Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog ini. Dah baca ke entri sebelum ini “Usahawan mesti berjiwa besar“, dalam entri tersebut ada tips untuk berjaya dalam bisnis. Kali ini Abang bawakan kisah pentingnya ada bajet iklan untuk berniaga kalau nak berjaya.
Abang baca status FB yang dicatatkan oleh sifu copy writing yang memang terkenal di Malaysia iaitu saudara Aqif Azizan. Katanya “kalaulah duit bajet iklan facebook ads tahun lepas boleh dijadikan tunai dalam akaun bank sekarang kan best”. Maksud ayat ini beliau sudah membelanjankan jumlah yang banyak untuk iklan di Facebook sepanjang tahun 2016 dan hasilnya pun sangat lumayan.
Beberapa tahun lalu Abang pergi kelas affiliate advance anjuran Fabian Lim jutawan internet. Kelas ni dihadiri 40 orang pelajar dan majoriti bukan orang Melayu. Sifu mengajar selok belok buat duit menggunakan affiliate peringkat dunia. Ramai alumnai pelajar-pelajar kelas ini telah menjana pendapatan bukan sahaja puluhan malahan ratusan ribu USD setiap bulan. Nak terjojol biji mata Abang bila tengok statement pendapatan mereka.
Rahsia mereka menjana pendapatan besar, sebenar tak susah mana pun. Setiap dollar yang mereka dapat hasil daripada bajet iklan dollar juga. Kalau pendapatan ratusan ribu dollar sebulan, bajet iklan yang dikeluarkan lebih kurang USD20k – 30k sebulan.
Kesimpulan setiap pendapatan yang hendak dijana daripada bisnis mesti ada bajet iklan yang mesti dikeluarkan. Contohnya kalau kita hendakkan jumlah jualan RM100 ribu sebulan maka kita mesti bersedia mengeluarkan kos iklan sebanyak RM10 – 20 ribu sebulan. Usahawan perlu ada target sale bersesuainya dengan modal iklan baru ada asasnya. Kalau nak dapat pendapatan lebat tapi lokek nak keluar bajet iklan lebih baik jangan buat bisnis. Iklan pulak jangan hanya fokus pada satu jenis iklan sahaja kerana setiap segmen iklan ada pelanggannya.
Ramai dikalangan kita ingin mempunyai pendapatan tinggi dalam bisnis online tapi susah sangat nak keluarkan duit dari kocek kemudian menyalahkan bisnis tidak bagus. Sedangan Sifu Aqif yang mahir dalam dunia pemasaran masih keluarkan bajet besar untuk iklan online. Siapa kita kalau lokek nak keluarkan bajet untuk iklan.
Nak jadi blogger dengan pendapatan lumayan juga perlukan modal tidak hanya berbekalkan air liur sahaja.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati Network (like ya! untuk jadikan kami top 10 Malaysia)
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
26 Comments
So impressive! Tak pernah bermimpi pun nak ada pendapatan puluh ribu ke rabus ribu USD setiap bulan. Tapi Fabian Lim da buktikan ianya masuk akal. Tak salah la kalau nak pasang angan-angan ada pendapatan lumayan yang macam ni bermula dari sekarang kan…hehe
Curahan rasa Qiya Saad @ ..Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB2017)
Kalau pakai wang asing insyaallah memang boleh dapat banyak macam tu
Ada ilmu dan kemahuan semua jadi insyaallah
Bisnis tanpa iklan bagaikan sayur tanpa garam. Apalagi sekarang beberapa pihak seperti Facebook dan Google telah memberikan space khusus bagi para penggunanya untuk memasang iklan produk-produk yang ditawarkan. Lebih efektif tentu saja.
Curahan rasa Dwi Wahyudi @ ..Peluang Menjadi Kaya dari Bisnis Forex BitCoin di SeputarBitCoin.Com
Macam buka kedai tengah hutan kan
Pelanggan tak datang
Yang datang haiwan saja
Hehe
tengok contoh usahawan yang berjaya dalam malaysia..memang mula2 perniagaan keluar modal besar nak buatt periklanan mcm buat banner, bunting dan lain2 lagi ..tapi lama kelamaan modal yang mula2 kita keluarkan tu mesti dapat pulangan balik. cuma kita kena beringat jangan cepat riak bile dah senang …!!
http://www.printheaven.my/our-products/inkjet-printing/
Yes, absolutely. bila nak sesuatu kita perlu korbankan sesuatu dahulu. seperti dalam entri ini, kita perlu keluarkan modal untuk mendapat pulangan yang setimpal.
Iklan ni umpama letak pancing dengan umpan yang betul
Pelanggan yang betul akan datang makan umpan jika kena dengan seleran
Betul juga tu, modal untuk mulakan perniagaan. Modal untuk kembangkan perniagaan. Modal untuk maintain pendapatan dari perniagaan. Semua tu perlu modal.
Kalau nak iklankan perniagaan juga perlu modal. Walaupun modal tersebut mungkin bukan dalam bentuk wang, usaha untuk iklankan secara manual juga adalah suatu modal.
Curahan rasa sabree hussin @ ..Kerja dari rumah dengan iLancee
iya bang betul sekali, biar bisnis tambah besar dan maju… hehe
Antara bajet yg perlu dimasukkan setiap tahun.. Sebab setiap bisnes perlu menghebahkan perkara berkenaan produk atau perniagaan utk menarik pelanggan
Curahan rasa Nor hazmira @ ..Anak Asyik Demam, Mak Pasrah Bagi Ubat Aje..
Ya.
Modal itu perlu.
Takde modal, susah nak bermula.
Bila dah mula, modal nak maintain pula kena tempuh.
Curahan rasa titan @ ..Belajar Buat Blog yang INTERESTING dan Menguntungkan.
Betul tu saya setuju…
Kos pengiklanan yang dikeluarkan akan menjadi “nyawa” kepada setiap perniagaan.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Tujuan utama kita mengeluarkan kos iklan adalah untuk mendapatkan database prospek..
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Semakin besar database prospek atau bakal pelanggan yang berjaya kita kumpul.. semakin bagus untuk perniagaan kita.
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Sebab tu setiap blogger wajib meletakkan sistem autoresponder di blog mereka.. tujuannya adalah untuk mengumpul database pelawat
Curahan rasa anuar @ ..Contest SEO : Belajar Buat Blog
Betul tu. Bila kita nakkan sesuatu, kita kena korbankan sesuatu. Makin besar pelaburan, makin lumayan hasilnya..
Curahan rasa UmmiMRA @ ..Ilmu Lunaskan Hutang Buat Saya Terkedu – #ReviewPembacaFTR
belanja sikit untuk iklan takde salahnya. iklan penting untuk promosi produk jualan kita 😉
Curahan rasa siti hazreen @ ..Cara Beli Emas Public Gold Melalui Akaun GAP Kali Pertama
benar tu tuan. dan salah satu kejayaan Dato aliff, jutawan kosmetik adalah pengiklanan. tengok sahaja iklan dia di televisyen, entah berapa banyak wang yang dikeluarkan hanya untuk iklankan produk. namun akhirnya, berjaya!
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Senarai top travel blogger malaysia.
Tanpa modal iklan, modal air liur tidak mencukupi, bila ada modal iklan, hasil akan dapat dengan lebih cepat dan berbaloi.
Curahan rasa Ikhwan @ ..Penguasa Kastam Gred WK41
apa lah bisnes kalau takde promosi. itu sebabnya pengiklan sanggpu bayar tinggi kpd blogger utk tulis review
Curahan rasa nikkhazami @ ..Kerja dari Rumah dengan iLancee
Comments are closed.