Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah semalam telah berlangsung majlis pengumuman Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 bersama rakan blogger, penaja dan rakan media. Sejak 2012, pihak Denaihati Network telah mengadakan majlis Sepetang Bersama Blogger ini untuk memberi ruang kepada rakan-rakan blogger bersua muka dan berinteraksi antara satu dan lain.
Pada tahun ini, ada kelainan yang dibawakan untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Jika tiga tahun sebelum ini, semua majlis diadakan di dalam dewan, pada tahun ini, acara di luar dewan akan diadakan. Ini dilakukan untuk memberi kelainan dan berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang mahukan aktiviti yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara satu dan lain.
Sekiranya anda masih belum pernah menyertai majlis SBB, ini adalah peluang untuk anda menambah jaringan atau mengukuhkan jaringan sedia ada. Usah tunggu untuk acara rasmi semasa majlis SBBYEOS2015 untuk berkenalan. Gunakan peluang berkumpul di satu tempat untuk saling kenal-mengenali.
Penaja Sepetang Bersama Blogger 2015
Syukur alhamdulillah, pada tahun ini, pihak Yeo’s Malaysia sekali lagi ingin bekerjasama dengan Denaihati Network untuk penganjuran aktiviti ini. Pada tahun lepas juga, pihak Yeo’s Malaysia buat pertama kalinya telah bersetuju menjadi penaja utama untuk SBB2014.
Yeo’s Malaysia bermula pada tahun lepas, telah bergerak aktif dalam Social Media dan sangat gembira apabila boleh bekerjasama dengan rakan-rakan blogger sekalian. Penglibatan para blogger secara aktif di alam maya ini, membuatkan Yeo’s Malaysia juga mengambil langkah proaktif untuk bersama-sama dalam social media.
Selain itu, pada tahun ini juga, pihak kafe The Sumbs telah bersetuju menjadi penaja bersama untuk majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Kafe The Sumbs menggunakan tagline ForFoodieByFoodie menawarkan pelbagai hidangan menarik dengan harga yang berpatutan. Kafe mereka terletak di seksyen 13, Shah Alam.
Pada majlis #SBBYEOS2015 ini, pihak The Photolicious telah bersetuju untuk menjadi jurugambar dan juruvideo rasmi sepanjang majlis berlangsung. The Photolicious merupakan syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan proses mengambil gambar dan video untuk pelbagai acara. Sekiranya anda sedang mencari jurugambar atau juruvideo, The Photolicious seharusnya menjadi pilihan anda.
Selain itu, pihak eQurban Resources Sdn Bhd dan Jam Tawaf Magnetik Denaihati telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama dalam majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Terdapat sejumlah rakan-rakan blogger yang telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik untuk majlis pada kali ini, senarai akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Bila dan di mana?
Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di
- Tempat : Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya
- Tarikh : 13 Jun 2015
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
- Bayaran : RM30 seorang
- Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin hadir
- Daftar di http://sbb.my/pendaftaran
Majlis pada tahun ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi melibatkan acara Blogger Treasure Hunt manakala pada sebelah petang sesi Blogger Sharing akan diadakan. InsyaALLAH kedua-dua sesi ini akan diselitkan pengisian bermanfaat.
Hadiah dan cabutan bertuah
Acara Blogger Treasure Hunt pada tahun ini menawarkan hadiah berjumlah RM5000 tunai dan juga hamper. Selain itu, terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti iPhone 6, Samsung Note Edge, dan beberapa lagi hadiah lain yang akan boleh dimenanangi.
Tambah menarik, pihak Yeo’s Malaysia akan mengadakan kontes menjelang SBBYEOS2015 ini yang menawarkan hadiah 3 unit GoPro Hero 4 untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman rasmi mengenai kontes ini.
Tempat adalah terhad, pastikan anda daftarkan diri secepat mungkin. Pengalaman tahun lepas, ramai yang berduka cita apabila pendaftaran ditutup disebabkan kuota telah penuh.
233 Comments
Wah banyak hadiah menarik. Makin tahun makin menarik sepetang bersama blogger ni.
