Seni penulisan komen

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1 Dunia, terus terang aku memang tak suka blog yang bagi macam-macam syarat untuk menulis komen … kena approve lah .. kena masuk kod ini kod itu lah … dan macam-macam syarat yang lain tapi itu hak tuan punya blog jadi terpulang pada tuan badan. Cuma padangan peribadi aku kenapa nak susahkan pembaca. Entri kali tentang komen adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.

Komen atau perkongsian pendapat dalam artikel sudah menjadi sebahagian daripada kegiatan yang dilakukan dalam bidang penulisan blog, walaupun ada sesetengah blogger yang lebih gemar artikel mereka tidak diberi komen, namun kuantiti blogger sebegini amatlah sedikit. Kita sendiri sebagai empunya blogger, biasanya akan menulis dan berkongsi pendapat dalam artikel-artikel yang rakan-rakan blogger yang kita baca, semuanya dilakukan dengan tujuan yang berbeza-beza.

Menulis komen sekadar untuk meninggal jejak

Seringkali penulisan pendapat atau komen ini dilakukan untuk meninggalkan jejak, ingin memaklumkan kepada empunya blog, saya sudah melawat dan membaca artikel ini. Namun seringkali persepsi yang berbeza yang kita akan sampaikan apabila komen atau pendapat yang diberikan tidak seiring dengan artikel yang telah ditulis. Sudah beberapa kali terserempak dengan komen yang berunsur soalan yang jawapannya sudah tertulis dalam artikel yang ditulis.

Apabila soalan-soalan begini diajukan, dan jawapannya telah pun di tulis, ini akan memberi tanggapan kepada empunya blog, anda memang tidak membaca artikel yang telah ditulis. Soalan hanya diajukan untuk memastikan “jejak” tadi dapat ditinggalkan.

Tidak kurang juga yang menulis pendapat sejurus selepas membaca tajuk artikel semata-mata, walaupun mungkin anda rasa anda berjaya menulis pendapat dengan baik, namun sebenarnya ianya jelas kelihatan apabila komen atau pendapat yang diberikan bercanggah dan fokus semata-mata pada tajuk.

Ramai blogger yang gemar menggunakan tajuk yang menarik untuk perhatian pembaca, oleh itu perlu hati-hati.


Gunakan fungsi carian

Jika anda tidak mempunyai masa yang begitu panjang untuk membaca keseluruhan artikel, adalah penting untuk anda pastikan soalan yang akan diajukan itu memang berkaitan dan tiada dalam artikel, fungsi carian dalam pelayar anda boleh digunakan untuk mencari info tersebut sekiranya artikel yang ditulis itu terlalu panjang. Sekiranya memang anda pasti tiada info berkenaan soalan yang ingin diajukan, bolehlah anda mengajukan soalan tersebut.

Bacaan pantas

Teknik bacaan pantas ini akan membolehkan anda membaca artikel yang panjang, dengan masa yang sedikit. Sekiranya anda sudah biasa dengan penulisan empunya blog, ini bukanlah masalah yang besar untuk dilakukan. Anda sudah tahu rentak atau gaya penulisan mereka, jadi mudah untuk anda mengenalpasti mana isi kandungan yang penting dan sebagainya.

Bacaan pantas dan bacaan terpilih sebagai penulis komen
Bacaan terpilih

Ini adalah sebahagian daripada teknik bacaan pantas, anda hanya akan membaca perenggan yang mempunyai kata kunci yang berkaitan dengan tajuk. Teknik ini amat sesuai dilakukan apabila penulisan blogger tersebut mempunyai struktur yang hampir sama. Contohnya beliau akan menulis mukadimah yang berkaitan dengan aktiviti seharian, sebelum menulis isi kandungan sebenar. Jika kita memahami struktur ini, perenggan pertama atau kedua mungkin boleh kita abaikan tanpa menyebabkan komen atau pendapat kita lari daripada konteks artikel tersebut secara keseluruhan.

Baca dan baca

Akhir sekali, dalam memastikan seni penulisan komen kita sentiasa berada dalam tahap yang memuaskan, apa yang paling penting, adalah kita perlu baca dan baca keseluruhan artikel. Walaupun mungkin kita sedang dalam keadaan yang tergesa-gesa, lebih baik kita tinggalkan penulisan komen tersebut daripada menulisnya, kerana khuatir, disebabkan kekalutan tersebut, kita menulis sesuatu yang mungkin akan memalukan diri kita sendiri tanpa kita sedar.


Spread the love

138 Comments

  1. Nak tanye..saya terima terlalu byk komen2 yang ‘mengarut’ dan ‘lucah’ yg tak de kena mgena dengan artikel saya..
    naik rimas & give up pulak nak trash out hari2..ada cara lain tak kat wordpress nak block komen2 cenggini..

    TQSM
    Curahan rasa Noriyati Nawi @ ..Piala Malaysia 2012My Profile

  2. memang dah banyak kali jumpa orang yang komen bertanyakan soalan yang jawapannya dah ada pun di dalam entri…ada tu plak, bagi komen yang terlalu general, yang kadang2 kita sendiri dapat rasa dia tak baca pun entri tersebut..

    tapi tak apalah, asalkan dia ada tinggalkan komen…,mungkin ada kekangan masa kot…
    Curahan rasa Puan Bardboo @ ..Perkhidmatan dari Eizil.comMy Profile

  3. 1. Bab sebelum nak komen ada macam2 “kod” mmg ambe akui sedikit sebanyak membantutkan usaha utk tinggalkan komen.
    2. Ada juga yang suka komen tak kena mengena dengan entri.

    Jadi, seni penulisan komen memang penting utk difahami dan dipraktikkan =)

    Terima kasih utk perkongsian ni
    Curahan rasa hafizmd @ ..6 Hikmah Mengerjakan Ibadah HajiMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!