syukur. Moga jadi inspirasi kepada remaja di luar sana.

Inilah kata orang, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia tiada siapa tahu. Jika Allah mengkehendakiNya, dia akan beri dalam pelbagai bentuk. Sudah tentu rezeki itu datang dalam pelbagai bentuk dan tidak terduga dengan akal fikiran manusia.

Tentu ramai yang masih ingat kisah Mowgli Malaysia iaitu Muhammad Syukur Khamis.

Melihat gambarnya yang mampu bermesra dengan kerbau peliharaan ayahnya sejumlah hampir 100 ekor selain keakrabannya dengan binatang lain dan gambarnya memenangi 20 gambar terbaik dunia, nama Syukur terus meniti di hati rakyat Malaysia.

Baru saja menerima anugerah Murid Unggul yang diterimanya dari Pejabat Pendidikan Daerah pada 13 Januari lalu, terbaru, remaja ceria berusia 14 tahun dan bersekolah di SMK Padang Midin, Kuala Terengganu ini, sekali lagi  diangkat sebagai Ikon Remaja APM ( acara ini akan berlangsung Mac depan).

Ketua Pesuruhjaya APM, Datuk Roslan Wahab berkata, pengiktirafan kepada Syukur yang juga merupakan kadet Pertahanan Awam itu, bagi membolehkan remaja tersebut menyebarkan aura positif dan memberi inspirasi kepada rakan sebayanya.

Menurutnya, penganugerahan itu akan dibuat pada Perhimpunan Angkatan Pertahanan Awam Peringkat Kebangsaan Ke-66 yang akan berlangsung di Seremban, Negeri Sembilan.

“Setelah lihat banyak video diviralkan, saya melihat Syukur ada kelebihan yang boleh kita manfaatkan. APM sendiri akan bantu dia dengan memberi lebih banyak pendedahan, supaya pada masa depan dia boleh dibawa ke sekolah-sekolah berhampiran di Terengganu untuk memberikan motivasi kepada pelajar lain.

“Pada masa yang sama, kita tidak mahu dia tenggelam dengan dunia glamor ini, sebab dia masih belajar. Kita nak beri dia pendedahan supaya apabila dia terdedah dengan dunia luar, Syukur akan menjadi lebih yakin dan boleh memberikan semangat balik kepada orang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perjumpaan Ketua Pesuruhjaya APM Bersama Adik Syukur ‘Kampung Boy’ di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengarah APM Terengganu, LT. KOL (PA) Che Adam A.Rahman dan Pengarah Pendidikan Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Sementara itu, pada majlis berkenaan, Roslan mengumumkan Syukur dinaikkan pangkat kepada Lans Koperal dalam kadet Pertahanan Awam.

“Saya harap kenaikan pangkat ini akan menggilap lagi bakat kepimpinan yang ada pada beliau dan menjadi pelajar contoh.

kredit : Sinar Harian



Spread the love

4 Comments

  1. Rezeki dak Syukur ni..Tapi memang rare la kan gambar gambar dia. Nak nak bila omputih tengok..igtkn Bull la tu kan

  2. Alhamdulillah rezeki Syukur. Itulah tidak siapa sangka budak kampung biasa yang hanya membantu keluarga menjaga kerbau menjadi begitu dikenali kerana gambarnya yang menarik yang memenangi hadiah di luar negara,

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!