Assalamualaikum dan salam 1Dunia, terima kasih kepada semua Rakan Blogger yang memberi pendapat yang bernas dalam entri “Blogger Trafik Hunter“. Ramai sebenarnya pening Siapa Blogger Trafik Hunter ni. Aku banyak membaca Blog Senior yang banyak memberi teguran kepada Blogger Trafik Hunter ni tapi bukan kepada semua tetapi teguran ini khas pada sekumpulan Blogger Trafik Hunter.
Komen dari Blogger Piratz adalah antara maksud sebenar Siapa Blogger Trafik Hunter yang disebuat oleh kebanyakan teguran yang dibuat oleh Blogger Senior ni :
Sejujurnya aku antara blogger yang menyifatkan sesetengah blogger itu traffic hunter. Bagi aku kenyataan diatas ada kebenarannya. Tetapi apa yang aku nak cakapkan blogger yang denaihati terangkan diatas sebagai blogger sepenuh masa tue kurang tepat. tak banyak blogger di malaysia yang berkerja sebagai blogger.. kebanyakkannya semua masih lagi belajar yang mempunyai banyak masa terluang….
blogger trafik hunter yang dimaksudkan adalah seperti dibawah.
1. menghantar kemaskini entri keatas semua page, group, dan profile blogger/kumpulan/personal yang popular. kerana, orang tersebut mempunyai ramai kawan dan pengikut. yang menerima akibatnya adalah mereka yang ‘like’, ‘join’, dan juga rakan2 personal tersebut.
2. menghantar entri yang sama berulang-ulang kali setiap hari.. boleh dikatakan, entri yang sama dihantar sebanyak 3-4 kali ke page, group, dan profile di facebook. keburukkannya, group, page, dan profile tersebut akan kehilangan kawan/ahli.
3. melakukan tajuk entri yang berunsur lucah tetapi kandungan didalam entri tiada kena mengena dengan tajuk. Tajuk lucah digunakan bagi menarik minat orang untuk baca. Setiap orang tak kira jantina pasti ada perasaan ingin tahu. Apa yang aku nak tegur mengenai point ini, bagaimana earning yang diterima jika mereka melakukan pernipuan. memang dosa pahala, halal haram itu kerja Allah. Tapi kita boleh tahu mana yang baik dan yang buruk..
4. menyertai perbagai tribe di triberr… jadi kesan buruknya timeline twitter akan dipenuhi entri yang sama setiap masa.. dan kadang-kadang berhari2. mungkin itu strategi bagus. tapi bagaimana pula dengan blogger yang hanya mengemas kini 4-5 entri seminggu jika dibandingkan blogger yang 4-5 entri sehari? tidak adil mungkin…
Mungkin ramai daripada Blogger Trafik Hunter ini adalah Blogger baru yang berusaha untuk menjadi Blogger Sepenuh Masa. Suatu ketika dahulu aku pun adalah seorang Blogger Baru yang ada melakukan antara 4 kesilapan yang diterangkan oleh Blogger Piratz. Aku banyak belajar daripada kesilapan dan menerima teguran daripada Blogger Senior melalui penulisan dan teguran terus melalui email yang dikirimkan kepada aku. Semua itu sebahagian daripada pengalaman untuk menuju kejayaan. Hidupkan mesti berani gagal.
Semuga Rakan Blogger mengambil pengajaran daripada teguran Blogger Senior dan kepada Rakan Blogger yang lain berilah peluang Blogger Baru untuk memperbaiki kesilapan. Pasti setiap Blogger ada membuat kesilapan sebelum sampai ketahap sekarang. Teguran tu janganlah terlalu ganas sangat sebab Blogger Melayu sensitifnya tinggi kalau dah merajuk sunyi pulak nanti Dunia Blog Melayu ni.
Ilmu blog terlalu luas mungkin boleh baca Bagaimana Membina Identiti di Dunia Blog dengan hanya Berkomen nukilan BloggerAzman Ishak sebagai panduan.
114 Comments
mengikut pengalaman kebanyakan blogger wat mcm nie..bukan blogger baru je..blogger lama yang dah ada nama pun wat mcm nie
Setuju sangat terutamanya point 1 dan 2 tu.. sebab tu biasanya leave jer groupd FB tu..
Curahan rasa Steward John @ ..Blogger nak sponsor Perodua Myvi Extreme?
nice sharing…
Curahan rasa madammondoq @ ..Edisi Terjah Ofis Simply Siti
Trim. pengetahuan yang penting
Curahan rasa presentations skills tips @ ..Microsoft Powerpoint Presentations Templates
salam kenal,
dulupun saya aktif di blogger guna cari traffic, tapi sepertinya tidak begitu banyak manfaat. Akhirnya saya dah lama gak merhatiin kesana. Tapi melihat perkembangan baru sekarang, mungkin nanti saya coba aktif lagi, karena waktu memang banyak tersita.
Curahan rasa Homeopathic Medicines @ ..Is low testsoterone levels really associated with early death risk in men?
Ermm.. dulu aku pun tkejar kejar traffik gile gile..
skang dah malas da..
sbb skang aku bpegang pada, walau pun 1 yg dtg bce, itu pon dah dikire rezeki . hehe 🙂
aku sekali aja ping sehari itupun pake autoping
Curahan rasa munir ardi @ ..Tips to saving money for Students
ye ye… ada auto ping kan senang 😀
Curahan rasa shah URL @ ..Surat Dari Google Adsense
Kalau saya lagi la jarang sangat nak guna ping.. itu pun harap plugin dekat WP jer
Curahan rasa Steward John @ ..Appreciation from a blogger friend
yep seperti mana yg kita tau bilangan blogger di malaysia semakin hari semakin bertambah..memang betul ada yg gila kan trafik n follower yg ramai..itu semua terpulang pada masing2 kan bro..ikut pangkal hati masing..:)
Curahan rasa syafiq rosli @ ..Lagu – Lagu Membuatkan Aku Jatuh Hati
hohoh blog hunter
Curahan rasa aplikasi android @ ..SPB Mobile Spb Shell 3D 1.2.1 apk download best launcher for android
saya tergolong blogger hunter jugak…nak kejar trafik…apapun takdela hantar mende yg sama kat page…lagipun sedar entri amsih belum berkualiti
Curahan rasa lin azlina @ ..Jom join bloglist AIDILFITRI BEN ASHAARI
jujur akupun pernah guna segala cara untuk dapatkan traffic tapi tak bohonglah dengan menulis dusta
terima kasih atas teguran ini
Curahan rasa Liza @ Adzriel AB @ ..Inspirasi buatku
macam tu ke..baru saya tau 🙂
Curahan rasa Atika Aula @ ..Contest : Atika Aula nak bagi duit raya
thanks bro..
xtau nak kata mcm mana sebab ader juga yer org yg mcm ni, saya plak xder masa nk buat semua ni, 4-5 entry sehari, wah bnyk tuh, cuma kalau boleh biar berpada dan jujur dalam berblogging, setuju dengan kenyataan pasal rezeki yg datang dari tajuk lucah itu haram
Kebanyakan Blogger yg update banyak kali sehari lebih kepada memberi informasi terkini atau apa juga kisah yg pelik2 yg dipetik dari berita di sana sini. Kalau nak menulis original entri 3-4 kali sehari peehh mahu kering idea tu.
Curahan rasa denaihati @ ..Tips Pasti Berjumpa Malam Lailatul Qadar
setuju!
cari trafik tu tak per…cuma buat la cara white hat kalau nak lama bertahan
Curahan rasa dinsblog @ ..Dividen Amanah Saham Wawasan (ASW) 6.5sen seunit
Comments are closed.