Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah semalam telah berlangsung majlis pengumuman Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 bersama rakan blogger, penaja dan rakan media. Sejak 2012, pihak Denaihati Network telah mengadakan majlis Sepetang Bersama Blogger ini untuk memberi ruang kepada rakan-rakan blogger bersua muka dan berinteraksi antara satu dan lain.
Pada tahun ini, ada kelainan yang dibawakan untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Jika tiga tahun sebelum ini, semua majlis diadakan di dalam dewan, pada tahun ini, acara di luar dewan akan diadakan. Ini dilakukan untuk memberi kelainan dan berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang mahukan aktiviti yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara satu dan lain.
Sekiranya anda masih belum pernah menyertai majlis SBB, ini adalah peluang untuk anda menambah jaringan atau mengukuhkan jaringan sedia ada. Usah tunggu untuk acara rasmi semasa majlis SBBYEOS2015 untuk berkenalan. Gunakan peluang berkumpul di satu tempat untuk saling kenal-mengenali.
Penaja Sepetang Bersama Blogger 2015
Syukur alhamdulillah, pada tahun ini, pihak Yeo’s Malaysia sekali lagi ingin bekerjasama dengan Denaihati Network untuk penganjuran aktiviti ini. Pada tahun lepas juga, pihak Yeo’s Malaysia buat pertama kalinya telah bersetuju menjadi penaja utama untuk SBB2014.
Yeo’s Malaysia bermula pada tahun lepas, telah bergerak aktif dalam Social Media dan sangat gembira apabila boleh bekerjasama dengan rakan-rakan blogger sekalian. Penglibatan para blogger secara aktif di alam maya ini, membuatkan Yeo’s Malaysia juga mengambil langkah proaktif untuk bersama-sama dalam social media.
Selain itu, pada tahun ini juga, pihak kafe The Sumbs telah bersetuju menjadi penaja bersama untuk majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Kafe The Sumbs menggunakan tagline ForFoodieByFoodie menawarkan pelbagai hidangan menarik dengan harga yang berpatutan. Kafe mereka terletak di seksyen 13, Shah Alam.
Pada majlis #SBBYEOS2015 ini, pihak The Photolicious telah bersetuju untuk menjadi jurugambar dan juruvideo rasmi sepanjang majlis berlangsung. The Photolicious merupakan syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan proses mengambil gambar dan video untuk pelbagai acara. Sekiranya anda sedang mencari jurugambar atau juruvideo, The Photolicious seharusnya menjadi pilihan anda.
Selain itu, pihak eQurban Resources Sdn Bhd dan Jam Tawaf Magnetik Denaihati telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama dalam majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Terdapat sejumlah rakan-rakan blogger yang telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik untuk majlis pada kali ini, senarai akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Bila dan di mana?
Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di
- Tempat : Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya
- Tarikh : 13 Jun 2015
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
- Bayaran : RM30 seorang
- Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin hadir
- Daftar di http://sbb.my/pendaftaran
Majlis pada tahun ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi melibatkan acara Blogger Treasure Hunt manakala pada sebelah petang sesi Blogger Sharing akan diadakan. InsyaALLAH kedua-dua sesi ini akan diselitkan pengisian bermanfaat.
Hadiah dan cabutan bertuah
Acara Blogger Treasure Hunt pada tahun ini menawarkan hadiah berjumlah RM5000 tunai dan juga hamper. Selain itu, terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti iPhone 6, Samsung Note Edge, dan beberapa lagi hadiah lain yang akan boleh dimenanangi.
Tambah menarik, pihak Yeo’s Malaysia akan mengadakan kontes menjelang SBBYEOS2015 ini yang menawarkan hadiah 3 unit GoPro Hero 4 untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman rasmi mengenai kontes ini.
Tempat adalah terhad, pastikan anda daftarkan diri secepat mungkin. Pengalaman tahun lepas, ramai yang berduka cita apabila pendaftaran ditutup disebabkan kuota telah penuh.
