Siapa Blogger Trafik Hunter

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang memberi pendapat yang bernas dalam entri “Blogger Trafik Hunter“. Ramai sebenarnya pening Siapa  Blogger Trafik Hunter ni. Aku banyak membaca Blog Senior yang banyak memberi teguran kepada Blogger Trafik Hunter ni tapi bukan kepada semua tetapi teguran ini khas pada sekumpulan Blogger Trafik Hunter.

Komen dari Blogger Piratz adalah antara maksud sebenar Siapa Blogger Trafik Hunter yang disebuat oleh kebanyakan teguran yang dibuat oleh Blogger Senior ni :

Sejujurnya aku antara blogger yang menyifatkan sesetengah blogger itu traffic hunter. Bagi aku kenyataan diatas ada kebenarannya. Tetapi apa yang aku nak cakapkan blogger yang denaihati terangkan diatas sebagai blogger sepenuh masa tue kurang tepat. tak banyak blogger di malaysia yang berkerja sebagai blogger.. kebanyakkannya semua masih lagi belajar yang mempunyai banyak masa terluang….

blogger trafik hunter yang dimaksudkan adalah seperti dibawah.

1. menghantar kemaskini entri keatas semua page, group, dan profile blogger/kumpulan/personal yang popular. kerana, orang tersebut mempunyai ramai kawan dan pengikut. yang menerima akibatnya adalah mereka yang ‘like’, ‘join’, dan juga rakan2 personal tersebut.
2. menghantar entri yang sama berulang-ulang kali setiap hari.. boleh dikatakan, entri yang sama dihantar sebanyak 3-4 kali ke page, group, dan profile di facebook. keburukkannya, group, page, dan profile tersebut akan kehilangan kawan/ahli.
3. melakukan tajuk entri yang berunsur lucah tetapi kandungan didalam entri tiada kena mengena dengan tajuk. Tajuk lucah digunakan bagi menarik minat orang untuk baca. Setiap orang tak kira jantina pasti ada perasaan ingin tahu. Apa yang aku nak tegur mengenai point ini, bagaimana earning yang diterima jika mereka melakukan pernipuan. memang dosa pahala, halal haram itu kerja Allah. Tapi kita boleh tahu mana yang baik dan yang buruk..
4. menyertai perbagai tribe di triberr… jadi kesan buruknya timeline twitter akan dipenuhi entri yang sama setiap masa.. dan kadang-kadang berhari2. mungkin itu strategi bagus. tapi bagaimana pula dengan blogger yang hanya mengemas kini 4-5 entri seminggu jika dibandingkan blogger yang 4-5 entri sehari? tidak adil mungkin

Mungkin ramai daripada Blogger Trafik Hunter ini adalah Blogger baru yang berusaha untuk menjadi Blogger Sepenuh Masa. Suatu ketika dahulu aku pun adalah seorang Blogger Baru yang ada melakukan antara 4 kesilapan yang diterangkan oleh Blogger Piratz. Aku banyak belajar daripada kesilapan dan menerima teguran daripada Blogger Senior melalui penulisan dan teguran terus melalui email yang dikirimkan kepada aku. Semua itu sebahagian daripada pengalaman untuk menuju kejayaan. Hidupkan mesti berani gagal.

Semuga Rakan Blogger mengambil pengajaran daripada teguran Blogger Senior dan kepada Rakan Blogger yang lain berilah peluang Blogger Baru untuk memperbaiki kesilapan. Pasti setiap Blogger ada membuat kesilapan sebelum sampai ketahap sekarang. Teguran tu janganlah terlalu ganas sangat sebab Blogger Melayu sensitifnya tinggi kalau dah merajuk sunyi pulak nanti Dunia Blog Melayu ni.

Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Bagaimana Membina Identiti di Dunia Blog dengan hanya Berkomen nukilan BloggerAzman Ishak sebagai panduan.


