Assalamualaikum dan Salam 1Dunia,
Tak ramai yang tahu … mungkin tak ada yang tahu pun sepatutnya aku ini dah jadi seorang Doktor yang mungkin menjadi pensyarah kepada Blogger Fatin Liyana. Kalau tak silap pernah tulis cerita ini dalam entri entah berapa tahun yang lepas … tapi bila terbaca entri Dr. Fatin Liyana teringat kembali nostalgia lama.
Masa kecik-kecik dulu ingat kerja doctor ni simple. Cek dada, bagi ubat, suruh patient balik. Ulang-ulang benda yang sama. Bila dah remaja pulak ingat kerja doctor ni macam neraka dunia. Kena buat operation, sambut baby lahir, tak tidur berhari-hari sebab kena jaga patient (overrated sangat) – Fatin Liyana
Dalam sejarah hidup memang tak pernah pun ada cita-cita nak jadi Doktor … aku orang kampung abis tinggi pun nak jadi cikgu, polis atau askar. Lainlah adik aku nak jadi Perdana Menteri … sampai sekarang jadi bahan bualan pakcik-pakcik bila berkumpul hari raya.
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Nak buat duit dengan blog? Nak tahu asas cara? Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Habis SPM dapat offer buat special training untuk pergi oversea. Masa isi borang pilih tiga jurusan semuanya aku pilih jurutera tapi tak de rezeki dapat Business Study di Indiana University, USA. Kebetulan masa tu ekonomi Malaysia tengah gawat ramai yang balik menganggur terutama lepasan Business Study. Kepala otak aku bergerak pantas memikirkan cara nak keluar jadi pilihan terbaik tukar kursus dari Business Study kepada Kedoktoran.
Sebab aku tukar kursus maka JPA hantarlah aku ke UKM. Setahun buat matrikulasi di Sekolah Alam Shah, Cheras kemudiaan sambung di UKM, Bangi. Setahun di UKM beratus pelajar berjuang untuk layak masuk kursus Kedoktoran tapi tidak untuk aku sebab sebenarnya bukan aku nak jadi Doktor. Manusia merancang tuhan menentukan ingatkan belajar main-main boleh lepas rupanya aku terpilih ke UKM, Jalan Tun Razak untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Kedoktoran.
Nasi Lemak AirAsia yang kontroversi
Pendek kan cerita selepas dua minggu jadi pelajar berubatan aku ambil keputusan keluar daripada kursus kedoktoran. Kawan-kawan aku sekarang semua samada dah jadi doktor pakar, pensyarah dan ada juga dah kaya raya buka klinik. Bayangkan kalau aku sambung belajar mesti dah jadi Doktor dan sangat tak mustahil aku menjadi Doktor Pakar Perubatan dan Pensyarah yang akan membuli Dr. Fatin Liyana dan bini Bro Framestone. Mungkin Allah dah tahu niat buruk aku maka dialihkan hati aku.
Kami ibu bapa menentang sekeras-kerasnya permohonan Aivern Loo untuk menukar jurusan bidang perubatan tetapi beberapa hari lalu kami mengalah dan bersetuju mengikut kehendaknya. Mungkin dirinya tertekan sehingga bertindak di luar batasan sehingga membunuh diri – Sumber
Bila duduk sorang-sorang mesti senyum sebab akhirnya Allah takdirkan aku jadi usahawan kecil-kecilan walaupun tak minat nak buat kursus Business Study. Kalau tak jadi usahawan mesti aku dah jadi Doktor macam Dr. Fatin Liyana. Tu lah perancangan ALLAH lagi hebat. Kalau tak boleh buat jangan paksa takut jadi macam kes bunuh diri Aivern Loo.
Bagaimana pulak kisah kerjaya anda … ada tak yang belajar lain tapi kerjayanya lain??
96 Comments
Aku tak tahu nak jadi apa..gile teruk aku…sebenarnya ada tapi macam tak tercapai mohon jangan gelak iaitu CEO…kih3x
kecik-kecik tak pernah pikir tugas yang kita minat. bila remaja tau main-main je time belajar, last2 terkandas. dulu sy nak jadi ustaz, skang tengok, jadi blogger part time & technician komputer sekolah.
mujurlah ada minat, kalau tak… ermmm
Saya tak jadi doktor tetapi jadi doktor pulih mesin perubatan sahaja. 🙂
Curahan rasa akubiomed @ ..Monster High dan Universiti Limkokwing Universiti tunjukkan pendirian anti buli dengan cara kreatif
Gua pun sama. Kalo gua proceed buat medic kompom FL tengah usha gua kat HUKM.
Curahan rasa abang ensem @ ..Merah Mata
wah, udah cantik dokter lagi. mudah-mudahan dapat suami yang baik dan sesuai…
Curahan rasa Laptop Murah @ ..Belanja Laptop Murah di Els Computer
Siapa cakap doktor tidak boleh buat business….
Silap hari bulan Doktor Ilham jadi PM malaysia macam Dr. M siapa tahu he..23x
Curahan rasa Bro Framestone @ ..Hananut – Produk Terkini Dari Aisyhana’ Cookies & Food Industries
Bidang yang saya tekuni sekarang tidak sesuai bidang keilmuan kami, yang utama dijalankan dengan jujur dan tidak merugikan orang laini>
Curahan rasa Edi – aura ide @ ..Walaupun ibu telah tiada
Inginnya jadi Blogger Full Time! he he he he
Curahan rasa Edi – aura ide @ ..Walaupun ibu telah tiada
blaja akaun tapi jadi blogger.. hohoho 🙂
Curahan rasa Farzli @ ..Backup blog sebelum blog rosak
dari dulu sampai skrg konsisten dengan bidang multimedia, minat punya pasal, memang takkah tukar lah.. walaupun tak berduit macam member sebaya yang keja gomen, tapi puas sebab boleh control masa sendiri..
Curahan rasa tarmizishukri @ ..Pertama Kali Jejak Kaki di Kedah dan Pulau Pinang
Hebat juga tuan Denai Hati ni rupanya… Kalau tak dah jadi pensyarah atau Doktor Macak Fatin Liyana… Betul tu… Kita hanya mampu merancang, tapi tuhan yang menentukan… Allah maha besar…
Curahan rasa Anuar @ ..5 Oktober : Sejarah kembali berulang
Mula baca ingatkan kisah FL rupanya kisah DH sendiri..
adakah betul.. kena baca dua kali utk bayangkan rupa DH pula.. hihihi
Curahan rasa Muaz @ ..App CellAds boleh tebus hadiah menarik
den dulu sekolah teknik , sekarang terlibat dalam dunia optik…jauh tersasar…hehe
Curahan rasa papa mifz @ ..FM Legoland Malaysia
Kalau bro jadi doktor,mesti sibuk dengan tugasan harian pula nanti
Curahan rasa wazy @ ..Peperiksaan Bertulis Pegawai Pembangunan Masyarakat S41
Aturan Allah sangat cantik..
Kalau Tuan jadi doktor, tiadalah ayahanda blogger Malaysia..hehe
Curahan rasa cikgu naman @ ..Beli Jam Tangan Online
Dari kecil sampai 4 sebelum nikah, cita-cita saya tetap ingin jadi tentara, karena idola saya (bapa) adalah seorang tentara. Namun, Alloh berkehendak lain…sekarang saya jadi wiraswasta kecil-kecilan. Alhamdulillah…
Curahan rasa Dawaihati @ ..Tidak Ada Kesuksesan Tanpa Kegagalan
Comments are closed.