233 Comments
alhamdulillah.. sy dah daftar.
bagus program ni. dpt eratkan tali silaturrahim sesama kita. moga majlis berjalan lancar dan diberkati nnti
Curahan rasa eXplorasa @ ..Kedai Kopi Din Tokyo Restoran Wajib Singgah Jika Ke Kota Bharu
nice. jumpa di sana bro. saya mungkin akan datang awal supaya bleh greet semua blogger yang hadir hehe
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
tahun lepas dah daftar
x leh gi pulak..
tahun ni???
Curahan rasa AUC @ ..Ubat Sakit Lutut yang Mujarab
tahun ni mesti jangan tak pergilah. mesti ramai yg nak jumpa dgn bro…
Curahan rasa Denaihati @ ..Surface 3 untuk Projek 2015
tahun ni kena datang jangan tak datang bro. teringin juga nak jumpa semua blogger yang hebat hebat 😀
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
ini lah masanya untuk kita kenal blogger dgn lebih dekat. sebelum ni asyik baca blog diorang je.
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik
ah’ah kan nik. kalau tak ambik peluang pergi majlis ni nanti, memang satu kerugian :). Nik pergi tak?
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Sabahan Blogger | Salam Dari Bumi Negeri Dibawah Bayu 🙂
tak pergi PG.. selalu tak berkesempatan nak join. lain kali mungkin. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tonton Online Dia Isteri Luar Biasa FULL Episod
lagi banyak hadiah lagi ramai yang berpeluang menang. good luck kepada semua yang join nanti
Curahan rasa nikkhazami @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik Balik
iphone 6 idaman semua orang. hehe. PG ni tak lagi-lagi terpakai iphone tu. haha.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Sabahan Blogger | Salam Dari Bumi Negeri Dibawah Bayu 🙂
hari ni tim denai hati sedang meninjau tapak treasure hunt dengan penaja, good luck 🙂
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Soal Jawab Sesi Temuduga Kerajaan
wa. bestnya 🙂
rugi tak joinkan diri kan.
those yang pergi, jangan malu jangan segan pula. bukan senang dapat pergi majlis sbb2015 macam ni. tahun depan, tak tahu ada ke tak majlis ni lagi 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Sabahan Blogger | Salam Dari Bumi Negeri Dibawah Bayu 🙂
seronoknya. blogger biasa2 macam saya ni boleh ke DH? huhuuu. nak menceburkan diri dengan blogger2 yang lain selain dari merapatkan ukhuwah sesama blogger
Curahan rasa Mieza Suhaini @ ..Rahsia Tahi Lalat
Boleh… lagi bagus, masa ni lah nak berkenalan dan menambahkan jaringan dgn blogger lain. daftarlah pantas-pantas….
Curahan rasa Denaihati @ ..Sahabat adalah teman kepada kejayaan
Pasti seru dan babyak ber manfaat, Ide Peluang Usaha
Insyaallah, akan turut serta dalam SBB 2015 kali ini. Tahun lepas kecundang sebab terlambat daftar. huhuhu
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Terima kasih daun keladi dah komen sila datang lagi
Waa..!! Bestnye dpt bjmpe dgn blogger2 semua..! Tak sabarnyee.!! Semoga dpt menjadi blogger2 seperti otai2 semua satu hari nanti..!! InshaAllah aminn
Curahan rasa Promosi perodua @ ..Promosi Hari Raya Aidilfitri 2015
Seronok jugak tahun ni sbb buat outdoor. Penganjur kena buat game best2 baru gempak
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bertukar dari Android ke iPhone
buat Games..boleh tu..tapi jangan video games..kalau games kotak beracun ok tak..atau yang lebih mencabar
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Sebab Bestmobile Pilihan Ramai
Dah lama tak main game kotak beracun. Mengimbau kembali kenangan zaman kanak-kanak 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Rayuan Sumbangan Wakaf Khas Sekolah KAFA Intergrasi Baitul Hikmah Taman Seroja
Kalau outdoor games memang best, tu ada treasure hunt kan?Pastinya meriah!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
cantik gk idea kotak beracun tu..asyik tgk budak2 main kat besday parti je..nak gk main kan hehehe
Curahan rasa JMR @ ..Didik anak dalam ‘membeli’
Dengar cerita hadiah cabutan bertuah makin banyak. Best pulak tu. Untung lerrr
Curahan rasa nikkhazami @ ..Bertukar dari Android ke iPhone
Banyak sungguh hadiah cabutan bertuah tahun ni kan? Gajet pula tu
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
Bestnya kalau dapat join. Tak sempat ni saya ada program lain. Esoknya pulak ada kelas foreign language.Pack sangat minggu tu.