Spread the love

114 Comments

  1. Newbie cam aku pun jarang nak ping. Plg2 kat ping busyukk dan digg.Facebook tu kalo artikel aku penting di share kat sana. Kalo peribadi dan biasa2 sgt xde la nak menjemput2 baca. Kecuali yg aku dah set up auto feed update kat twitter , fb dll 😀

    Biasalah! masing2 ada kecergasan dan buruan sendiri kan 😀
    Curahan rasa shah URL @ ..Definisi Fungsi FeedburnerMy Profile

  2. Den pun traffik hunter gak… Tapi ada time2 nak ping.. takdelah dalam seminit sekali 8 page nak ping kan…

  3. bagi aku, semua blogger adalah trafik hunter. Tak perlu aku tunjuk bukti, bila korang dah tulis sesuatu dalam blog. Secara automatically korang adalah traffic hunter dan juga seorang blogger.

    Salahkah jadi traffic hunter ni? tak salah bagi aku. Cuma, risiko tu besar. Risiko tu kena tanggung sendiri.

    Kalau berani jadi traffic hunter ni, korang kena berani ambil dan tanggung risiko.

    Ya, aku juga seorang trafik hunter. Tapi aku ada kriteria aku sendiri yang membuatkan aku berbeza dengan trafik hunter yang lain. Haha..salah satu pebezaanya. Aku lebih kacak. Haha..

  4. assalamualaikum rakan-rakan blogger sekelian. setakat ini rasanya saya tak buat lagi apa yang dikatakan di atas tu. ya saya akui walaupun blog saya tak sesiapa yang menjadi pengikut atau like apa-apa sahaja kat dalam blog saya tu, tapi saya tetap juga teruskan berblogging ni sebab minat. biarlah orang cakap saya ni syuk sendiri sebab ada blog. saya tak kisah itu semua. yang penting saya happy dengan blog saya walau pun setakat ini blog saya tu tak seorang pungunjungnya.
    Curahan rasa syaiful @ ..Jangan Menyesal.My Profile

  5. Salam… adehh … makan cili tadi, tu rasa pedas tu. Dalam entri asal tak komen sebab erkkk sebb no komen, tapi benarlah, memang kebanyakkan newbie akan buat begini, namun blogger2 lama pun ada gak yang guna bila mana dah dapat tahu cara guna, yelah …bergayut berblogging, tapi yang datang ke blog adalah 50 orang sebulan! … mungkin terpukul oleh blogger baru yang nampaknya lebih hebat dalam trafik, lalu yang lama pun ikut sama ….

    Terkesan kot, masakan tidak, setelah bertahun berblogging akhirnya dicantas oleh blogger yang baru naik, bukan naik biasa2 …tapi naik mendadak dengan trafik ribuan sehari. Ego … tercicir gitu.

    Apapun, manfaat yang baik harus diambil perhatian. Setiap apa yang dilakukan pasti ada akibatnya. Jika tidak berlaku hari ini, esok lusa mungkin tak tahu. Naik cepat, jatuh pun cepat.

    Tapi, gitulah, sejak adanya platform pengiklanan yang macam2 di dunia maya, khasnya blog; ramai yang nak kejar trafik. Lagi2 setelah pendedahan bertalu2 bahawa blog leh jana income yang gila hebat.
    Curahan rasa hasrulhassan @ ..Mengapa Ayat Al-Qadr Diturunkan? Hikmah Lailatul Qadar Di Penghujung RamadhanMy Profile

  6. Kadang secara tidak sedar kita mungkin terlepas pandang, tidak terfikir atau terlanjur menulis sesuatu hingga mendorong kita melakukan perkara yang kurang disenangi oleh blogger lain… jadi teguran dan perbincangan2 seperti ini memang sangat perlu sebab ia akan membantu kita untuk jadi lebih baik…
    Curahan rasa kulanz @ ..Penulis Blog Terdedah Kepada BahayaMy Profile

  7. Kalau ikutkan etika berblog ni,banyak juga yang lari dari konsep sebenar,contohnya buat event kat facebook semata-mata untuk menarik pengunjung dan pengikut terbaru.bagi saya ini tak boleh dipaksa,terpulanglah kepada pembaca blog untuk follow dan sebaliknya sesebuah blog itu
    Curahan rasa wazy @ ..Cerita Lawak Untuk Hilangkan Tension Bekerja 8My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!