Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, semenjak kes status HALAL coklat cadbury menjadi begitu hangat bukan sahaja di Malaysia malah menjangkau ke Arab Saudi, Indonesia sehingga ke London, blog Denaihati terus dikunjungi pencari informasi halal haram makanan. Ramai juga pembaca yang mencari informasi status halal coklat pepero walaupun kes ini sudah diberi penjelasan oleh JAKIM.
[box type=”shadow”]Mohon Bantuan
Mohon seminit LIKE page kami yg penuh dengan ILMU utk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
[/box]
Ramai blogger telah menulis berita terkini status halal produk pepero antaranya blog Eyriqazz dengan entri bertajuk “status halal coklat pepero – jawapan balas dari Hj Ismail Group Langkawi” yang memberi penjelasan jawapan daripada wakil syarikat Hj Ismail Group, syarikat yang membawa masuk produk pepero di Langkawi. Blogger Shakiddo telah membuat penyelidikan dengan entri bertajuk “Pepero tiada sijil halal” iaitu penjelasan jawapan yang diterima daripada JAKIM melalui soalan beliau di FB JAKIM. Blogger Anarm menulis entri bertajuk “Status halal coklat pepero” yang memberi penjelasan dari Syarikat Lotte Confectionery iaitu syarikat yang mengeluarkan produk pepero.
Sebenarnya JAKIM sendiri telah membuat penjelasan berkenaan status produk pepero di website Halal Malaysia seperti berikut.
[box type=”shadow”]TIPS JANA INCOME KEDUA YG LUMAYAN
Tips jana income kedua dengan jual AISKRIM! Klik Sini
Panduan Pembuatan Dan Perniagaan BAKERI Dari Rumah. Klik Sini
Tips jana income dengan jual Air Balang Klik Sini[/box]
Khamis, 03 April 2014 00:31
Pengguna yang dihormati sekalian,
Sejak kebelakangan ini, Jakim menerima banyak aduan dan pertanyaan berhubung status halal Coklat jenama Peppero keluaran negara Korea.
Untuk makluman para pengguna sekalian, produk tersebut adalah BUKAN pemegang sijil halal Malaysia ataupun mana-mana Badan Pensijilan Halal Luar Negara Yang Diiktiraf.
Disediakan oleh:-
Unit Perhubungan Awam (PRO):
03 8892 5048 (Nadia Zammil Md Nasir)
03-8892 5047 (Puan Nurul Asma binti Mat Isa).
Semuga dengan entri ini pembaca yang mencari informasi tentang status halal coklat pepero mendapat jawapan yang jelas. Berhati-hati apabila makan terutama apabila ada perasaan was-was jadi baik semak status Halal Jakim secara online. Jika kita yakin dengan penjelasan JAKIM untuk kes status halal coklat pepero jadi kita juga kena yakin dengan status halal JAKIM untuk produk-produk lain termasuk status halal coklat cadbury.
Hal yang melibat hukum hakam terutama halal haram makanan mesti dinilai dengan ilmu bukan emosi contoh isu DNA babi dalam makanan yang menurut ulama tersohor dunia Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi yang berpendapat gelatin haiwan termasuk babi adalah halal untuk digunakan. Mengulas pendapat Syeikh Dr Yusuf Al-Qardhawi, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menjelaskan bahawa gelatin atau DNA yang diperolehi daripada babi boleh dianggap halal jika ia telah melalui proses transformasi, mengikut konsep Islam istihalah. Kesimpulannya bila ada isu jangan cepat emosi seperti ahli politik tetapi cari, korek dan gali segala ilmu kerana setiap masalah dalam Islam ada jawapannya samada dalam Al Quran, Hadith juga kitab pendapat alim ulama. Emosi lebih banyak dipengaruhi oleh syaitan bukan kebijaksanaan minda.
187 Comments
Penjelasan yang bagus. Yang penting tanya hati. Kalau ada status halalpun masih was-was baik jangan makan. Banyak dah baca berkaitan dengan halal haram ni, sejak coklat cadbury di kesan ada dna b4b1.
Curahan rasa Arman @ ..Kenapa Mesti Mendaftar Di Smart TonePlus
Assalamu’alaikum sobat.,
artikel yang anda posting sangat bermanfaat dan berguna. Sekarang saya telah faham tentang seluk beluk halal dan haram terutama tentang coklat papero yang sedang sanak posting:)
Curahan rasa Imra @ ..Trik Internet Gratis XL ALL PAKET support download dan upload terbaru 4,5,6,7,8 Juni 2014
Buat masa ini saya masih was-was untuk makan Coklat cadbury dan juga Coklat Pepero..
Curahan rasa Anuar @ ..Bayar Sewa rumah sampai mati!
pepero tu x sedap jd tak makan dah sedap lagi cadbury tu ….
okey pada saya kalau rasa was-was tak payah makan tapi kalau tak ada rasa was-was makan je lah asalkan makanan tu memang sepenuh nya halal yg tiada label halal … macam bos saya suka travel ke jepun dan dia akan bawak balik dorayaki yang doremon selalu makan tapi yang tu saya tak makan sebab was-was jd cuma pandang je ..
kadang-kadang kesian melihat mereka ini yang menunjuk kan kepandaian mereka tak kena dengan tempat sedangkan apa yang mereka katakan tu sudah pun di jelas kan …
Curahan rasa namiacinta @ ..Piala Dunia 2014 – Tetap Pilih German
produk Jepun rasanya memang takdelah tanda halal jakim. samada keyakinan pada bahan-bahan, was-was baik terus tinggalkan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips Pagerank 2014
M’sia memang sensetif dengan isu halal haram ni…first time dengar jenama cokelet ni…
Curahan rasa Manan Qayyim @ ..Live.MananQayyim.com ditukar kepada MQ.com/Life
isu pepero lebih awal dari isu cadbury. ramai juga baru tau jenama pepero lepas isu ni panas.
