Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, alhamdulillah semalam telah berlangsung majlis pengumuman Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015 bersama rakan blogger, penaja dan rakan media. Sejak 2012, pihak Denaihati Network telah mengadakan majlis Sepetang Bersama Blogger ini untuk memberi ruang kepada rakan-rakan blogger bersua muka dan berinteraksi antara satu dan lain.
Pada tahun ini, ada kelainan yang dibawakan untuk Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Jika tiga tahun sebelum ini, semua majlis diadakan di dalam dewan, pada tahun ini, acara di luar dewan akan diadakan. Ini dilakukan untuk memberi kelainan dan berdasarkan maklum balas daripada rakan-rakan blogger yang mahukan aktiviti yang akan mengeratkan lagi perhubungan antara satu dan lain.
Sekiranya anda masih belum pernah menyertai majlis SBB, ini adalah peluang untuk anda menambah jaringan atau mengukuhkan jaringan sedia ada. Usah tunggu untuk acara rasmi semasa majlis SBBYEOS2015 untuk berkenalan. Gunakan peluang berkumpul di satu tempat untuk saling kenal-mengenali.
Penaja Sepetang Bersama Blogger 2015
Syukur alhamdulillah, pada tahun ini, pihak Yeo’s Malaysia sekali lagi ingin bekerjasama dengan Denaihati Network untuk penganjuran aktiviti ini. Pada tahun lepas juga, pihak Yeo’s Malaysia buat pertama kalinya telah bersetuju menjadi penaja utama untuk SBB2014.
Yeo’s Malaysia bermula pada tahun lepas, telah bergerak aktif dalam Social Media dan sangat gembira apabila boleh bekerjasama dengan rakan-rakan blogger sekalian. Penglibatan para blogger secara aktif di alam maya ini, membuatkan Yeo’s Malaysia juga mengambil langkah proaktif untuk bersama-sama dalam social media.
Selain itu, pada tahun ini juga, pihak kafe The Sumbs telah bersetuju menjadi penaja bersama untuk majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Kafe The Sumbs menggunakan tagline ForFoodieByFoodie menawarkan pelbagai hidangan menarik dengan harga yang berpatutan. Kafe mereka terletak di seksyen 13, Shah Alam.
Pada majlis #SBBYEOS2015 ini, pihak The Photolicious telah bersetuju untuk menjadi jurugambar dan juruvideo rasmi sepanjang majlis berlangsung. The Photolicious merupakan syarikat yang berpengalaman dalam menguruskan proses mengambil gambar dan video untuk pelbagai acara. Sekiranya anda sedang mencari jurugambar atau juruvideo, The Photolicious seharusnya menjadi pilihan anda.
Selain itu, pihak eQurban Resources Sdn Bhd dan Jam Tawaf Magnetik Denaihati telah bersetuju untuk menjadi penaja bersama dalam majlis Sepetang Bersama Blogger & Yeos 2015. Terdapat sejumlah rakan-rakan blogger yang telah bersetuju untuk menjadi rakan strategik untuk majlis pada kali ini, senarai akan dikemaskini dalam masa terdekat.
Bila dan di mana?
Majlis Sepetang Bersama Blogger pada tahun ini akan diadakan di
- Tempat : Taman Cabaran, Precint 5, Putrajaya
- Tarikh : 13 Jun 2015
- Masa : 8.00 pagi – 5.30 petang
- Bayaran : RM30 seorang
- Penyertaan terbuka kepada semua yang ingin hadir
- Daftar di http://sbb.my/pendaftaran
Majlis pada tahun ini terbahagi kepada dua sesi, sesi pagi melibatkan acara Blogger Treasure Hunt manakala pada sebelah petang sesi Blogger Sharing akan diadakan. InsyaALLAH kedua-dua sesi ini akan diselitkan pengisian bermanfaat.
Hadiah dan cabutan bertuah
Acara Blogger Treasure Hunt pada tahun ini menawarkan hadiah berjumlah RM5000 tunai dan juga hamper. Selain itu, terdapat juga hadiah-hadiah cabutan bertuah seperti iPhone 6, Samsung Note Edge, dan beberapa lagi hadiah lain yang akan boleh dimenanangi.
Tambah menarik, pihak Yeo’s Malaysia akan mengadakan kontes menjelang SBBYEOS2015 ini yang menawarkan hadiah 3 unit GoPro Hero 4 untuk 3 pemenang. Nantikan pengumuman rasmi mengenai kontes ini.
Tempat adalah terhad, pastikan anda daftarkan diri secepat mungkin. Pengalaman tahun lepas, ramai yang berduka cita apabila pendaftaran ditutup disebabkan kuota telah penuh.
