Huawei kena banned, apa sudah jadi?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kisah Huawei ini bukan kisah baru. Masih ingat kisah China beri amaran untuk lepaskan CFO Huawei ?

Huawei Technologies bersama 70 syarikat yang mempunyai kaitan dengan Huawei telah disenaraihitamkan oleh pentadbiran Donald Trump. Kini, Huawei tidak lagi boleh membuat sebarang urus niaga dengan mana-mana syarikat di Amerika Syarikat tanpa kebenaran kerajaan Amerika Syarikat.

Berikutan keputusan itu, wakil daripada Google mengeluarkan kenyataan yang mereka perlu mengikut arahan yang dikeluarkan. Pada ketika ini, model Huawei sedia ada boleh terus menggunakan aplikasi Google Play dan sistem Android.

“Buat masa ini, pengguna sedia ada Google Play dan boleh terus menggunakan segala fungsi yang ada pada peranti Huawei mereka,” menurut kenyataan daripada Google.

Nampaknya mimpi buruk Huawei belum berakhir lagi. Beberapa jam selepas Google membuat pengumuman bahawa mereka tidak akan memberikan lesen android kepada Huawei, mereka sekali lagi menerima tamparan yang hebat.

Syarikat pengeluar dan pembekal cip gergasi iaitu Intel, Qualcomm dan Broadcom turut mengesahkan mereka akan memutuskan ‘hubungan’ dengan Huawei berkuat-kuasa serta merta.

Menurut sumber, kesemua syarikat pembuat cip tersebut telah dimaklumkan untuk berhenti menjual perkakasan kepada Huawei sehingga notis selanjutnya.

Sementara itu, Microsoft belum memberi sebarang komen berhubung isu ini sama ada ingin terus membekalkan sistem operasi Window bagi komputer riba Huawei. Namun, terdapat kemungkinan bahawa mereka akan turut mengikut jejak langkah yang sama.

Penghentian jualan perkakasan dan sokongan perisian ini dibuat setelah Huawei disenaraikan ke dalam Entity List oleh Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat kerana didakwa meningkatkan risiko terhadap keselamatan negara.

Perkara ini sekaligus membuatkan semua syarikat yang berada di A.S tidak boleh melakukan sebarang perdagangan dengan Huawei, melainkan mendapat kebenaran daripada pihak kerajaan sendiri.


Spread the love

8 Comments

  1. semuanya ini adalah strategi bisnes dalam usaha mereka mendapat pasaran di peringat global

    dalam pada itu mereka cuba menekan China agar tidak pergi terlalu jauh dalam teknologi mobile sehingga menggugat bisnes mereka yang sedia ada.

  2. aduh hp android saya pakai merk Huawei,,,apakah akan berdampak juga tidak ke pengguna smartphone android huawei ?

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!