Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perancangan ALLAH memang terhebat. Dalam aku tercari-cari gajet kedua untuk #Projek2015 tanpa disangka aku mendapat jemputan pelancaran produk terbaru Microsoft. Macbook yang aku gunakan sekarang memang best tapi sudah beberapa kali tidak dapat di synchronize dengan projektor hotel. Suka tak suka kena ada back up plan untuk melancarkan bisnis review.
Dalam pencarian aku mendapat jemputan dari Microsoft. Sudah lama sangat tak dapat jemputan pelancaran gajet baru tapi ALLAH nak mudahkan kali ini Microsoft sudi nak jemput aku. Pada 5/5/2015, Pengurus Besar Microsoft Malaysia yang baru melancarkan produk terbaru Surface 3 dan Surface Pro 3. Aku yang banyak travel mencari gajet yang ringan jadi Surface 3 dengan berat 622 gm, hadir dengan skrin sentuh bersaiz 10.8-inci multi-touch, dilengkapi cip Intel Atom x7-Z8700 dan Surface pen memang sesuai.
Surface 3 merupakan tablet-komputer menggunakan Windows 8, serta berasaskan cip Intel Atom x7 membolehkan aku memasang aplikasi desktop seperti komputer biasa. Surface 3 juga dilengkapi port USB 3.0, mini DisplayPort, pembaca kad MikroSD dan port Mini USB. Kemampuan optik untuk snap gambar pula ialah 8 Megapixel pada bahagian belakang dan 3.5 Megapixel pada bahagian hadapan.
Paling best Microsoft turut menawarkan ruangan storan OneDrive percuma, selain langganan Office 365 melalui peranti ini untuk tempoh setahun. Bateri boleh bertahan selama 9 – 10 jam jadi memang sesuai untuk travel. Paling aku suka Surface Pen yang boleh digunakan untuk mencatat terus perbincangan bisnis diatas skrin komputer yang boleh dipancarkan terus melalui projektor. Harga Surface 3 boleh tahan jugalah iaitu versi 64GB akan dijual pada harga RM1989 (2GB RAM), sementara Surface 128GB dengan 4GB RAM akan dijual pada harga RM2389. Seperti biasa, Type Cover perlu dibeli secara berasingan pada harga RM479 dan Surface pen pula berharga RM189.
Produk kedua yang juga dilancarkan oleh Microsolft adalah Surface Pro 3. Surface Pro 3 mempunyai skrin multi-touch bersaiz sekitar 12-inci, menggunakan cip pemprosesan Intel Core generasi ke-4, dan hadir dalam pilihan Core i3, Core i5 dan Core i7 serta menawarkan kelebihan grafik. Harga Surface Pro 3 antara RM2729 – RM6779 mengikut jenis Intel Core dan ruangan storan, agak kurang sesuai dengan bidang tugas bisnis yang aku lakukan. Gajet Surface 3 dan Surface Pro 3 boleh dibeli di kedai Microsoft KLCC dan banyak lagi yang akan dibuka diseluruh negara.
Mengikut review Aman Firdaus harga gajet ini agak mahal tetapi masih belum ada tandingan dalam pasaran seperti spesifikasi bisnis yang aku perlukan. Kehadiran Microsoft Surface 3 bagaikan rahmat dikala aku sangat memerlukan untuk mengembangkan #Projek2015 ke Indonesia. #Projek2015 ini memang projek yang ramai benci malah tak kurang ramai yang menghina tetapi bagi seorang ahli usahawan aku tidak menilai dari penghinaan tetapi menilai potensi pulangan bisnis. Insyaa Allah dalam tempoh 5 tahun mendatang #Projek2015 bakal melahir ratusan usahan online yang berjaya di Malaysia, Indonesia, Singapore dan Brunei dan coming soon Thailand. Semuga ALLAH mempermudahkan usaha ini.
91 Comments
semestinya surface 3 ni akan jadi produk hangat nanti. windows memang sentiasa jadi produk pilihan rakyat malaysia sebab macbook mahal sangat haha
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bertukar dari Android ke iPhone
Nampaknya kali Microsoft dah tak gunakan Windows 8 RT utk surface yg tak boleh install software utk desktop. Mengidam juga nak pakai Microsoft Surface tapi apakan daya belum ada bajet.
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Shopback Malaysia Tawar Promo, Kupon & Cashback
Perapatan
Prediksi Skor AC Milan vs Torino
http://167.114.12.140/~perapatan/prediksi-skor-ac-milan-vs-torino-25-mei-2015/
Curahan rasa sinta @ ..Prediksi Skor Persib vs Kitchee 27 Mei 2015
Devilball
Prediksi Skor Persipura Vs Pahang
http://167.114.12.137/~devilball/prediksi-skor-persipura-vs-pahang-26-mei-2015/
Curahan rasa sinta @ ..Prediksi Pertandingan Racing Club vs Guarani 29 Mei 2015
Banteng88
Prediksi Skor Pertandingan Bola Lazio vs Roma
http://198.50.133.240/prediksi-skor-pertandingan-bola-lazio-vs-roma-25-mei-2015
Curahan rasa sinta @ ..Prediksi Skor Persipura Vs Pahang 26 Mei 2015
memang nampak ketara nipis dan pastinya lebih ringan..aku juga masih guna laptop lama yang berat ni..hahaha
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sakit Lutut
jadi bingung pilih yang mana semuanya nampak menarik untuk digunakan pasti sangat memudahkan untuk dibawa kemana-mana
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Meraih Derajat Ihsan
bila lah agak-agak saya boleh mendapat gajet ini..macam je !
harga memang mahal tetapi berbaloi tu..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Agen Promosi Online Diperlukan Segera
Ye betul, memang untung beli kalau kita benar-benar perlu dan gunakan dalam urusan harian.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Pusat Perlindungan Bayi (Baby Hatch) di Malaysia
sebenarnya saya agak jatuh hati dengan Surface 3 ni. Dengan spesifikasi yang orang ramai mahukan, dengan design yang sangat slim dan cantik, siapa yang x nak betul x
Curahan rasa BESTMobile Malaysia @ ..Cara Topup Kredit BESTMobile Dengan Friendi Mobile Online
sangat beruntung tuan dapat memiliki gajet yang kini hanya igauan dan impian buat saya..hu..hu..tetapi tetap sabar dulu la
Curahan rasa mrhanafi @ ..Pelaburan Minima Tapi Impak Maksima
thanks for your information, are you love microsoft?
i think you famous man 🙂 you know microsoft people
Curahan rasa Free Web Based Proxy Site List @ ..Proxy For Unblocking
Thanks for sharing,
seriously i hate microsoft products, i love use linux os and open office
Curahan rasa SEPATU TAS BUTIK BUATAN CIBADUYUT BANDUNG @ ..GR 45 017 genuine leather Man’s Formal Shoes
Prediksi Le Havre AC vs AJ Auxerre
http://198.50.133.242/prediksi-le-havre-ac-vs-aj-auxerre-23-mei-2015/
Curahan rasa sinta @ ..Prediksi Hasil Skor Akurat Juventus vs Napoli 23 Mei 2015
Prediksi Racing Santander VS Real Betis
http://167.114.12.137/~devilball/prediksi-skor-racing-santander-vs-real-betis-22-mei-2015/
Curahan rasa sinta @ ..Prediksi Pertandingan Celta de Vigo vs Espanyol 23 Mei 2015
Comments are closed.