Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Tak ramai yang tahu … mungkin tak ada yang tahu pun sepatutnya aku ini dah jadi seorang Doktor yang mungkin menjadi pensyarah kepada Blogger Fatin Liyana. Kalau tak silap pernah tulis cerita ini dalam entri entah berapa tahun yang lepas … tapi bila terbaca entri Dr. Fatin Liyana teringat kembali nostalgia lama.
Masa kecik-kecik dulu ingat kerja doctor ni simple. Cek dada, bagi ubat, suruh patient balik. Ulang-ulang benda yang sama. Bila dah remaja pulak ingat kerja doctor ni macam neraka dunia. Kena buat operation, sambut baby lahir, tak tidur berhari-hari sebab kena jaga patient (overrated sangat) – Fatin Liyana
Dalam sejarah hidup memang tak pernah pun ada cita-cita nak jadi Doktor … aku orang kampung abis tinggi pun nak jadi cikgu, polis atau askar. Lainlah adik aku nak jadi Perdana Menteri … sampai sekarang jadi bahan bualan pakcik-pakcik bila berkumpul hari raya.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Habis SPM dapat offer buat special training untuk pergi oversea. Masa isi borang pilih tiga jurusan semuanya aku pilih jurutera tapi tak de rezeki dapat Business Study di Indiana University, USA. Kebetulan masa tu ekonomi Malaysia tengah gawat ramai yang balik menganggur terutama lepasan Business Study. Kepala otak aku bergerak pantas memikirkan cara nak keluar jadi pilihan terbaik tukar kursus dari Business Study kepada Kedoktoran.
Sebab aku tukar kursus maka JPA hantarlah aku ke UKM. Setahun buat matrikulasi di Sekolah Alam Shah, Cheras kemudiaan sambung di UKM, Bangi. Setahun di UKM beratus pelajar berjuang untuk layak masuk kursus Kedoktoran tapi tidak untuk aku sebab sebenarnya bukan aku nak jadi Doktor. Manusia merancang tuhan menentukan ingatkan belajar main-main boleh lepas rupanya aku terpilih ke UKM, Jalan Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kedoktoran.
Nasi Lemak AirAsia yang kontroversi
Pendek kan cerita selepas dua minggu jadi pelajar berubatan aku ambil keputusan keluar daripada kursus kedoktoran. Kawan-kawan aku sekarang semua samada dah jadi doktor pakar, pensyarah dan ada juga dah kaya raya buka klinik. Bayangkan kalau aku sambung belajar mesti dah jadi Doktor dan sangat tak mustahil aku menjadi Doktor Pakar Perubatan dan Pensyarah yang akan membuli Dr. Fatin Liyana dan bini Bro Framestone. Mungkin Allah dah tahu niat buruk aku maka dialihkan hati aku.
Kami ibu bapa menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern Loo untuk menukar jurusan bidang perubatan tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan sehingga membunuh diri – Sumber
Bila duduk sorang-sorang mesti senyum sebab akhirnya Allah takdirkan aku jadi usahawan kecil-kecilan walaupun tak minat nak buat kursus Business Study. Kalau tak jadi usahawan mesti aku dah jadi Doktor macam Dr. Fatin Liyana. Tu lah perancangan ALLAH lagi hebat. Kalau tak boleh buat jangan paksa takut jadi macam kes bunuh diri Aivern Loo.
Bagaimana pulak kisah kerjaya anda … ada tak yang belajar lain tapi kerjayanya lain??
96 Comments
“Cita cita ku menjadi orang kaya…hey” 🙂
Curahan rasa GreenLava @ ..Understanding Dedicated Hosting Basics
Cita-cita aku cuma nak masuk universiti. Sekarang jadi cikgu sebab nak tunaikan impian bapa yang hendak melihat anaknya menjadi guru.
Curahan rasa Arman @ ..Pemilihan Tema Blog Wira Merah : Frontier
saya belajar pendidikan Cikgu akhirnya jadi Cikgu juga
Curahan rasa munir ardi @ ..Jangan salah Pilih Partai dan Politisi Buruk
canteknya fatin liyana. hehe..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Panduan Rujukan Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Allah is the best of planners
Curahan rasa TR @ ..Koleksi Soalan Peperiksaan Percubaan SPM 2012 Dan 2013
menarik jugak kisah tuan denaihati ni ya
Setakat nie, saya kerja berdasarkan ilmu yang telah saya pelajari. Tak tahu lah kalau lepas nie…
Curahan rasa Joe @ ..Ketahui Hak Anda Sebagai Pengguna Web Hosting
Bess la bleh lompat2 course camtu. Sy dulu x brani takut mak ayah marah. Maklum la, dtg dari kampung. Mak selalu pesan, suruh belajar sungguh2 sampai abis. Dah dapat masuk univ pon dah cukup bagus. Kalau berenti, tak tau la mana plak nak pegi.
Tapi dulu sbnarnya mak saya suh saya jadi doktor gak. Tapi sbb x layak kann..
Curahan rasa seri.selaseh @ ..[KOD: 0408] Telekung Vietnam – bunga pink-putih daun hijau-kuning (41 – 70 kuntum bunga timbul)
Saya berharap ada salah seorang anak saya berjaya menjadi doktor, terutamanya anak ke 3 saya. . Semoga Assyifatu Naila, sesuai dengan maksud namanya. . In Shaa Allah.
Curahan rasa anuar @ ..5 Oktober : Sejarah kembali berulang
Subhanallah…Allah juga Maha Merancang…
Saya belajar sains…sekarang masih bidang sains…
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Kekalkan Semangat Untuk Bersenam!
ooo doktor ruoanya fatin liyana…
Curahan rasa hafiz @ ..Kereta baru Azeeq
bestnya jadi doktor.. ade cita cita tapi subjek fizik cukop mkn. haahahaha bio pon dapat biasa2 jer
Curahan rasa Qashmere @ ..Terima Kasih Lazada
Samalah kita…fzik cukup cukup jer…hihi
Curahan rasa hafizmd @ ..5 Cara Kekalkan Semangat Untuk Bersenam!
Hendak seribu daya tapi kalau dah x minat nak buat camana kan
Curahan rasa weschairs @ ..MAYBANK SWIFT KOD
fuhh…ada gambar fatin liyana lahh. hehe
Ternyata dokter seorang blogger atau blogger yang menjadi doktor sahabat Fatin ini yah…?
Curahan rasa Ferry @ ..Pengumuman Hasil Seleksi Administrasi CPNS Jawa Tengah 2013
Comments are closed.