233 Comments
Semenjak hari pertama pendaftaran telah saya hantar penyertaan. Tahun lepas dah pergi, tahun ini 2015 saya tak lepas peluang, walaupun ia telah dibuat di tempat lain yakni outdoor di Putra Jaya. tahniah Denaihati sekali lagi menganjurkan SBB yang terbaik untuk blogger semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Pada tahun lepas dah hadir di SBB 2014, maka tahun ini SBB 2015 tidak akan melepaskan peluang. Minuman yang disediakan oleh Yeo’s Malaysia pun amat hebat dan sedap-sedap semua.
Curahan rasa sensasi2020 @ ..Sijil Halal Secret Recipe Ditarik JAKIM
Wah… Bestnya SBB2015. Sayang betul sebab takleh join. Ada program lain pada tarikh yang sama.
Apapun, all the best untuk SBB2015 🙂
Curahan rasa Firdaus Azizi @ ..Macam Mana Nak Dapatkan Jualan Dari Blog?
syabas kepada denaihati kerana penglibatan dalam aktiviti aktivti sebegini yang buka peluang utnuk ramai orang 🙂
Curahan rasa Safiya @ ..Kisah Berjaya Kuruskan Badan Sehingga… WOW!!
tahun ini simpan impian sahaja dulu..agak sedih juga..mudah-mudahan rezeki semakin murah pada masa akan datang..
Curahan rasa mrhanafi @ ..Jadikan Bestmobile Jambatan Ukhuwah Ummah
saya ikut menimak dulu kaka suhu, mnakasih buat infonya juga kaka suhur karena artikel anda sangat bermanfaat sekali
Curahan rasa berita baru @ ..Ladies, Inilah 4 Makanan Sehat Untuk Meningkatkan Kecerdasan Otak
Akhirnya, daftar jugak..hehehee !!! horey…. jumpa di taman cabaran nanti ..
Curahan rasa Dkna Abza @ ..Buffet Ramadhan 2015 Bangi Golf Resort
yeayyy jumpa sana ye.. lama teringin nak jumpa dengan dkna. kenal dah bertaun taun tapi tak pernah berjumpa huhu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
dah sampai ke peringkat akhir, semoga Sepetang Bersama Blogger berjalan dengan baik.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Soalan Temuduga Kerjaya Bomba
kalau yang aktif blogging mesti best join SBB ni. tak boleh lepaskan peluang
Curahan rasa nikkhazami @ ..Lulus Google Adsense Peringkat Pertama
Menarik sangat ni. Tak pernah join lagi SBB. Ada rezeki memang teringin nak turut serta.
Curahan rasa nuha @ ..Wordless Wednesday: Nikmati Bonus RM1000 & Nikmati RM500 Bonus Tambahan
seronoknya… semoga dipermudahkan program ini dan mengeratkan silaturahim antara blogger. Teringin nak join apa kan daya, jauh di utara. Salah satu faktor kekangan blogger jauh nak bersilaturahim macam saya…
Curahan rasa Sheila Adziz @ ..Kitab Hikam
semoga akan lebih banyak yang join dari tahun lalu dan blogger akan semakin marak dengan blogger baru
Curahan rasa islam di dadaku @ ..Syaikh Muhammad Bin Shalih Al-Utsaimin
dah ramai yang mendaftar, hadiah untuk cabutan bertuah pun dah ditentukan.
Curahan rasa Ikhwan Fahmi @ ..Soalan Temuduga Kerjaya Bomba
Makin hangat. Baru tersedar yang Mek ila masih belum register. Jom register jemaah 🙂
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Rayuan Sumbangan Wakaf Khas Sekolah KAFA Intergrasi Baitul Hikmah Taman Seroja
blogger yg dok area KL jangan lepaskan peluang ni. event tahunan memang best
Curahan rasa nikkhazami @ ..Tonton Online Dia Isteri Luar Biasa FULL Episod
Yang jauh pun jemput datang. Boleh jalan-jalan putrajaya sama. Banyak tempat menarik di sini.
Curahan rasa Mek ila Jual Vitamin @ ..Kenali 3 Tanda Awal Saat Bersalin Hampir Tiba!
Saya jauh di utara, 14hb anak dah sekolah. InsyaAllah akan join tahun-tahun akan datang dengan susunan Allah Ya Baari’…
Curahan rasa Sheila Adziz @ ..Kitab Hikam
gua taun lepas tak join. taun ni mesti kena join la huhu
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Yeoâs Sitkom Blog Kontes – Berbuka Puasa Dengan Yeo’s Yogurt
Comments are closed.