Sukarelawan mengajar Bahasa Inggeris bagus ke

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, aku baru terbaca berita terbaru di Utusan Online, “Seramai 300 sukarelawan akan dihantar ke Malaysia mulai tahun depan untuk mengajar bahasa Inggeris di sekolah. di bawah Program Fulbright tajaan kerajaan Amerika Syarikat (AS)”

Jadual Persekolahan 2013
Sumber gambar dari Google

Membaca berita ini ada semacam kerisauan di hati walaupun tujuannya bagus. Rakan blogger bolehkah merasa apa kerisauan yang ada di benak hati ku ini.


Spread the love

86 Comments

  1. apakah perasaan cikgu-cikgu bahasa Inggeris warganegara Malaysia. Mungkin mereka fikir khidmat mereka tidaklah sehebat mana @ mungkin mereka tidak cukup hebat seperti “Awang Import” ini.

  2. Elok juga ada sukarelawan dari luar negara untuk mengajar bahasa Inggeris bagi menanmpung kekurangan guru bahasa Inggeris di Malaysia. Saya akui penguasaan bahasa Inggeris terutama golongan Melayu amat rendah. Dulu saya mendapat latihan bahasa Inggeris dari Amerika Syarikat janganlah kita menghukum orang yang berkulit putih yang dianggap mengkafirkan kita semua.

    Ini pengalaman saya ketika mendapat latihan di Australia. Saya beritahu bahawa saya dan rakan yang lain perlu diberi masa untuk bersolat Zohor dan Asar. Mereka hormati urusan keagamaan malah mereka memperingatkan kami setiap kali masuk waktu solat.

    Bayangkan rakyat kita yang berkelana dan mencari rezeki di negara barat seperti menjadi pensyarah disana adakah dilihat sebagai ancaman oleh orang barat. Kita perlu bijak membina sempadan diri.

    1. Aku suka pulak idea ini memang cadangan yang sangat membina. Semuga DS Najib Razak baca entri ini sebab akau retweet cc kpd @NajibRazak.

  3. takut di selitkan budaya berfikir yang tak sesuai dengan agama dan bangsa contohnya kalau ada diantara mereka ni ada tak percaya kepada tuhan…takut diorang selitkan pemikiran diorang ni kat anak murid
    Curahan rasa yusri @ ..Sekolah Bertaraf ResortMy Profile

  4. Saya memang kurang bersetuju dgn program nie… Cumanya kita kenala berfikiran positif dan peranan kita sebagai rakyat Malaysia dan sebagai org Melayu kita amiklah yang boleh dijadikan pengetahuan.. Jika ada anasir2 lain or ada udang disebalik mee ke batu ke kita kena la pantau anak-anak or adik2 kta yg masih belajar dan yang akan terlibat dgn program nie.. Kalo kita bekerjasama InsyaAllah yang buruk tu sukar utk untuk menular…
    Curahan rasa queen @ ..Tag from Kak EitaMy Profile

  5. Perlu tengok dulu aktiviti Fullbright ni sebelum membuat apa-apa tuduhan atau spekulasi. Ini bukan pertama kali mereka buat program ((komen dari Greenlava). Saya juga bersetuju dengan pendapat Denai Hati yang mengatakan bahasa ini boleh jadi bahasa perpaduan. Semangat warga malaysia tidak sama seperti di Indonesia, Thailand di mana rakyatnya mengagungkan bahasa kebangsaan. Lihat sahaja di sekolah-sekolah rendah, adakah semua pelajar (dari semua kaum) belajar menggunakan bahasa yang sama? Macam mana nak bersatu sedangkan komunikasi pun masih ada halangan.
    Curahan rasa afzal laidin @ ..Wordless Wednesday – BusyMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!