Surat Dari PM DS Najib Razak Pasca PRU13

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, PRU13 Malaysia Memilih dan Allah yang menentukan. Tak kisahlah apa pandangan sebahagian Rakyat Malaysia terutama penyokong Pakatan Rakyat dengan gerakan “505 Blackout” sebab aku tetap sangat yakin semuanya ketentuan ALLAH SWT kerana tertentu untuk sebab tertentu.

Allah swt berfirman dalam surah Al-Baqarah, 107 yang bermaksud, “Tidakkah kamu tahu, bahawa Allah memiliki kerajaan langit dan bumi? Dan tidak ada bagimu perlindungan dan penolongan selain allah.“. Allah juga berfirman dalam surah Al-Imran, 26 yang maksudnya, ” Katakanlah (Muhamad) : Wahai Tuhan pemilik kekuasaan, Engkau berikan kekuasaan kepada siapa pun yang Engkau kehendaki, dan Engkau cabut kekuasaan dari siapa pun yang Engkau kehendaki.

Kita sebagai umat ISLAM mesti yakin dengan ayat-ayat ALLAH yang diturunkan terus kepada Nabi saw dan mesti redha dengan keputusan yang telah diumumkan kerana ini mungkin salah satu cara ALLAH SWT nak menguji keimanan seseorang.

Pasti ramai Rakyat Malaysia yang telah menerima surat dari DS Najib Razak. Kepada yang belum jom baca.

MSMW2013

Amir Hassan yang dikasihi,

Kita baru sahaja menempuh satu proses demokrasi yang terbesar dan paling mencabar di negara kita. Di setiap kampung, pekan dan bandar, setiap rakyat telah berdebat, berkempen dan mengundi untuk masa hadapan negara. Saya amat berterima kasih dengan segala usaha yang telah dilakukan oleh semua pihak yang selama ini telah berusaha gigih dan berdiri teguh di samping saya dan parti. Dengan penuh tawaduk saya juga mengucapkan terima kasih kepada para pengundi yang telah memberikan kepercayaan kepada kepimpinan Barisan Nasional untuk terus mentadbir negara.

Saya telah berkhidmat sebagai penjawat awam hampir sepanjang pengalaman kerjaya saya selama ini. Saya masih ingat lagi kali pertama saya dipilih menjadi Ahli Parlimen, kali pertama saya berucap di Parlimen dan kali pertama saya menjalankan tanggungjawab sebagai ketua jabatan kerajaan. Sepanjang empat tahun yang lalu saya telah diberi peluang pula untuk berkhidmat untuk negara ini di peringkat tertinggi sebagai Perdana Menteri.

Namun pencapaian paling bererti tercatat pada awal pagi Isnin lalu adalah apabila saya diberi mandat oleh rakyat untuk menyempurnakan segala perancangan dan perlaksanaan yang telah saya mulakan sejak empat tahun yang lalu.

Saya merasakan pilihan raya kali ini merupakan yang paling sengit dalam sejarah negara. Sepanjang beberapa minggu kebelakangan ini, begitu banyak pandangan dan hujah-hujah yang berbeza ditawarkan kepada rakyat. Ada yang menyemarakkan semangat, tetapi ada juga yang menimbulkan kemarahan dan prasangka. Kini tempoh pilihan raya telahpun berakhir; tibalah masanya untuk kita kembali ke arah kedamaian dan keharmonian demi Malaysia yang dicintai.

Kerajaan Barisan Nasional akan berusaha bersungguh-sungguh untuk menolak fahaman ekstrem dan perkauman yang tidak memanfaatkan negara kita. Selain itu, kami juga akan meneruskan usaha untuk meningkatkan amalan konsep kesederhanaan atau wasatiyyah di kalangan rakyat berbilang kaum di Malaysia.

