Fairuz Misran ‘jelmaan’ Tan Sri P.Ramlee, ramai yang rindu!

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ramai yang terkedu seketika apabila melihat video seorang lelaki mirip seniman agung Tan Sri P. Ramlee sedang tular dan pertama kali melihatnya, meremang bulu roma. Sama!

Daripada nada percakapan, gaya nyanyian dan wajah memang saling tak tumpah seperti senimang agung, Tan Sri P.Ramlee. Suara dan wajah terutama gaya jambul rambut dan potongan kumis, selain susuk badannya iras umpama seniman agung yang amat disegani itu.

Siapa sangka dia sebenarnya juara pertandingan nyanyian Bintang P. Ramlee peringkat kebangsaan anjuran RTM pada 2012.

Fairuz Misran yang dikatakan ‘jelmaan’ Tan Sri P. Ramlee telahpun mendirikan rumahtangga selama 11 tahun bersama Noor Munira Mohamed. Beliau ada membuat live di laman facebook atas permintaan ramai.

Setiap kali saya ‘live’ di Facebook, komen penonton yang mengucapkan terima kasih kerana sudi mengubat kerinduan kepada allahyarham buat saya sebak.

“Kebanyakan peminat akan meminta lagu Di Mana Kan Ku Cari Ganti, namun jujurnya sukar untuk saya nyanyikan kerana lagu itu punya jiwa yang besar. Sebak kerana lagitu melambangkan hidup Allahyarham.

“Jadi seboleh-bolehnya, saya elakkan untuk menyanyi lagu yang sedih. Saya mahu ada ingatan yang gembira sahaja untuk allahyarham, (Fairuz Misran)

Ramai yang memberikan komen yang mengatakan ianya sama dan seiras dengan seniman agung tersebut. Apatah lagi bila melihatnya menyanyi secara live.

Fairuz Misran berkata, dia mula menyanyi di khayalak ramai seawal umurnya enam tahun semasa mengikut bapanya dan bapa saudara (kini telah meninggal dunia) di Sabah pada 1992.

Anak kelahiran Sandakan, Sabah ini memberitahu, dia dibesarkan daripada keluarga yang susah maka dia berusaha untuk menyertai pertandingan nyanyian, di mana kebanyakannya menawarkan hadiah berupa wang tunai.

https://www.instagram.com/p/Bs-O-j9hret/?utm_source=ig_web_copy_link

“Ada orang awam yang bertanyakan sama ada saya mempunyai pertalian keluarga dengan P. Ramlee, saya katakan tak ada.

“Tapi kerana minat yang mendalam terhadap Allahyarham, saya cuba meniru gaya rambut dan misai beliau,” (Fairuz Misran)

Bila membuat gaya seperti P. Ramlee terutama dengan memuat video nyanyian di laman sosial, sekurang-kurangnya ia dapat menarik perhatian anak muda yang kebanyakan menggemari lagu-lagu urban dan pop, untuk mendengar lagu-lagu beliau.

Namun berdasarkan bakat dan kemampuan yang dianugerahkan Allah SWT, Fairuz Misran memberitahu hanya membantu supaya orang ramai terus meminati setiap karya seni P. Ramlee.

Siapa yang suka dengar lagu P. Ramlee?


Spread the love

7 Comments

  1. Saya pula membesar dengan filem-filem dan lagu-lagu P.Ramlee.. saat pertama kali terpandang Fairuz Misnan di kaca tv, suara, bentuk badan, gaya dan wajahnya memang mirip P.Ramlee.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!