Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah sesat mencari tempat menggunakan Waze dan Google Maps.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setahun yang lalu apabila kami dapat berita anak saudara kemalangan dan dimasukkan ke ICU Hospital Kluang, kami bergegas ke sana. Berpandu Waze kami telah dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit, kemudian apabila tukar guna Google maps kami juga dibawa kelokasi yang sama. Kedua-dua aplikasi meminta kami parkir di tepi jalan dan berjalan ke dalam ladang kelapa sawit untuk menuju ke Hospital.
Lokasi tersebut sangat jauh tersasar lebih kurang 20 km dari lokasi sebenar. Biasalah bila sudah sesat isteri dan anak-anak memang merungut sebab katanya degil tak mahu dengar nasihat mereka. Meraka sudah tunjukkan jalan sepatutnya tetapi Abang berdegil sebab pengalaman menggunakan Waze dan Google maps selama kembara di luar negara memang tidak pernah bermasalah.
Hari ini baru dapat hikmahnya, dikala capaian Celcom sangat lemah dan iPhone 6 plus macam merajuk sebabkan Waze dan Google maps tidak dapat digunakan untuk mencari rumah kenduri. Rupanya lakosi majlis perkahwinan yang kami tuju adalah dilokasi yang ditunjuk oleh Waze dan Google maps ketika kami sesat setahun yang lalu. Sampai tanpa sesat di Felda Kahang Barat, Kluang meraikan jemputan sahabat bisnis. Kali ini kami tidak sesat kerana bergantung harap sepenuhnya pada TUHAN bukan gajet lagi.
Betapa setiap kejadiah pasti ada sesuatu yang TUHAN ingin tunjukkan cuma cepat atau lambat. Kita sahaja yang selalu jadi insan yang tidak sabar.
Teringat dan rasa rindu pada arwah anak saudara yang pergi lebih awal meninggalkan kami.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
35 Comments
terima kasih udah share artikel nya sangat lah menarik like it thanks
Curahan rasa grosir gamis murah bekasi @ ..0812-8811-9011, GROSIR GAMIS TANAH ABANG, HARGA MURAH BERKUALITAS
SEMUA TELAH DITULISKAN jauh masa sebelum penciptaan langit dan bumi jadi tak perlu berkelu kesah dengan takdir Allah
Curahan rasa Bujang @ ..3 Blogger Super buat bujang lapuk ini
Kalau area KL dan Selangor Google maps problem waktu malam kan. Lagi-lagi area shah alam tu mesti screen Google maps jadi color hitam pastu rerouting je, last-last asyik pusing-pusing kat kawasan yang sama. Akhir sekali bila da tak ada arah tawakkal jela tengok sign board dan cari jalan utama atau highway (signboard warna hijau).
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017
selalu bersangka baik dgn apa yang berlaku, pasti yang baik dtg dariNYA
Curahan rasa seri @ ..5 Perkara Wajib Buat Ketika Keputihan Semasa Hamil
pernah juga ikut google map salah tempat. nasib tempat tu memang ingat-ingat lupa lokasinya, lastly ikut jelah kata hati. nasib sampai juga ke tempat yang ingin dituju.
Curahan rasa izzeyda @ ..Penang Sihat @ Zumba, Walk & Ride 2017
yA..SETUJU DH. Kadang-kadang tempat yang sama pergi boleh tersesat dan kadang-kadang dipermudahkan. Yang penting, jangan panik. 🙂
Curahan rasa sharimah @ ..SAUJANA IMPIAN KAJANG : RUMAH UNTUK DISEWA
Dulu masa naik motor selalu sesat, 5 ke 10 KM pun dah rasa jauh, kalau naik kereta lagi la haru.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Mesin Duit Untuk Anak-Anak
Comments are closed.