Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Terima kasih kepada yang membaca dan komen semua entri antaranya “Kembara tempat menarik di Amsterdam 2018”. Kali ini nak kongsi pengalaman teruk menggunakan smart TAG baru.
Kami baru kehilangan FB page yg mempunyai lebih 2 juta follower. Mohon seminit LIKE page baru kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Ini bukan kali pertama Abang menulis masalah smart TAG baru. Pada tahun 2014 menulis entri tajuk “Smart TAG baru sangat menyusahkan pengguna“. Entri ini mendapar lebih sembilan ribu share dan beratus komen. Selepas hampir empat tahun masalah yang sama masih belum berubah.
Bila nak lalu lorong samart TAG mesti berdebar. Dulu masa guna smart TAG baru selalu kantoi palang tak terbuka. Bukan sekali banyak kali. Ada sekali adik tol tu minta goyang-goyangkan smart TAG katanya bateri longgar, dia suruh sedal bateri bagi rapat.
Sepatut barang baru lebih bagus dari model lama yang besar. Sekarang kami guna model lama ni pun dah macam nyawa-nyawa ikan anytime expired. Selalu nampak kereta tersangkut kat lorong smart TAG dan nampak macam-macam drama nak bagi sensor kesan. Ni cerita lama tapi PLUS & Touch ‘n Go buat tak kisah dan masih jual smart TAG baru yang teruk
Bilalah nak berubah?
Mohamad Hanafi : Masih setia pada smart TAG lama walaupun berbalut solitip asalkan tak fobia mcm sifu Amir Hassan dan kebanyakan orang kena.
Lina Hamzah : Kami ada 3 smartag baru yang nipis dah tak boleh guna, geram betul lalu palang asik tak naik sudahnya guna touch n go je.
Amir Hassan : kami ada dua yang baru tak guna. Ada dua yang lama satu nyawa-nyawa ikan. Satu dah tak boleh guna. Pening betul yang tukang buat ni tak kan lah bengap sangat tak tau masalah pengguna.
Lina Hamzah : tau takpe rasa nak gi opis depa baling je. Kami ada 1 yang lama tu je yang bertahan walaupun dah kena ikat getah.
Fadzilah Jamaluddin : Sama-sama yang kami pun ikat getah kadang-kadang barang lama lagi bagus dari yang baru.
Roslan Hamid : Kat Seoul tak masalah pun system smart tag ni. Laju aje kenderaan dan palang terangkat dengan cepat. Diberitakan asalnye smart tag dan touch & go ada lah system yang satu tapi bila tiba Malaysia dibahagi kepada dua syarikat berasingan demi keuntungan syarikat-syarikat yang berebut business.
Darwish Danial : Sekarang dah ada RFID. RFID adalah system baru pembayaran toll menggunakan sticker untuk melepasi palang tol. Pelekat RFID, juga dikenali sebagai tag RFID, adalah unik untuk setiap kenderaan dan tertanam dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan. Pelekat akan dihubungkan dengan Touch ‘n Go eWallet yang mana tambang akan ditolak.
Lina Hamzah : sticker tu nak dapat kat mana
Hisyamudin Fadzil : Sebelum ni ada open untuk pilot test RFID ni. Tp dah tutup. Ni dia bukak semula. Buka laman www.touchngo.com.my dan kat situ ada dah pop up daftar rfid.
Yana Yassin : kena bayar apa-apa dak.
Hisyamudin Fadzil : bayar topup lah. Satu apps boleh control beberapa sticker rfid yang dipasang pelbagai kenderaan.
Ebad Abid : rfid hanyalah sekeping sticker yang ditampal kat windscreen. Bukannya any device yang perlu kan mantainance. So dia akan link kan dengan apps e-wallet touch n go. Any deduction toll fare directly dari apps. Tak payah nk beratur untuk top up kad dah, reload online dlm apps je.
Siti Aminah Wahab : Alhamdulillah, masih guna yang lama dan tiada masalah. Cuma kalau lalu Smart Tag memang slow je, takut tak bukak je palang. Kadang touch n go lagi laju dari kami.
Akma Omar : Smart tag baru ni sensitive sikit dengan tinted kereta kalau gelap sikit tak detect kena sua ikut tingkap, yang lama tu bagus dan kuat jatuh terkopak camne pun lah masih boleh guna huhu
Khayla Azwan : So far alhamdulillah dua tahun pakai tak pernah sangkut kat smart TAG. 6 bulan pakai bateri GP. Next saya pakai batteri jenama murah. Beli kat kedai Eco RM2 untuk 2 bijik.
Amir Hassan : ada kesan ke bateri murah dan mahal. Ada juga terdengar kata bagus pakai bateri biasa.
Khayla Azwan : ada yang cakap pakai batteri GP 1604 bagus tahan lama. Senang detect smart tag. So far saya pakai yang murah rasa sama je. Dari start beli sampai skarang saya tak pernah ubah posisi smart tag. So far tak pernah sangkut kat smart tag.
Semuga sistem RFID tag dan aplikasi Touch n Go dapat menyelesaikan masalah smart TAG baru yang teruk. Perubahan mesti dibuat dengan cepat tak boleh ambil masa terlalu lama.
