SmartTAG baru sangat menyusahkan pengguna

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, angin satu badan bila gajet smartTAG baru buat hal lagi. Bulan lepas sangkut kat lorong smartTAG exit keluar UPM dan exit keluar Kajang, di digital board lorong smartTAG keluar perkataan “tiada smartTAG” sedang terpacak smartTAG kat cermin depan kereta, baki pun ada banyak lagi. Pertugas rumah TOL Kajang cakap mungkin bateri dah low tapi bila aku periksa masih bertanda HIGH. Aku ada kongsikan masalah ini di status Facebook, rupanya ramai yang beri maklumbalas menghadapi masalah yang sama. Ada yang cadangkan aku pergi kaunter PLUS minta tukar gajet baru.

gambar smartTAG baru

Semalam jadi lagi masalah yang sama di dua rumah TOL lebuhraya LATAR balik dari Sabak Bernam. Bukan aku sahaja ada masalah di lorong smartTAG highway LATAR tetapi ramai pemandu lain yang senasib dengan aku dan semuanya menggunakan smartTAG baru. Bukan setakat di rumah TOL highway LATAR, di rumah TOL Guthrie nak masuk ke PLUS highway pun tersangkut lagi dengan masalah yang sama “tiada smartTAG”. Mak Datin sebelah aku yang bawa kereta Audi pun senasib dengan aku. Pertugas TOL datang bantu dan dia kata sebab bateri lemah tapi aku balas balik aku dah periksa bateri banyak lagi. Rupanya masalahnya bateri longgar yang menyebabkan smartTAG tidak berfungsi jadi alat pengesan tidak dapat mengesan kehadiran smartTAG.

gambar bateri smartTAG baru

Masalah ini bukan masalah aku seorang tetapi masalah semua mengguna smartTAG baru. Kepada pihak pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go tolong ambil tindakan sebelum ada pengguna yang baling smartTAG kat muka CEO anda. Aku harap pihak PLUS highway dan Touch ‘n Go bertindak segara dengan menarik balik semua penggunaan smartTAG  baru yang telah dijual dengan menganti smartTAG lain yang berkualiti. Setakat minta pengguna pergi kaunter tukar baru dan dapat semula smartTAG yang ada masalah bateri tidak akan menyelesaikan masalah. Kalau TOYOTA, HONDA dan banyak lagi syarikat boleh tarik balik produk yang ada masalah kenapa tidak Touch ‘n Go.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia PayPal Untuk Perniagaan Online. Klik Sini

Rahsia Lulus Temuduga Kerja Kerajaan. Klik Sini

Panduan Lengkap Temuduga. Klik Sini[/box]

Kami pengguna yang sudah membayar RM120 dan top up duit setiap kali hendak menggunakan smartTAG inginkan perkhidmatan yang bagus tidak mahu lagi ada masalah di lorong smartTAG sehingga kena hon oleh pemandu lain yang tidak faham masalah yang berlaku. Kalau kami yang menggunakan smartTAG terpaksa mengundurkan kereta untuk masuk ke lorong Touch ‘n Go kemudian kena maki dengan pemandu lain hanya kerana smarTAG tidak berfungsi memang tidak berbaloi sebab kami sudah bagi banyak duit in advance kepada PLUS highway dan Touch ‘n Go.  Tolong ya Lembaga Lebuh RayaPLUS highway dan Touch ‘n Go jangan buat bodoh dengan masalah pengguna.

smartTAG baru komplen dari pengguna

smartTAG baru komplen dari pengguna

Ini sebahagian dari komen rakan-rakan Facebook ada beratus lagi komen tentang smartTAG baru di SINI jadi aku bukan keseorangan menghadapi masalah ini.

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

masalah smartTAG baru

SmartTAG baru harap je cantik kecil molek tapi banyak masalah lebih baik guna yang lama besar gedabak tapi jarang ada masalah. Kepada semua pengguna yang ada masalah dengan smartTAG mari kita Viralkan di Facebook sebagai tanda protes dengan produk yang bermasalah dan rendah kualiti sehingga pengurusan PLUS highway dan Touch ‘n Go mengambil tindakan.


Spread the love

236 Comments

  1. Aku pakai ok jek..dh dekat 6 bulan takde masalah..ko yg install x betul..salah kan smart tag pulak

  2. Ingat baru nak tukar dari smart tag yang lama kepada yang baru..rupanya ada masalah smart tag baru..x jadi tukar la..biar la smart tag lama besar dan tak cantik macam yang baru nie…sekurang-kurangnya tak kena maki dengan orang lain bila smart tag tak berfungsi..
    Curahan rasa Mohd Yazed @ ..Wordless WednesdayMy Profile

  3. Cube make sure cermin dpn x heavily tinted..

    Klu yg xlekat smart tag kt cermin depan, make sure mse pegang smart tag, belah belakang smart tag tu menghadap atas (sensor kt ceiling tol)..

    Hold smart tag in the same position wlpn kt skrin tulis xdetected, kdg2 sensor lmbt detect n klu alih smart tag mse tgh synchronize trus jd error..

    Lps da cube semua ni tp msih ade problem, mknenye device punye mslh..

  4. Aku tengok ramai benor yang marah PLUS. Aku rasa korg semua dah salah tembak lah. Smart Tag ni Touch n Go Sdn Bhd pny barang la wehh. Kalau nak raise the issue, it should be made to the manufacturer. Kepada tuan punya company which is touch n go.

    Yang kit boleh harapkan, supaya PLUS tolong kita sampaikan isu ni dekat pihak tounch n go. Kalau mcm tu baru lah betul.

    1. Masalah berlaku di rumah tol PLUS higway sebab orang komplen pada PLUS jadi plus kena ambil tahu begitu juga Lembaga Lebuhraya Malaysia.

      1. Yes, betul tu PLUS kene amk tahu. But cara penulisan mcm menyalahkan PLUS pulak. In that case, cara penulisan patut lebih supportive, bukan negative mcm ni. Sorry lah, just my personal opinion bro.

        The one yang faulty is the device… bkn lane tol tu yang rosak. Lain lah detector dkt tol tu yang rosak. Nak marah pun kene lah betempat. Lain org buat hal, lain org pulak kene.

        But setuju psl LLM ptt amk tahu jugak.

  5. CEO PLUS diminta FIRED Manager & HOD division smarttag neh !

    Banyak sangat Manager & HOD yang Tak Bley pakai skrg neh, Degree 2-3, Cert 5-6 helai, tapi Hape Pun Tak Bley !
    PLUS dah kena Virus Manager & HOD poyo ! ubah & tuka Manager & HOD baru !

    1. Aiyooo, korg ni main tembak je. Smart Tag ni Touch n’ Go Sdn Bhd punyer produk la. Bukan PLUS punya, bukan LATAR punya dan bukan aku punya. Main tembak je lah korg ni.

  6. saya pengguna smart tag model lama bateri dh low agak lama tapi still leh guna smpai skrg..kadang2 tiba2 kuar bateri tu high pulak..emm apa2 jelah janji x sangkut di lorong smart tag..hehe

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!