Curahan rasa daddydee @ ..Apa Itu Pedofilia? Fakta Tentang Pedofilia Yang Ibu Bapa Patut Tahu
Pasal tu lah saya rasa teruja nak join SBB2015 pada kali ni… Saje nak memeriahkan event… Dan mana tahu kalau ada rezeki dapat hadiah.. 😉
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Acara terbesar utk blogger2 Malaysia ni. Rugi kalau tak join.
Curahan rasa Jia Rizaira @ ..Kisah Telur Dadar
Jia Rizaira: Memang rugi kalau tak joint, Jom daftr sekarang jia. Hadiahpun menarik dan tertarik..
Curahan rasa Sani @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Betul tu.. Tengok bilangan blogger yang join pada tahun lepas, memang ramai… Cukup meriah…
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Nampaknya syarikat Yeo’s masih lagi penaja utama SBB2015 pada tahun ini. Hadiah cabutan bertuah pun sungguh menarik dan lebih menarik lagi dibuat secara santai di padang terbuka, outdoor katakan.
Curahan rasa Kamil @ ..Kelantan vs Lions XII Final Piala FA 2015
Kamil: Betul tu Yeo’s memang setia menjadi penaja utama. Boleh lah datang untuk meriahkan lagi majlis tersebut..
Curahan rasa Sani @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Tentu syarikat Yeo’s berpuas hati dengan promosi yang diperolehi pada SBB2014 yang lepas.. Sebab tu mereka sanggup jadi sponsor lagi, untuk event kali ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
wau best nya korang dapat join aktiviti macam ni,sedih betul..ingin nak hadir tapi jauh pulak..dekat sarawak ni..huhu
Curahan rasa ishak @ ..Tukar gambar gravatar guna gambar mikha tambayong
Jomlah terbang dari Sarawak. Kita jumpa geng-geng Semeananjung di Putrajaya 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Nasi Goreng Blender
Jauh juga ye, dari Sarawak nak join event macam ni… Tapi xper, nanti tentu ramai blogger yang akan berkongsi pengalaman mereka join SBB2015 di blog masing-masing…
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Blogger treasure hunt pun ada? Sangat menarik la acara SBB tahun ni..
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Kesihatan Organ Reproduksi Lelaki yang Perlu Diberi Perhatian!
Mau berpeluh nanti hihi, tapi kawasan ni memang best. Pernah pergi tahun lepas.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Nasi Goreng Blender
Memang menarik ya acara tahun ini. Rugi kalau tak joint acara yangmengumpulkan blogger Malaysia.
Curahan rasa Sani @ ..Pendakian ABC Talam Bukit Yang Paling Mencabar Tahun 2015
Macamanalah agaknya acara Treasure Hunt tu nanti yer… Berdebar juga nak join ni.. Sebab dah lama tak join acara macam ni..
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Putrajaya agak menggoda jiwa ni. Program ni selalunya melibatkan orang dewasa je ke atau boleh bawa anak-anak?
Curahan rasa myliferia @ ..10 Makanan Pembakar Lemak Agar Tubuh Kekal Langsing
Boleh bawa anak-anak kepada yg berumur 12 tahun ke atas perlu daftar. program kali ni santai je
Curahan rasa Denaihati @ ..Hadiah cabutan bertuah SBB2015
Ada disediakan makan semua ke tuan? Sebab program sampai ke petang kan?
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Resepi Nasi Goreng Blender
ya, makanan disediakan dan program dari pagi sampai ke petang.
Curahan rasa Denaihati @ ..Hadiah cabutan bertuah SBB2015
Kalau nak diikutkan memang nak bawa anak-anak sekali… Tapi keadaan isteri tak mengizinkan… SBB yang akan datang kot, baru boleh bawa anak-anak sekali…
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
rasa sudah ramai rakan2 blogger yang daftarkan nama..semoga ukhwah sesama blogger akan terus erat dan dapat majukan blogging di malaysia
Curahan rasa blogger lelaki @ ..Sakit Lutut
Ya harapannya begitulah… Saya pun baru pertama kali join ni.. Berdebar juga nak jumpa blogger-blogger secara face to face…
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
Pingin banget ikut berpartisipasi tapis sayangnya terkenadala jarak dan waktu 🙁
Curahan rasa Terjemahan lirik 7 @ ..True Love -Coldplay
TerjemahanLirik : Boleh ikutan di blog ni nanti ya…kalau ada kesempatan datang tahun depan ya..
