Nasihat dari Sifu Bisnis yang mengajar Denaihati

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat-sahabat yang hebat?

Sifu bisnis Abang kata cara fikir orang biasa memang akan sentiasa tiru apa sahaja orang luar biasa buat, contohnya

  1. Sifu FB ads buat kelas FB ads dia pergi belajar dan buat juga kelas FB ads walaupun jualan dari FB ads dia suam-suam kuku
  2. Sifu Google adwords buka kelas Google Adwords dia pergi belajar dan buka juga kelas Google Adwords
  3. Sekarang ternampak banyak pulak yang mengajar pelaburan saham bila tengok kelas sifu Hj Mohd Asri & bos Yusnizam Yusoff pecah panggung. Nak tahu cara buat duit dengan saham baca sini Teknik buat duit saham.

stock market guru

Sifu bisnis Abang kata selalunya orang yang luar biasa akan memulakan trend tapi tidak ramai yang kreatif, inovasi dan sanggup perah otak memikirkan idea baru. Bila orang mula tiru apa yang kita buat jangan marah-marah kerana ini bermakna kita sudah berjaya dan tiba masa untuk bergerak mencipta trend baru.

Sifu bisnis Abang kata cara fikir usahawan luar biasa seperti Bill Gates, Steve Jobs, Micheal Dell, Jeff Benzos dan Mark Zuckerberg tak sama dengan cara fikir usahawan biasa kerana itu mereka telah mengacau sistem dunia sehingga mengubah budaya kehidupan kita.

kepentingan usahawan untuk mengubah gaya fikiran

Begitu juga cara fikir kita semua sebagai usahawan. Cara fikir kita akan menentukan berapa besar bisnis yang bakal kita buat. Kita tidak akan mampu ubah cara fikir bisnis orang lain walaupun ahli keluarga kita sendiri apatah lagi kekawan.

Dan jangan cuba ubah cara fikir mereka kerana kesannya sangat negatif kerana mereka akan berusaha mempertahankan cara fikir mereka. Yang boleh ubah hanya ALLAH dan kerja kita sebagai manusia hanya kongsi peluang dan ilmu perniagaan kepada mereka.

Adakah kita termasuk dalam golongan Orang Luar Biasa atau Orang Biasa-biasa je?

Abang sentiasa berfikir untuk jadi luar biasa, masih cari formula mencari Rahsia Rezeki.

Abang Denaihati
Usahawan Digital
seminarduitdigital.com

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.

96 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!