Sepatut jadi Doktor macam Dr. Fatin Liyana

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,

Tak ramai yang tahu … mungkin tak ada yang tahu pun sepatutnya aku ini dah jadi seorang Doktor yang mungkin menjadi pensyarah kepada Blogger Fatin Liyana. Kalau tak silap pernah tulis cerita ini dalam entri entah berapa tahun yang lepas … tapi bila terbaca entri Dr. Fatin Liyana teringat kembali nostalgia lama.

Masa kecik-kecik dulu ingat kerja doctor ni simple. Cek dada, bagi ubat, suruh patient balik. Ulang-ulang benda yang sama. Bila dah remaja pulak ingat kerja doctor ni macam neraka dunia. Kena buat operation, sambut baby lahir, tak tidur berhari-hari sebab kena jaga patient (overrated sangat) – Fatin Liyana

Dalam sejarah hidup memang tak pernah pun ada cita-cita nak jadi Doktor … aku orang kampung abis tinggi pun nak jadi cikgu, polis atau askar. Lainlah adik aku nak jadi Perdana Menteri … sampai sekarang jadi bahan bualan pakcik-pakcik bila berkumpul hari raya.

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Habis SPM dapat offer buat special training untuk pergi oversea. Masa isi borang pilih tiga jurusan semuanya aku pilih jurutera tapi tak de rezeki dapat Business Study di Indiana University, USA. Kebetulan masa tu ekonomi Malaysia tengah gawat ramai yang balik menganggur terutama lepasan Business Study. Kepala otak aku bergerak pantas memikirkan cara nak keluar jadi pilihan terbaik tukar kursus dari Business Study kepada Kedoktoran.

Sebab aku tukar kursus maka JPA hantarlah aku ke UKM. Setahun buat matrikulasi di Sekolah Alam Shah, Cheras kemudiaan sambung di UKM, Bangi. Setahun di UKM beratus pelajar berjuang untuk layak masuk kursus Kedoktoran tapi tidak untuk aku sebab sebenarnya bukan aku nak jadi Doktor. Manusia merancang tuhan menentukan ingatkan belajar main-main boleh lepas rupanya aku terpilih ke UKM, Jalan Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kedoktoran.

Nasi Lemak AirAsia yang kontroversi

Pendek kan cerita selepas dua minggu jadi pelajar berubatan aku ambil keputusan keluar daripada kursus kedoktoran. Kawan-kawan aku sekarang semua samada dah jadi doktor pakar, pensyarah dan ada juga dah kaya raya buka klinik. Bayangkan kalau aku sambung belajar mesti dah jadi Doktor dan sangat tak mustahil aku menjadi Doktor Pakar Perubatan dan Pensyarah yang akan membuli Dr. Fatin Liyana dan bini Bro Framestone. Mungkin Allah dah tahu niat buruk aku maka dialihkan hati aku.

Kami ibu bapa menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern Loo untuk menukar jurusan bidang perubatan tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan sehingga membunuh diri – Sumber

Bila duduk sorang-sorang mesti senyum sebab akhirnya Allah takdirkan aku jadi usahawan kecil-kecilan walaupun tak minat nak buat kursus Business Study. Kalau tak jadi usahawan mesti aku dah jadi Doktor macam Dr. Fatin Liyana. Tu lah perancangan ALLAH lagi hebat. Kalau tak boleh buat jangan paksa takut jadi macam kes bunuh diri Aivern Loo.

Bagaimana pulak kisah kerjaya anda … ada tak yang belajar lain tapi kerjayanya lain??


Spread the love

96 Comments

  1. still bergelut .. thinking of what actually i want in my life .. i was the perskn that love risk .. i dare myself to further every even i fall down .. that why i got a bit comfuse for what i really really want in my life .. mmmm .. between business or fashion designer .

  2. Jujur untuk saya katakan memang dedulu saya bercita-cita nak jadi doktor. result pun ok jugak time SPM, tapi saya perasan satu benda yang saya ni tak obleh tengok darah. Bila tengok darah je terus rasa loya. Lepas matrikulasi dapat la masuk univrsiti. Dapat pula jurursan kejuruteraan kimia. Dan secara jujurnya, kos ini saya tidaklah minat. Dari tahun satu sempai sekarang belajar dengan mekasa diri. memang terseksa. Namun alhamdullilah beberapa bula lagi dah nak habis belajar dah. Habiskan apa yang belum habis. Nak jadi apa lepas ni obleh fikir kemudian .Hanya perlu fokus jer dulu..

    *panjang pula komen kali ni..hehe
    Curahan rasa amirnawawi @ ..MLM? Maaf Saya Tidak BerminatMy Profile

  3. itukan bang kadang2 apa yang kita cita-citakan xjadi.. lain pula yang jadi.. mcm saya dlu nak jd petroleum engineer.. last2 tukar minat hehe now jd pensyarah engineering la

  4. zaman skang ni, mcm2 tekanan yang ada kan. Ni pon salah satu puncan ank muda cpt bunuh diri..tak mustahil, 1masa nnt, kadar bunuh diri di malaysia menyamaai kes di jepun..

  5. Kesiannya.

    Itu sebab ibu bapa wajib tahu anak mereka nak jadi apa.

    Jangan terlalu paksa, takut lain jadinya.

    Macam saya, mak ayah nak saya jadi guru, tapi saya nak jugak jadi lawyer.

    Apapun insyaAllah tunggu dan lihat dulu usaha saya ni.

  6. kak bajar masscomm, hbis degree kj rtm, dh sesuai sgt, ntah la perubahan masa, akal yg smakin matang, nk bkhidmat demi anak banga, last2 jd cekgu dah..tekanan kj sama je..RTM due date, cekgu anak2 murid&parent

  7. untie x paksa ank 2… ank kedua wat enginering kat utm.. last dpt wat nursing…. ank ke tiga,, wat pharmasi kat uitm.. alih beralih wat nursing.. kat kmtrian kesihatan gak.. begitu jgak ank yg ke asrama.. ikut piliham mrka samada nak ke sek sains atau aliran agama.. hidup ni singkat biar lah ank2 kita mnikmati nya…. jnji mrka brjaya dan menikmati hidup ini seadanya….

  8. Dulu masa tingkatan 5 belajar sains tulen. Bila sambung belajar di tingkatan 6 dapat jurusan sama tetapi memilih untuk tukar jurusan sastera kerana minat nak ambil kertas pengajian perniagaan. Masa tu minat nak berniaga. Selepas itu, sambung degree dalam pengurusan perniagaan. Alhamdulillah dah habis belajar degree pun. 🙂
    Curahan rasa shaharil @ ..Permohonan Online Ambilan Kedua UUM Sudah DibukaMy Profile

  9. iyah memang aku juga bingung, sekarang mah kerja yang ada di depan mata aja, mau materi belajarnya apa, dan kerjanya dapetnya berbeda ya gapapa 🙂 asal mau belajar toh gamasalah 🙂
    Curahan rasa Resep Masakan @ ..Smoothies CoklatMy Profile

  10. Lebih kurang sama. Dulu cita-cita nak jadi engineer sebab cool, tp mak ayah nak saya jadi doktor. Apa yg saya buat, waktu isi borang pilihan jurusan ke universiti, 5 pilihan pertama semua letak doktor. Tinggal lagi 2 pilihan letak jurusan engineer. Waktu tu ckp kat mak ayah, saya dah pilih jurusan ni, kita tgk Allah nak beri apa nanti. Tup Tap, apa yg mak ayah dan saya rancang tak dpt. Last2 lekat jurusan pharmacy. Alhamdulillah 🙂

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!