Curahan rasa Sani @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Wah,acaranya keren. pengen ikut tapi kejauhan bingits…. seru juga nih kalau hadir..
Lagu Galau
Satrio: Boleh datang tahun depan pulak. Plan siap-siap supaya tahun hadapan boleh datang..
Curahan rasa Sani @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
kalau ada masa boleh join… mesti meriah kalau dapat join..
Curahan rasa hafizi hamsan @ ..Polis Malaysia Pecah Rekod Polis Tertinggi Di Dunia
HH: Ada masa lagi ni bolehlah pergi daftar sekarang. Tengok link daftar kat post di atas atau pergi link sini aje..http://sbb.my/pendaftaran
Curahan rasa Sani @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Admin.. lepas dah register untuk menyertai SBB 2015 secara online… Adakah saya akan dapat pass atau resit bayaran utk kami bawa ke SBB2015 nanti?
Curahan rasa anuar @ ..10 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum dan semasa bulan Ramadhan
tak perlu, kami akan keluarkan senarai, juga mengikut kumpulan tresure hunt nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..PRK Rompin suara sebenar rakyat
Terima kasih Admin… di atas maklum balas yang diberikan… Alamak dah masuk dalam kumpulan Treasure Hunt ke? Siapa satu kumpulan dengan saya yer?
Curahan rasa Anuar @ ..Cabaran Duit Raya 2015 dan Musim Cuti Sekolah
lebih meriah dengan acara yang lebih menarik tahun -tahun sebelumnya dengan penaja-penaja yang lebih besar
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Meraih Derajat Ihsan
In Shaa Allah, ini kali pertama saya menyertai majlis sepetang bersama blogger… diharap saya berpeluang merasai kemeriahan tersebut..
Curahan rasa anuar @ ..Cara Paling Sempoi Jana Pendapatan Pasif Melalui Blog
ada treasure hunt, ala ala explorace pun ada, ada peluang untuk menang wang besar.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Beli Vellfire Guna Duit Jualan Perfume
Apa agaknya task yang diberikan dalam treasure hunt dan explore race nanti ye.. dah lama saya tak jadi peserta dalam acara2 macam ni..
Curahan rasa anuar @ ..Cara Paling Sempoi Jana Pendapatan Pasif Melalui Blog
Ikhwan: Ada hadiah wang tunai RM5,000 dan hamper yang menarik tu…memang ramai yang nak rebut hadiah tu…
Curahan rasa Sani @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Bestnya kalau boleh join..tapi apakan daya tak mampu nak rebut peluang ni..rugi
Curahan rasa Noriza Rahman @ ..Sistem Imun Anak Lebih Kebal TANPA Ubat.
program sebegini memang bagus untuk bertukar-tukar fikiran dengan semua blogger yang mempunyai pengalaman yang tersendiri….
Curahan rasa berita semasa online @ ..Televisyen OLED TV Nipis Setebal Satu Milimeter
Ya betul… selama ni saya jarang sertai event berkumpul sesama blogger macam ni.. jadi teringin juga nak bersosial… saling kenal mengenali sesama blogger dengan lebih rapat lagi…
Curahan rasa anuar @ ..10 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum dan semasa bulan Ramadhan
Anuar: memang menarik tu. Boleh tambah rakan dan ilmu sambil memeriahkan arena blog dimalaysia ni..
Curahan rasa Sani @ ..Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015 #SBB2015
Hadiah cabutan bertuah pun sangat menarik. Kalaudapat satu atau dua pun dah best hihi
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali 3 Tanda Awal Saat Bersalin Hampir Tiba!
Mek Ila: Kalau dapat satu pun dah untung sangat dah.. memang mengoda hadiah2 yang ditawarkan..
Curahan rasa Sani @ ..Selamat Hari Guru
Rasanya setiap orang boleh dapat satu hadiah je kot… kalau dpt lebih daripada satu, memang murah rezeki betul tu..
Curahan rasa anuar @ ..10 Perniagaan yang sesuai dijalankan sebelum dan semasa bulan Ramadhan
Cabutan bertuah hanya satu sahajalah… doa banyak2 nanti….nama pun cabutan bertuah
Curahan rasa Denaihati @ ..Sahabat adalah teman kepada kejayaan
Comments are closed.