Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Jangan minta tolong pada manusia kerana tiada kuasa“. Kali ini Abang nak berkongsi kisah sesat mencari tempat menggunakan Waze dan Google Maps.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Setahun yang lalu apabila kami dapat berita anak saudara kemalangan dan dimasukkan ke ICU Hospital Kluang, kami bergegas ke sana. Berpandu Waze kami telah dibawa ke sebuah ladang kelapa sawit, kemudian apabila tukar guna Google maps kami juga dibawa kelokasi yang sama. Kedua-dua aplikasi meminta kami parkir di tepi jalan dan berjalan ke dalam ladang kelapa sawit untuk menuju ke Hospital.
Lokasi tersebut sangat jauh tersasar lebih kurang 20 km dari lokasi sebenar. Biasalah bila sudah sesat isteri dan anak-anak memang merungut sebab katanya degil tak mahu dengar nasihat mereka. Meraka sudah tunjukkan jalan sepatutnya tetapi Abang berdegil sebab pengalaman menggunakan Waze dan Google maps selama kembara di luar negara memang tidak pernah bermasalah.
Hari ini baru dapat hikmahnya, dikala capaian Celcom sangat lemah dan iPhone 6 plus macam merajuk sebabkan Waze dan Google maps tidak dapat digunakan untuk mencari rumah kenduri. Rupanya lakosi majlis perkahwinan yang kami tuju adalah dilokasi yang ditunjuk oleh Waze dan Google maps ketika kami sesat setahun yang lalu. Sampai tanpa sesat di Felda Kahang Barat, Kluang meraikan jemputan sahabat bisnis. Kali ini kami tidak sesat kerana bergantung harap sepenuhnya pada TUHAN bukan gajet lagi.
Betapa setiap kejadiah pasti ada sesuatu yang TUHAN ingin tunjukkan cuma cepat atau lambat. Kita sahaja yang selalu jadi insan yang tidak sabar.
Teringat dan rasa rindu pada arwah anak saudara yang pergi lebih awal meninggalkan kami.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
35 Comments
Kita terlampau bergantung dengan applikasi smartphone.. hingga terlupa kepada siapa yang sepatutnya kita bergantung dalam setiap tindakan dan perbuatan kita. .
terima kasih atas tulisan diatas.. sgt membuka mata hati dan kepala utk kita kembali kepada pencipta kita
keimanan kita boleh bertambah dan berkurang…
sebab itu mesti ingat Allah SWT setiap masa dan ketika
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Pengakuan Berani Pengguna Aplikasi Duit
Penah jugak terkena macam ni.. Tak boleh 100% bergantung pada gajet kan..
Curahan rasa Ayu @ ..RAHSIA LUKA BERSALIN CEPAT SEMBUH DAN KULIT CERAH BERSERI
betul tu bang…jangan bergantung pada gajet sangat..nanti masuk lubang pun boleh sebab dok tenung gajet
Curahan rasa nikrohayu @ ..BATIK COTTON MURAH DAN CANTIK UTK BAJU SEPASANG!!!!!!
haa… haaa. langgar lembu ke, masuk parit ke, paling takut terlanggar orang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips penjenamaan untuk berjaya lebih lama dalam bisnis
jauhnya sesat sampai 20km.. biasa la tu.. saya pun tak percaya sangat waze dan google map i. mereka kan robot je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Mengatasi Masalah Beli-Belah Secara Online
Jauh juga tersasar tu.. 20 KM. Kadang-kadang tak boleh bergantung sangat dengan waze ni.. Silap2 tambah jauh pulak. Haha
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..Tips dan Cara Ringkas Menurunkan Berat Badan Dengan Sihat
sampai terbiasa sangat guna waze, sedangkan zaman dulu kita based on petunjuk jalan sahaja kan.
Curahan rasa raihanah @ ..Tingkatkan Peluang Mengandung Dengan Vivix
Setiap yang terjadi mesti ada pengajaran untuk kita
.