Curahan rasa rahimah @ ..Jom Tengok Video Lucu Pelancong Merangkak Di Jambatan Kaca Di Gunung Tianmen, China.
Kalau tak dapat join kali ni.. Boleh join event ni tahun depan.. In Shaa Allah, Team Denaihati akan terus menganjurkan event ini..
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
tahun depan kalau ada rezeki boleh la tu..
insya Allah kalau panjang umur dapat pergi tu..
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Sebab Bestmobile Pilihan Ramai
Saya pun tak dapat join juga tahun ni, semoga tahun depan mampu la nak hadirkan diri..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
Kanankiriok
Prediksi Skor Persipura Vs Pahang
http://167.114.12.139/~kanankiriok/prediksi-skor-persipura-vs-pahang-26-mei-2015/
Curahan rasa sinta @ ..PREDIKSI BOLA CRYSTAL PALACE VS DUNDEE TANGGAL 27 MEI 2015
Frenbet99
PREDIKSI BOLA CRYSTAL PALACE VS DUNDEE
http://167.114.33.60/prediksi-bola-crystal-palace-vs-dundee-tanggal-27-mei-2015/
Curahan rasa sinta @ ..Prediksi Skor CSKA Moscow vs Rubin Kazan 26 Mei 2015
saya dah datar … harap-haap ramailah sudi berkenalan dengan saya..hehehehe
Curahan rasa Alin Marlini @ ..Putrajaya
Excellent lah Alin Marlini.. Insyallah ada peluang dan ruang kita jumpa disana..Masih banyak yang saya nak belajarlagi ni..
Curahan rasa Sani @ ..Pendakian ABC Talam Bukit Yang Paling Mencabar Tahun 2015
memang best kalau dapat bersua muka dengan para blogger..lebih-lebih lagi kalau blogger tu dah kita kenal secara maya agak lama..
Curahan rasa mrhanafi @ ..7 Sebab Bestmobile Pilihan Ramai
Betul tu, setakat kenal dan mesra di alam maya sahaja tak cukup kan? Kalau dapat berkenalan di alam realiti pastinya lebih best!
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kesihatan Organ Reproduksi Lelaki yang Perlu Diberi Perhatian!
Harap kita boleh berjumpa di sana nanti… Saya pun jarang join aktiviti bersama blogger macam ni… Rasanya pernah sekali jer pada tahun 2013…
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
hi anuar. wa. da set untuk perkenalan tu nampaknya. hehe. lepas ni bolehlah blogwalking sesama blog kan 🙂
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Sabahan Blogger | Salam Dari Bumi Negeri Dibawah Bayu 🙂
hi alin. inshaAllah. selamat menghadiri majlis sbb2015 itu nanti ya 🙂
bestnya korang. hehe.
Curahan rasa Mrsyatie @ ..Sabahan Blogger | Salam Dari Bumi Negeri Dibawah Bayu 🙂
Ramai blogger hebat-hebat yang join program ni nampaknya kan? Bertambah la saudara sesama blogger lepas ni…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Euphoria Shaklee Wellness Fair, Part 2
Pastinya ramai nak berkenalan dengan Alin yang comey lote cantik manis ni…
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Krim Herba Pelbagai Guna
siapa itu gan? , Ide Peluang Usaha
Comments are closed.