Arsenal vs Aston Villa menutup tirai BPL 2014/2015

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, perlawanan akhir piala FA 2014/2015 antara Arsenal vs Aston Villa di Stadium Wembley akan menjadi penutup tirai untuk BPL musim ini. Dua musim berturut-turut Arsenal dapat menjejaki kaki ke final FA Cup, jika musim lepas berjaya menjulang piala menewaskan Hull City semuga tahun ini juga dapat mengulangi kecemerlangan.

piala community shield 2014

Musim ini, Arsenal  bermula dengan kaki kiri dengan prestasi tidak menentu apabila pemain utama terpaksa bergelut dengan prestasi dan kecederaan. Keputusan perlawanan Arsenal tewas kepada pasukan kecil seperti Swansea, Stoke dan Southampton telah menyebabkan kedudukan jatuh sehingga ke tangga ke lapan. Prestasi yang tak menentu juga menyebabkan Arsenal terkeluar awal dalam saingan Capital One Cup dan Champions League.

[box type=”shadow”]Keputusan Final Piala FA Arsenal vs Aston Vill : 4 – 0[/box]

Prestasi Arsenal semakin meningkat setelah masuk tahun baru 2015 tetapi sudah agak terlewat untuk menandingi Chelsea untuk menjuarai BPL musim ini. Arsenal berpeluang menjadi naik juara BPL musim ini tetapi ketumpulan barisan penyerang menyebabkan beberapa keputusan seri telah menyebabkan tewas kepada Manchester City. Kedudukan ke tiga melayakan Arsenal layak ke Champions League 2015/2016 secara automatik berbanding tahun lepas yang perlu melalui pusingan kelayakan.

Arsenal bersama piala FA 2013/14

Kehadiran Alexis Sanchez yang telah terpilih sebagai pemain terbaik pilihan peminta musim ini memang memberi kesan yang sangat positif. Semuga Alexis bakal membantu Arsenal menjulang piala FA kali kedua berturut-turut. Arsenal perlukan striker yang bagus untuk membawa Arsenal menjadi juara BPL musim hadapan kerana penyerang yang ada sekarang kurang menyegat.

Bagaimana dengan pasukan pilihan anda?


Spread the love

20 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!