Denaihati Network
40 Comments
Saya tak kerap lalu highway.. sebab tu saya tak guna Smart TAG.. guna Touch N Go sahaja bagi saya sudah memadai..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
smart tag baru atau pun lama tak penting sangat,yang penting palang tu laju jer buka bila kita dah ‘tet’haha
Saya kekal setia guna Touch n go sahaja hingga sekarang.. Belum pernah lagi guna Smart TAG..
Curahan rasa Anuar @ ..Carta Top 10 – Nov 2018
Kami baru guna sebabnya bateri dah habis. Tapi smart tag yang lama lah. Yang baru tu memang suami tak suka beli.
DEvice SmartTAG yang baru ni memang problem. Palign tidak, LCDnya problem. Sukar device smartTAG yang edisi dulu-dulu, yang besar gedabak tu. Tu lagi power ..mujur pasni dah boleh beralih ke RFID
Saya tidak ada smart tag.. sebab jarang nak guna tol.. guna touch n go kad tesco jer, senang baki touch tu boleh guna untuk shopping kat tesco jugak kadang2
smartTAG masih belum menjadi kewajipan. Ada kad berfungsi sebagai Touch N Go tu kira ok la kan..masih boleh melepasi tollgate hehehe
Haah la. Kadang ada smart tag pun tak ‘smart’ . Hampeh lah kan. Sepatutnya benda yang baru lebih bagus.
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sindrom yang Menyerang Wanita Setiap Bulan
skang ni kad touch n go pun boleh digunakn di kebanyakan premis kan. Download apps TnG pun best juga
Saya guna Touch n Go kad tesco punya hihihi.. masih setia dengan tu lagi.. tak guna smart tag.. lagi pun point tu touch n go boleh guna utk shopping gak selain guna untuk tol..
ramai yg complain pasal smart tag ni.. pelik juga. negara lain tak ada masalah. tapi malaysia buat jadi complicated dan kena ada dua company. huhu
smartTAG yang terbaru ni sangat teruks berbanding edisi yang mula mula dikeluarkan. Yang tu walaupun besar gedabak, tapi performance tiptop
Negara lain, sistemnya lain. Amik contoh Singapore, elok je sistem tol dia. Tapi tu la, katanya Malaysia pun akan ikut sistem seperti luar negara ni
Malaysia ni suka sangat buat benda tak kaji dulu kot,buat duku baru kaji.orang kaji dulu then buat
Saya takde smart tag, biasa pergi laluan touch n Go je. Tu yang tak tau sangat pasal smart tag ni. Sekarang dah okey ke smart tag?
Saya punya SmartTAG ok je. Tak de masalah setakt ni . Ops ada. Tapi bila lepas tukar bateri, semua jadi ok
ohh smart tag sy so far masih elok lg. memang ada perasan bila lalu tak detect atau lambat. yg tu masalah apa ye? battery elok je lg.
tu masa lalu tol gate, pegang ke memang guna mounting di cermin kereta? Kalau pegang, biasalah kadang2 tak transmit dengan betul
bateri dah lemah kot tu. Tak pun transmission antara device dgn sensor tak berlaku dgn baik
Waoww…
I would stay too, I think. and Thank you for sharing your idea. It’s great:D
Dah ramai sangat keluhan pengguna mengenai smart tag baru sangat teruk dan penyelesaiannya masih lagi belum kelihatan seolah tiada keprihatinan untuk memudahkan pengguna.
Curahan rasa Al-Manna Ameer @ ..Chia Seeds Organik Ameer
betul dah lama sangat dah dengar org complaint pasa smart tag teruk. pelik juga kenapa mereka tak cari jalan penyelesaian
Mungkin yang komplen tak banyak berbanding yang puas hati dengan penggunaan SmartTAG. Tu pasal tiada tindakan
Mungkin tiada pengguna yang buat aduan secara rasmi. Kalu ada yang buat, diorang pasti akn ambil tindakan
Setakat ni tak pernah ada Smart Tag, guna Touch N Go saja, belum rasa nak beli lagi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Contoh Soalan Peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik M41
Owh.. terbaiklah bro. Masih bersabar dgn Q yang pjg di lorong TnG. Eh ke bro tak lalu jalan bertol?
Masih setia dengan Smart TAG yang lama.. Walaupun terpaksa ikat dengan getah
Ikat dengan getah pun, tapi sensor dia power kan yang lama tu. Susah nak cari yg tu skang ni
Peranti smart tag ni macam modem wayerless broadband internet. Ditempah secara pukal dari China. Pengendalian di gudang pula kasar. Sebab itu agaknya dia ”rosak”.
Curahan rasa ahmadyani @ ..Lelaki Ini Yang Merompak RM50 Bilion Duit Negara
Owh ditempah secara pukal dr China ye. Ingatkan production drp sini. No wonderlah masalah banyak
Dah bertahun tahun rfid ni wujud. Harap tak amek masa lama tuk ‘testing ‘ ni
Sekarang tengah pilot testing kan. Banyak masalah baru yg muncul. Lps ni fasa rektifikasi plak. Kalau semua ok, barulah selesa digunakan
Comments are closed.