Janji saya kepada anda hari ini adalah untuk menjadi Perdana Menteri bagi seluruh rakyat Malaysia – tidak kira agama, bangsa, mahupun ideologi politik anda. Cinta saya terhadap negara kita tidak mampu saya jelaskan dengan kata-kata, dan saya amat bangga serta bersyukur dengan pencapaian Malaysia sehingga ini. Saya percaya, jika kita bekerjasama sebagai satu bangsa negara, insya-Allah kejayaan yang lebih besar lagi akan berada di dalam genggaman kita.

Najib Razak


Spread the love

92 Comments

  1. Sungguhpun PRU13 adalah pilihanraya tersengit, pencapaian BN terburuk. Harap DS Najib ambil iktibar dan kaji hingga ke akar umbi untuk kelangsungan hayat dalam PRU14. Sudah tentu banyak faktor luaran yg mempengaruhi sokongan BN (terutama cina) semakin merosot terutama permainan sentimen perkauman tetapi faktor dalaman yang menjadi kelemahan dalam BN dan jentera kerajaan perlu juga dikaji. Kisah Toyo, lembu, kroni AES, PKFZ dan sebagainya merupakan rujukan terhadap kelemahan BN yang tak boleh dinafikan. Rakyat golongan pertengahan juga rasa terpinggir dari dasar BN yang tidak dapat menikmati faedah menyokong BN. Kos kesihatan, pendidikan tinggi, tol, kemudahan asas semakin meningkat walaupun gaji kakitangan awam semakin naik yg hanya dinikmati oleh staf kerajaan yang memakin ramai menyokong PR. Harga rumah semakin tinggi menjauhkan rakyat mendiami bandar yang bakal didominasikan oleh cina. Kalau di S’pura HDB menerajui industri perumahan yang memberikan nikmat kepada rakyat mereka memiliki rumah mampumilik, di M’sia pula SPN gagal mengambil tanggung jawab tersebut secara berkesan. Akibatnya pemaju-pemaju swasta yang rata-rata milik cina mengisi keperluan tersebut mengikut acuan mereka. Lihatlah, kesannya di Penang, ipoh, JB, KL dan PJ dan lain-lain pusat bandar dihuni oleh pengundi cina. Masa BN berkuasa dahulu, tiadapun usaha dibuat bagi menangani masalah perumahan bandar yang mempengaruhi densiti pengundi BN dan PR. Kegagalan BN mematuhi akujanji mereka akan memberi kesan dalam PR14 nanti. Awas, masih ramai kaum cina menyokong BN dan jangan pinggirkan mereka. Juga orang melayu di bandar masih ramai menyokong BN walaupun banyak janji-janji BN mungkiri. Contoh di Kg Baru yang saban kali beberapa PM menjanjikan pembangunan dan kediaman mampu milik hingga sekarang dilupakan. Ingat apa janji mahathir kepada penduduk kg baru dan mana janji paklah dengan “Puncak Baru” 65 tingkat yang dilupakan begitu saja dan kemudian pemimpin2 BN menyalahkan sikap penduduk kg baru kerana menawarkan harga tanah yang tinggi. Kenapa tanah melayu ditawa dengan harga murah? kata sanusi junid dulu, “biar habis berjuta-juta asalkan untuk melayu”…. semua itu mainan mulut pemimpin UMNO/BN….. itupun melayu di Kg Baru masih menyokong BN walaupun mereka ditipu. Kalau inilah sikap pemimpin UMNO/BN terhadap melayu sendiri….. jangan salahkan mereka bila beralih menyokong PR. Harap DS Najib belajar dan ambil iktibar ini, jika mahukan kelangungan ketuanan BN.

      1. betul tu…kadang2 tak seronok nak buat kerja….nak berkomunikasi pun tak lancar…yang pasti pihak kalah terima dengan hati yang terbuka…itu sudah ketentuan Allah, yang menang buat yang terbaik utk agama, bangsa dan negara….stop dulu gaduh2…kita gaduh2 lagi di PRU14… 😉
        Curahan rasa syamila @ ..Selamat Hari Guru – 16 Mei 2013My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!