Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan. Tak kisahlah apa pandangan sebahagian Rakyat Malaysia terutama penyokong Pakatan Rakyat dengan gerakan “505 Blackout” sebab aku tetap sangat yakin semuanya ketentuan ALLAH SWT kerana tertentu untuk sebab tertentu.
Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.”
Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang telah diumumkan kerana ini mungkin salah satu cara ALLAH SWT nak menguji keimanan seseorang.
Pasti ramai Rakyat Malaysia yang telah menerima surat dari DS Najib Razak. Kepada yang belum jom baca.
Amir Hassan yang dikasihi,
Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara. Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti. Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara.
Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan. Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.
Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan perlaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu.
Saya merasakan pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah negara. Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, begitu banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat. Ada yang menyemarakkan semangat, tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka. Kini tempoh pilihan raya telahpun berakhir; tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.
Kerajaan Barisan Nasional akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita. Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.
Janji saya kepada anda hari ini adalah untuk menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia – tidak kira agama, bangsa, mahupun ideologi politik anda. Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini. Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita.
Najib Razak
92 Comments
Semoga pengundian ini tidak akan menimbulkan konflik di kemudian hari
Curahan rasa safiyhati @ ..Cara Membina Keluarga Bahagia
Tahniah BN ,semoga keamanan di bumi Malaysia ini kekal dan ahrmoni
Curahan rasa wazy @ ..37 Teknik Luar Biasa Hapuskan Masalah Kekeringan Idea
tahniah pada BN yang diberi mandat supaya segala kesilapan yang lalu dapat diperbetulkan dengan sebaik munkin dan dapat menerajui negara dengan lebih bertoloransi tak kira cagama dan bangsa.
Semoga yang telah terpilih bisa memberikan perubahan yang bermanfaat
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Kopi Untuk Kesehatan
Tahniah kepada BN kerana berjaya mendapat mandat untuk terus menerajui negara ke arah kemajuan dan kejayaan..
Bagi saya pula, tetap mahukan negara yang stabil,aman dan sejahtera..
Curahan rasa Hairul Azni @ ..Dapat Alexa Rank Nombor Cantik Kali Kedua
Setelah terpilih dengan resmi, tinggal menjalankan roda pemerintahan dengan bijaksana
Curahan rasa safiyhati @ ..Cara Membina Keluarga Bahagia
saya cinta Malaysia..dan kalau negara porak peranda dengan isu politik sampai bila kita akan maju jaya…
Curahan rasa hanafi abdullah @ ..Kasihnya Ibu Membawa Ke Syurga
saya menginginkan negara yang makmur dan sejahtera.masalahnya sekarang ramai yang terpesona dengan ilusi yang belum tentu kebenarannya.
Curahan rasa kakiblog @ ..7 Kelayakan Untuk Menjadi Seorang Blogger Yang Berjaya
Kita mahu negara yang aman.. 🙂 Harap pemimpin negara dapat bersatu dalam menjaga ketenteraman negara..
Curahan rasa Kimi Jamai @ ..Jom Tengok: Header Facebook Versi Zikir Simple.
insyaAllah. sama sama kita panjatkan doa supaya negara kita aman dan mendapat pemimpin yang menjalankan amanah masing-masing
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kerja Kerajaan
yang menang siapa ya? semoga yang menang bisa menjalankan tanggung jawabnya sebagai seorang pemimpin..
Curahan rasa Nakusan Bali @ ..Puri Ubud Dan Pasar Ubud
Semoga yg menang tunaikan tanggungjawab dgn penuh amanah, yg tewas bukan beerti tewas sbb suara minoriti tak beerti tiada ruang langsung utk berkhidmat.
Semoga semua pihak bisa menerima hasil PRU 13 ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Pendidikan Usia Dini
We should look back and try untuk mendalami semula rukun negara. Pelik rasanya rakyat bertelagah sebab politik.
Curahan rasa Joe @ ..Postlinks: Buat Duit Online Dengan Free Content
mungkin ramai yg rasa pelik, tp bagi ambe tak pelik sbb org kita mmg sukakan kuasa sejak dulu2 lagi…
soalannya ialah apakah kita tak belajar dari sejarah?
orang yang gila kuasa memang akan mengacau organisasi.. bukan setakat politik, mana-mana organisasi pon kalau ada yang gila kuasa, orang itu yang akan menjatuhkan organisasi sendiri
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kerja Kerajaan
semua ketentuan Allah. siapalah kita untuk menidakkannya. saya support pemimpin islam.. tidak kira apa partinya.
Curahan rasa elieza @ ..Kawan resign, bos bercuti oversea 2 minggu, dapat assignment yang alien, dateline berlambak, berat badan makin naik…. Selain dari itu, saya ok.
Semoga bisa menjalankan roda pemerintahan dengan bijaksana dan memperhatikan rakyat-rakyatnya aamiin….
Curahan rasa Ferry @ ..Serangan Jantung Dan Olahraga
Dan bisa menunaikan janji-janji selama berkampanye sebelum pengundian..inilah yang sebenarnta rakyat inginkan
Curahan rasa Ferry @ ..Serangan Jantung Dan Olahraga
Comments are closed.