Surat Dari PM DS Najib Razak Pasca PRU13

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan. Tak kisahlah apa pandangan sebahagian Rakyat Malaysia terutama penyokong Pakatan Rakyat dengan gerakan “505 Blackout” sebab aku tetap sangat yakin semuanya ketentuan ALLAH SWT kerana tertentu untuk sebab tertentu.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang telah diumumkan kerana ini mungkin salah satu cara ALLAH SWT nak menguji keimanan seseorang.

Pasti ramai Rakyat Malaysia yang telah menerima surat dari DS Najib Razak. Kepada yang belum jom baca.

MSMW2013

Amir Hassan yang dikasihi,

Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara. Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti. Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara.

Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan. Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.

Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan perlaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu.

Saya merasakan pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah negara. Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, begitu banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat. Ada yang menyemarakkan semangat, tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka. Kini tempoh pilihan raya telahpun berakhir; tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.

Kerajaan Barisan Nasional akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita. Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Janji saya kepada anda hari ini adalah untuk menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia – tidak kira agama, bangsa, mahupun ideologi politik anda. Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini. Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita.

Najib Razak


Spread the love

92 Comments

  1. mohon tuan denaihati sampaikan pada PM kita kalau boleh…

    saya ni bukanlah extreme pada mana-mana parti politik tetapi ada sesuatu yang ingin saya sampaikan dan harapnya dapat direalisasikan oleh PM. Baiklah. Straight to the point. Harap untuk kali ni dan untuk 5 tahun ni, kerajaan akan bersungguh-sungguh mentadbir negara dengan JUJUR, TELUS dan AMANAH. Itu sahaja. Bantu rakyat. Kerana rakyat adalah keutamaan. Bukannya POKET SENDIRI dan juga KRONI. Rakyat sebenarnya tau dan nampak penyelewengan demi penyelewengan yang berlaku itu, tetapi tetap memberi kepercayaan kepada kerajaan. Jadi, semoga luahan hati rakyat ini dapat didengari, khususnya yang berada di kelas rendah dan pertengahan kerana kami sangat-sangat tersepit. Usahalah untuk menjauhi perkara-perkara seperti RASUAH, dan pentingkan KRONI-KRONI sendiri kerana yang penting dan utama sekarang adalah RAKYAT. Jikalau dalam 5 tahun ini perkara-perkara tersebut dapat dielakkan, INSHAAALLAH sokongan kesemua rakyat akan kembali kepada kerajaan. Utamakan rakyat. Jauhi perkara-perkara yang saya bagitau tersebut. Ingat, kerajaan yang dilantik bekerja untuk rakyat..bukanlah tuan besar kepada rakyat. mungkin agak kasar bunyinya, tetapi itulah sebenarnya tugas kerajaan. Jadikan kerajaan kali ini TELUS, JUJUR dan AMANAH dalam melakukan tanggungjawab. maafkan jika penulisan ini ada terkasar bahasa. dan ada lagi satu ingin saya katakan. Di dalam mana2 parti politik ada yang baik dan ada yang tak baik. Semuanya sama je. Cuma , kena berusaha menjadi yang baik dan terbaik agar yang tidak baik itu akan lupus. Do it demi rakyat.
    Curahan rasa boni kacak @ ..Apabila Blogger-Blogger Comel Ber-GwiyomiMy Profile

    1. sokong pandangan Boni .. kerana bukannya kami sbg rakyat tidak nampak, kami nampak.. cuma kami tidak mampu bersuara..jika bersuara nanti dituduh memfitnah dan dipenjarakan .. cuma ingin berkata, lakukan demi rakyat dan jadilah pemerintah AMANAH, PEMURAH, MULIA dan BERINTEGRITI
      Curahan rasa BeritaKaki @ ..Semak Senarai Tempat WiFi Hotspot SelangorkuMy Profile

    2. Sangat berstuju dengan pendapat Boni Kacak.. Memang perlu, dan kita kena buka mata seluas-luasnya.. Pemimpin yang adil, corak pimpinan yang telus, bijak mengatur keewangan, memang perlu..
      Curahan rasa Irwan Alessa @ ..Hutang Dan MatiMy Profile

  2. sebahagian para ustaz (yg slalu bg kuliah di masjid²) kata Allah masih belum memperkenankan doa² mereka tentang keputusan #PRU13.. tapi pendapat saya, itu lah perkenan Allah, tidak sperti yg mereka (& kebnykan) ‘rakyat’ harapkan.. sedangkan Allah Maha Mengetahui.

    Sebagaimana firmannya: ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu’.
    jadi mungkin BN bukanlah yg terbaik, tapi ia lebih baik (dari PR) wallahu’alam..

    satu lg sorg ustaz (pnyokong PAS) pernah bg kuliah pasal #UBAH itu bermula dari diri sendiri..

    wassalam
    Curahan rasa mindloading @ ..Analisa Keputusan PRU13My Profile

  3. Takpe, kita tunggu dan lihat bagaimana prestasi kerajaan seterusnya. Apa yang penting tunaikan akujanji sepanjang 5 tahun yang akan mendatang… Keep up the good work Datuk, orang menilai bukan apa yang kita cakap, tapi apa yang telah kita buat.
    Curahan rasa Mama Murai @ ..Jangan dedahkan sumber traffik andaMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!