‘Jenayah kemanusiaan’ orang Islam Uighur diseksa, mengapa dunia membisu?

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Uighur merupakan sebuah etnik minoriti rasmi di Republik Rakyat China. Suku ini merupakan keturunan dari suku kuno Huihe yang tersebar di Asia Tengah, menuturkan bahasa Uighur dan memeluk agama Islam.

Bangsa Uighur bersama kaum Hui menjadi kaum utama pemeluk agama Islam di China. Namun, ada perbezaan budaya dan gaya hidup yang ketara di antara kedua-dua etnik minoriti ini. Bangsa Uighur lebih menjurus kepada kehidupan Asia Tengah, manakala Orang Hui lebih condong mengamal budaya Konfusianis oriental.

Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini 

Kebanyakan Orang Uighur merupakan pemeluk Islam Sunni, bermazhabkan Hanafi.

Tetapi, mengapa mereka ini ditindas? Mengapa mereka terseksa dengan ‘jenayah terhadap kemanusiaan’ ?

Masyarakat etnik minoriti Muslim Uighur terus ditekan apabila kini berdepan kempen bara­ng­an­ antihalal yang bertujuan menyekat kehidupan mereka daripada memenuhi tuntutan agama Islam.

Menyebut tentang Xinjiang, pasti ramai tersentuh dengan isu penindasan etnik minoriti Islam Uighur di China yang berlanjutan sejak berpuluh-puluh tahun dahulu berikutan pelaksanaan dasar ketat oleh Beijing.

Berdasarkan catatan sejarah, Uighur membangun sebagai masyarakat yang maju dan memainkan peranan penting dalam pertukaran budaya di sepanjang Laluan Sutera iaitu rangkaian per­dagangan purba yang menghubungkan rantau Asia, Barat dan Timur. Sebagai hab pertembungan budaya, etnik Uighur memilih Islam sebagai agama pada abad ke-10 selepas Sultan Satuq Bughra Khan menjadi pemimpin pertama dinasti Turkik memeluk agama Islam.

Ibu kota wilayah Xinjing iaitu Urumqi yang menempatkan hampir kebanyakan etnik Uighur melancarkan kempen berkenaan bagi menyekat umat Islam daripada mempengaruhi kehidupan sekular dan juga didakwa menyebarkan fahaman ekstremisme.

Penduduk China secara teo­rinya bebas untuk mengamalkan kebebasan beragama tetapi mereka sering kali menjadi sasaran pengawasan kerajaan.

Kecaman antarabangsa semakin meningkat tentang perlakuan Cina terhadap Muslim Uighur. Tetapi, belum ada negara yang mengambil tindakan apa pun selain mengeluarkan pernyataan kritikal.

Terdapat laporan boleh dipercayai yang mendedahkan tahanan Uighur telah dijadikan sebagai buruh paksa atau kos rendah dan produk dihasilkan mereka kini membanjiri pasaran antarabangsa.

Mangsa yang terselamat mendakwa mereka diseksa secara fizikal dan mental malah pihak berkuasa turut melarang golongan itu menyimpan janggut selain memaksa mereka memakan daging khinzir dan mengambil minuman alkohol yang dilarang agama Islam.

Beijing bagaimanapun menafikan laporan itu sebagai ‘berita palsu’ dan mendakwa kem tahanan itu kononnya sebuah pusat pendidikan yang dihadiri secara sukarela serta diwujudkan untuk menangani ekstremisme dalam kalangan komuniti Uighur.

Ancaman yang semakin meningkat terhadap etnik itu menyebabkan puluhan ribu penduduk Uighur melarikan diri dari wilayah Xinjiang sejak beberapa tahun lalu dan kebanyakan mereka cuba untuk mendapatkan suaka di Barat.

Tragedi paling besar berlaku pada 2009 apabila hampir 200 orang terbunuh, kebanyakannya etnik Uighur selepas rusuhan agama tercetus di Urumqi antara masyarakat Islam tersebut dengan etnik Han.

Malah pada zaman teknologi maklumat pada hari ini, laporan perkembangan situasi umat Islam Uighur sukar didapati di Internet disebabkan kawalan ketat kerajaan China terhadap penyebaran berita. Selain mengetatkan undang-undang, kerajaan China turut menyasarkan identiti etnik Uighur dengan memusnahkan kawasan penempatan tradisional di bandar terkenal Laluan Sutera, Kashgar.

Panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pun sudah mengesahkan menerima banyak laporan yang boleh dipercayai berhubung lebih satu juta etnik Uighurs China yang ditahan di sebuah kem pengasingan rahsia.

Dunia, mengapa membisu Islam di China ditindas?


Spread the love

8 Comments

  1. Sungguh tidak adil, pemerintah seharusnya membantu muslim uighur dicina. Dan mengajak seluruh negara muslim mengambil tindakan dalam mengatasi masalah ini yg melanggar hak sanksi manusia.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!