Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semenjak kes status HALAL coklat cadbury menjadi begitu hangat bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Arab Saudi, Indonesia sehingga ke London, blog Denaihati terus dikunjungi pencari informasi halal haram makanan. Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Ramai blogger telah menulis berita terkini status halal produk pepero antaranya blog Eyriqazz dengan entri bertajuk “status halal coklat pepero – jawapan balas dari Hj Ismail Group Langkawi” yang memberi penjelasan jawapan daripada wakil syarikat Hj Ismail Group, syarikat yang membawa masuk produk pepero di Langkawi. Blogger Shakiddo telah membuat penyelidikan dengan entri bertajuk “Pepero tiada sijil halal” iaitu penjelasan jawapan yang diterima daripada JAKIM melalui soalan beliau di FB JAKIM. Blogger Anarm menulis entri bertajuk “Status halal coklat pepero” yang memberi penjelasan dari Syarikat Lotte Confectionery iaitu syarikat yang mengeluarkan produk pepero.
Sebenarnya JAKIM sendiri telah membuat penjelasan berkenaan status produk pepero di website Halal Malaysia seperti berikut.
[box type=”shadow”]TIPS JANA INCOME KEDUA YG LUMAYAN
Tips jana income kedua dengan jual AISKRIM! Klik Sini
Panduan Pembuatan Dan Perniagaan BAKERI Dari Rumah. Klik Sini
Tips jana income dengan jual Air Balang Klik Sini[/box]
Khamis, 03 April 2014 00:31
Pengguna yang dihormati sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.
Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.
Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).
Semuga dengan entri ini pembaca yang mencari informasi tentang status halal coklat pepero mendapat jawapan yang jelas. Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal Jakim secara online. Jika kita yakin dengan penjelasan JAKIM untuk kes status halal coklat pepero jadi kita juga kena yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk lain termasuk status halal coklat cadbury.
Hal yang melibat hukum hakam terutama halal haram makanan mesti dinilai dengan ilmu bukan emosi contoh isu DNA babi dalam makanan yang menurut ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. Mengulas pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah. Kesimpulannya bila ada isu jangan cepat emosi seperti ahli politik tetapi cari, korek dan gali segala ilmu kerana setiap masalah dalam Islam ada jawapannya samada dalam Al Quran, Hadith juga kitab pendapat alim ulama. Emosi lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan bukan kebijaksanaan minda.
187 Comments
owh banyak lagi ilmu hukum hakam yang belum diketahui ni..thanx for this sharing tuan!:-)
Curahan rasa JMR @ ..Anak sedara baru.. #happy
Bagi kawe, kalau JAKIM dah kata halal, ok lah tu. Betul ckp bro, tak boleh terlalu emosi dalam hal2 ni semua
Curahan rasa Ismail N @ ..The Last Game: Watch The Best Football Animated Film Ever
Kalau berada di luar negara, hanya bergantung kepada senarai bahan serta status halal negara tersebut.
Tapi kalau kat Malaysia ni, kita tak akan kebulur lagi kalau tak makan makanan yang takde halal JAKIM sebab dah banyak ada tanda halal.
Curahan rasa myliferia @ ..5 Jenis Minuman Yang Melangsingkan Badan
kita beruntung tanda terlalu banyak makanan ada tanda halal kat pasaran.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 terbaik Denaihati Mei 2014
salam
zaman ini fitnah semakin berleluasa..ilmu agama semakin dipinggirkan.
Curahan rasa faizal @ ..Cara Berkesan Meraih Kekayaan Jiwa
semoga kita sentiasa terlindung
Curahan rasa faizal @ ..Cara Berkesan Meraih Kekayaan Jiwa
kenalah buat coklat sendiri….