Kena sangka baik dengan Allah saja
Curahan rasa Ummi Solehah @ ..Tudung Labuh Online Murah Fesyen Terkini Untuk Muslimah Moden
Kami guna Waze atau Google Map bila ke tempat yang tak biasa dikunjungi, kalau dah tahu jalan tutup saja aplikasi ni.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Soalan Temuduga Pembantu Penguasa Kastam
guna otak yang bergeliga pun boleh dalam mencari destinasi yang kita nak..
sayangnya tak ramai yang optimasi kelebihan tersebut
Curahan rasa Hero Borneo @ ..3 Tip Untuk Wakil Takaful Yang Baharu Boleh Berjaya
Walaupun ada kemudahan seperti Waze dan google Map, tapi ada masanya destinasi perjalanan kita ada yang tersasar juga..
Curahan rasa Anuar @ ..18 KOLEKSI SURAT PERJANJIAN POPULAR
Sehebat mana sekali pun ciptaan manusia.. Pasti ada kelemahannya juga… Itu sememangnya lumrah dalam kehidupan…
Curahan rasa Anuar @ ..18 KOLEKSI SURAT PERJANJIAN POPULAR
kita hidup ni pun kekadang tersasar juga…heeee. Dia juga tempat kita mengadu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips penjenamaan untuk berjaya lebih lama dalam bisnis
terkadang tuhan memberikan pertolongan kepada manusia lewat media yang sudah ada. jadi tidak memberikan pertolongan secara langsung
Curahan rasa paket wisata karimunjawa @ ..PAKET WISATA KARIMUNJAWA 3 HARI 2 MALAM
ya tuan, tu yang kita kena sabar sangat, bersangka baik selalu.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah
Saya memang tak pernah guna waze ni nak ke mana-mana. Pernah temankan kawan dan dia guna waze . Entah ke mana-mana tempat yang kami sampai. Nak tergelak pun ada bila tempat nak pergi tu sebenarnya dekat je tapi di bawa kami berpusing-pusing.
Curahan rasa rahimah majid @ ..Jom Tengok Apa Kelebihan Pocket Wifi Semasa Travel
Saya pun tak pernah guna waze. Pakai google maps aps pun baru lagi
.
Memang terbaiklah. Sampai depan rumah dia tunjuk
Curahan rasa Mazni & Fairul @ ..5 Tips Pemakanan Kawal Kencing Manis | VIVIX Shaklee
bawak pusing2 ni pun satu hal juga….heee. sebelum guna tengok cara manual jalannya dulu pun ok.
Curahan rasa Denaihati @ ..Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Para Sahabat kini di Muzium Negeri Kedah
Kadang bila selalu guna Google Map, terlupa bantuan sebenar tu dari Dia. Terima kasih atas ingatan indah ini.
Curahan rasa Suriya Majid @ ..Kawal Diabetes, Ini Cara Yang Betul Supaya Selamat Dari Dialisis
Kita usaha dan rancang yang terbaik. Tapi kalau dah sesat juga kena banyak sabarlah kan
.
Haha
mudahan kita tak lupa bantuanNya. memang kena sabar kalau sesat ni, kalau hilang sabar terus jadi sesat barat….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Fintech mengubah budaya kewangan dunia
saya menggunakan Google setelah tidak pasti mensasarkan tempat dengan tepat..
selebihnya cara biasa dan ikut laluan yang ada papan tanda..
Curahan rasa Hero Borneo @ ..Rahsia Jadi Kaya Terbongkar Selepas 30 Hari
Google pun ada buat silap juga kan tuan
.
Ciptaan manusia tak sempurna
betul, tiada ciptaan manusia sempurna… tak boleh harap pada gadjet/ mesin saja.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tips mendapat ilham dari Malaikat ketika susah
Ummi dah pernah alami
.
Bersangka baiklah pada Allah. Dalam susah kan ada senangnya
.
Barulah kita boleh ambil yang baik dari pengalaman pahit
Curahan rasa Ummi Solehah @ ..9 Langkah Menjaga Jubah Hitam Abaya Supaya Tahan Bertahun Lama!
Bila baca pengalaman tuan ni, saya pun boleh relate dengan pengalaman sendiri
.
Selalunya kalau sesat kawasan tu
.
Mesti akan ada keperluan di kemudian hari masa mustahak
.
Curahan rasa Mazni Al Melaka @ ..Set Kesuburan Shaklee Lelaki Wanita Untuk Haid Teratur & Cepat Hamil?
boleh share cerita tu sebagai pengajaran kepada pembaca yg kekadang marah-marah bila disesatkan masa travel.
Curahan rasa denaihati @ ..Tips penjenamaan untuk berjaya lebih lama dalam bisnis
Comments are closed.