Curahan rasa Denaihati @ ..Batas bersosial di sosial media
Sy pertama kali dengar coklat pepero….biasa mkn cadbury.suka sgt2. Erm tp ni kuar tentang stutus halak cadbury jd takut pulak nk makan…..
issu cadbury Jakim dah jelaskan, takde ragu-ragu lagi.
Curahan rasa Denaihati @ ..Piala Dunia 2014 Brazil pasukan pilihan
Kehalalan suatu produk memang harus jadi salah satu perhatian utama untuk kaum muslim dalam hal mengkonsumsi makanan.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Perhatikan Hal Ini Saat Membuka Usaha Penjualan Cake
Baru tahu sekarang tuh ada produk Coklat Pepero, kalau Coklat Cadbury tahu.
Curahan rasa Kang Dadan @ ..Persib vs Barito Putra ISL 2014
mungkin belum sampai sana lagi kang dadan. juga jadi issu sebelum ni,
Curahan rasa Denaihati @ ..Operasi cermin gelap kereta bukan kekasih gelap
Rasanya pernah makan sekali tapi dah lama sangat. sedap rasanya.
Curahan rasa Bahrain @ ..Review Filem Edge Of Tomorrow
Tidak pernah merasa apa ker nama pepero ini.
Curahan rasa akubiomed @ ..Majlis perkahwinan Faizal dan Nurul Farhana
harap dapat membantu mereka di luar sana… tiada sijil bukan bermakna itu haram untuk di makan.. ada juga bertanya dengan rakan yang belajar di korea dan dia pendapatnya tersendiri apa pun kalau rasa ragu2 atau syubhah lebih elok di hentikan makannya
Curahan rasa aku penghibur @ ..Dia Mengajarku Mencintai Kerana Allah
Tiada Sijil Halal tak semestinya produk makanan itu haram dimakan..cuma jika ada sijil Halal dari badan yg diktiraf seperti JAKIM tuh kita akan berasa lebih selamat dan tidak was-was..tapi jika dah rasa was-was berkaitan halal haram tuh eloklah dielakkan dan carilah yg lain yg pasti halal..bukankah mencari yg halal itu fardhu..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
Betul tu seperti kes coklat pepero ini JAKIM tak cakap tak boleh makan cuma JAKIM kata tak ada sijil halal. Kalau mengikut penjelasan di entri anarm.net katanya sumber coklat ini bukan dari haiwan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Pepero
Tepuk dada tanya iman..jika rasa tak yakin dengan kandungan bahan yg ingin dimakan seeloknya jangan makan..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
Yg lbh parahnya ada golongan yg x nak mengambil pakai ijtihad para ulamak ni. Pendapat dia jugak yg betul. Sungguh malang
Ni yg dikatakan terlebih pandai. Bila mereka berjalan keluar negara baru mereka tahu betapa susahnya nak makan kalau tak de tanda halal ini jadi masa tu apa asas yn nak digunakan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Cadbury Dairy Milk
Memang bermasalah jika hanya berpandukan cop halal semata-mata especially yg berkelana ke luar negara.. tu yg hanya berani pilih menu seafood jer..nak makan ayam ke daging takut tak halal tak sembelih..
Curahan rasa UpProfits @ ..Blog tak banyak Komen? Belajar Tips dan Cara Denaihati
Baru-baru ini dengar ceramah dari pegawai Jabatan Agama Islam negeri dan beliau terlibat dalam penyelidikan status halal di Perak..berpendapat, ramai yang salah anggap tentang status halal sana sini dan pandai plak buat spekulasi tanpa ilmu..
Curahan rasa reezluv @ ..Burger Pilihan Menu Rakyat Malaysia
Bukan semudah ABC untuk tentukan status halal sesuatu makanan sebab tu aku selalu cakap beruntung sangat Malaysia ada JAKIM sebab banyak negara Islam yg penduduk Islamnya lebih ramai dari Malaysia seperti Turki yg populasi Islam 98% dari 73 juta penduduk pun tak ada badan halal.
Curahan rasa Denaihati @ ..Status Halal Coklat Pepero
Maybe sebab penduduknya dah 98% muslim yg menjadikan mereka berani makan walaupun takder cop halal..masyarakat Malaysia pula ada berbilang kaum dan agama maka bermacam aneka makanan kita boleh jumpa..
Curahan rasa UpProfits @ ..Status Coklat tanpa Sijil Halal JAKIM diragui
nice entry ni.. membuka satu lagi ilmu baru kepada mereka yang lain yang tidak mengetahuinya.. kena fahami dan pelajari.. Konsep Islam ISTIHALAH
Curahan rasa KiD @ ..Sinari Kemuliaan Ramadhan Bersama Yeoâs
Comments are closed.