Curahan rasa zool @ ..Peraduan Adidas Blogger Cup : Soalan 4
saya yakin dengan JAKIM dan hanya akan makan makanan yg ada HALAL JAKIM
coklat pepero walaupun jadi kegemaran ramai, sebabkan tiada HALAL JAKIM…jadi was2 nak makan…baik elakkan…byk lagi coklat yg sedap2….lagipun coklat tk elok makan banyak2…hehehe
yg penting senang nak ajar anak2….pastikan beli makanan yang hanya ada HALAL sahaja….
Langkah selamat tak makan. kebanyakan coklat manis sangat.
betul biasankan anak-anak tengok logo halal, banyak jajan jual kat luar sekolah yang tak pasti status halalnya.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
perlu didik mereka supaya alert benda ini..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Template Redpite Pilihan Terbaik Blogspot
Banyak lagi makanan yang halal dan tiada subhat dalam dunia ni. Tak lapor kita tak makan bendalah yang diragui
kalau was2 seeloknya xyah mkn..itu yg trbaik..
Curahan rasa mila @ ..Pengedar Shaklee diperlukan!
Isu babi ni memang terlalu sensitif bagi orang Melayu di Malaysia. Memang takda kompromi punya. Kalaulah isu rasuah dan integriti kita over sensitif sebegini, alangkah indahnya Malaysia.
Curahan rasa Anak Askar Pencen @ ..Kecilnya Nilai RM50 Sekarang
isu rasuah memang susah nak buktikan berbeza dengan halal dapat dibuktikan DNA secara teknikal/makmal dsg.
harap akan datang ada mekanisma yang cukup baik untuk tangan rasuah.
Curahan rasa Denaihati @ ..Batas bersosial di sosial media
sokong dengan ulasan Dr Asri.halusi setiap perkara dengan ilmu dan akal yang Allah kurniakan.Bukan dengan nafsu yang merajai diri dan bakal membinasakan diri kita.
Curahan rasa Farisya Anastasyia @ ..Serum Vitamin Rambut Terbaik Dari NSA Beauty
Sekali dah keluar isu yang mengatakan sesuatu produk itu ada unsur babi, memang susah untuk diperbetulkan semula tanggapan orang ramai terhadap produk tersebut.Jadi, buat pengeluar makanan di luar sana, berhati-hatilah..
Curahan rasa Hijab Terkini @ ..Hijabterkini.com Dengan Wajah Baru
pengimport makanan juga. kadang-kadang ada pihak yang tak bertanggung jawab cuba jatuhkan, ini tak senang nak buktikan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 Brazil pasukan pilihan
saya dah ada sangsi.takpa lah saya elakkan sahaja…
Curahan rasa Mai Has @ ..Cara Makan Vitamin Shaklee Semudah A-B-C
tak alah tak makan benda ni. banyak lagi makanan yang halal di Malaysia
melainkan anda berada di negara luar seperti Jepun dan Jerman.
Curahan rasa Khairil Mazri @ ..Realiti Blogger Jadi Artis Jadi Blogger
Pentingnya ilmu dalam perkara begini.
Baru saya tahu perihal gelatin babi tu.
Sungguh Islam itu memudahkan, cuma kita je suka menyusahkan perkara yang mudah.
Curahan rasa Khadeejah Hasmad @ ..Bagaimana Anda Boleh Menjana Pendapatan Sebagai Ahli Shaklee
ya, bagi kita yang bukan ahli, kita rujuk badan-badan yang diikraf yang mempunyai pakar dalam bidang ni.
Curahan rasa Denaihati @ ..Operasi cermin gelap kereta bukan kekasih gelap
Rujuk juga apa kat mufti
http://www.sinarharian.com.my/nasional/gelatin-babi-hanya-untuk-negara-bukan-islam-1.288729
Curahan rasa Malaysia Tercinta @ ..Senarai Ubatan Tradisional Yang Diharamkan KKM
Kalau dah ada rasa tak yakin atau was2, elok tinggalkan je. Banyak lagi coklat lain yang boleh dimakan.
Curahan rasa Hazmin Hamudin @ ..Pentingkan Diri Sendiri
Comments are closed.