Assalamualaikum dan salam 1 Dunia, terus terang aku memang tak suka blog yang bagi macam-macam syarat untuk menulis komen … kena approve lah .. kena masuk kod ini kod itu lah … dan macam-macam syarat yang lain tapi itu hak tuan punya blog jadi terpulang pada tuan badan. Cuma padangan peribadi aku kenapa nak susahkan pembaca. Entri kali tentang komen adalah perkongsian penulisan jemputan Eizil tuan punya Eizil.com.
Komen atau perkongsian pendapat dalam artikel sudah menjadi sebahagian daripada kegiatan yang dilakukan dalam bidang penulisan blog, walaupun ada sesetengah blogger yang lebih gemar artikel mereka tidak diberi komen, namun kuantiti blogger sebegini amatlah sedikit. Kita sendiri sebagai empunya blogger, biasanya akan menulis dan berkongsi pendapat dalam artikel-artikel yang rakan-rakan blogger yang kita baca, semuanya dilakukan dengan tujuan yang berbeza-beza.
Menulis komen sekadar untuk meninggal jejak
Seringkali penulisan pendapat atau komen ini dilakukan untuk meninggalkan jejak, ingin memaklumkan kepada empunya blog, saya sudah melawat dan membaca artikel ini. Namun seringkali persepsi yang berbeza yang kita akan sampaikan apabila komen atau pendapat yang diberikan tidak seiring dengan artikel yang telah ditulis. Sudah beberapa kali terserempak dengan komen yang berunsur soalan yang jawapannya sudah tertulis dalam artikel yang ditulis.
Apabila soalan-soalan begini diajukan, dan jawapannya telah pun di tulis, ini akan memberi tanggapan kepada empunya blog, anda memang tidak membaca artikel yang telah ditulis. Soalan hanya diajukan untuk memastikan “jejak” tadi dapat ditinggalkan.
Tidak kurang juga yang menulis pendapat sejurus selepas membaca tajuk artikel semata-mata, walaupun mungkin anda rasa anda berjaya menulis pendapat dengan baik, namun sebenarnya ianya jelas kelihatan apabila komen atau pendapat yang diberikan bercanggah dan fokus semata-mata pada tajuk.
Ramai blogger yang gemar menggunakan tajuk yang menarik untuk perhatian pembaca, oleh itu perlu hati-hati.
Jika anda tidak mempunyai masa yang begitu panjang untuk membaca keseluruhan artikel, adalah penting untuk anda pastikan soalan yang akan diajukan itu memang berkaitan dan tiada dalam artikel, fungsi carian dalam pelayar anda boleh digunakan untuk mencari info tersebut sekiranya artikel yang ditulis itu terlalu panjang. Sekiranya memang anda pasti tiada info berkenaan soalan yang ingin diajukan, bolehlah anda mengajukan soalan tersebut.
Bacaan pantas
Teknik bacaan pantas ini akan membolehkan anda membaca artikel yang panjang, dengan masa yang sedikit. Sekiranya anda sudah biasa dengan penulisan empunya blog, ini bukanlah masalah yang besar untuk dilakukan. Anda sudah tahu rentak atau gaya penulisan mereka, jadi mudah untuk anda mengenalpasti mana isi kandungan yang penting dan sebagainya.
Ini adalah sebahagian daripada teknik bacaan pantas, anda hanya akan membaca perenggan yang mempunyai kata kunci yang berkaitan dengan tajuk. Teknik ini amat sesuai dilakukan apabila penulisan blogger tersebut mempunyai struktur yang hampir sama. Contohnya beliau akan menulis mukadimah yang berkaitan dengan aktiviti seharian, sebelum menulis isi kandungan sebenar. Jika kita memahami struktur ini, perenggan pertama atau kedua mungkin boleh kita abaikan tanpa menyebabkan komen atau pendapat kita lari daripada konteks artikel tersebut secara keseluruhan.
Baca dan baca
Akhir sekali, dalam memastikan seni penulisan komen kita sentiasa berada dalam tahap yang memuaskan, apa yang paling penting, adalah kita perlu baca dan baca keseluruhan artikel. Walaupun mungkin kita sedang dalam keadaan yang tergesa-gesa, lebih baik kita tinggalkan penulisan komen tersebut daripada menulisnya, kerana khuatir, disebabkan kekalutan tersebut, kita menulis sesuatu yang mungkin akan memalukan diri kita sendiri tanpa kita sedar.
138 Comments
Seni Penulisan Blog? Lebih kuranag macam Copy Writing ke?
Saya memang suka membaca blog yang ada kemahiran copywriting kerana amat seronok jika membacanya 🙂
Salam Ihklas, Danial ^_^
Pendapat yang baik..tapi kadang2 bila sehari kita BW 50 blog kmemang tak baca kalau berjela-jela terutama tulisan kecik dan aku tak faham..hehehheehehe.Apa lagi aku tulis Good entri…hahah
Curahan rasa Hanif @ ..Apple lancar iPad Mini
hmmm ada seni jugak penulisan kome ni yek 🙂
Curahan rasa auc @ ..Garis Panduan Penyembelihan Ternakan Korban
yela..kalo hentam keromo boleh malu sendiri lak nnt..huhu
Curahan rasa Jebeng Otai™ @ ..Wordless Wednesday : Dual LAN
ternyata menulis komentar ada seni-nya ya…
btw, nice sharing
ternyata menulis komentar ada seni-nya ya…
btw, nice sharing
Salam..
memang tak suka juga jenis blog yang
banyak songeh bila kita nak komen..
saya sendiri suka tengok balik komen
yang saya tulis tersebut terus di approved..
ni nak kena datang balik esok lusa..?
adehhh..sibuk
Curahan rasa Bro Zulkbo @ ..Gambar IPad Mini Dari Apple Yang Lebih Slim Dan Laju
kalau banyak songgeh, kta nak komen pun tak de mood jadinya…
Curahan rasa Nana @ ..Apek – Leuniey Nikah Disember Ini
As-Salam. Adeh .. bukan perkara baru, byk dah berlaku. Walaupun ruangan komen blog terutama blogspot ada fungsi spam filtering, masih lagi ada blogger atau pengunjung yang meninggalkan komen yang kurang relevan, malah seperti apa yang dikatakan di dalam entri ini, ada juga yang suka bertanya perkara yang sudah dinyatakan di dalam entri tersebut.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blog Popular Dalam Carta Blog Popular Malaysia 2012
tambah lagi ilmu yang Nurul dapat.. 🙂
Curahan rasa Nurul @ ..EcoSave Green Kitchen Challenge
Sepertinya harus dibahas mengenai standar kualitas berkomentar ya, biar yang kasih komen tu bener-bener gak cuma numpang nama doank
Curahan rasa reachschools.org @ ..Two Similarity In Any Retail Business Strategy
Memberi komentar juga merupakan suatu bentuk apresiasi dan penghargaan kepada karya tulisan. Karena itu memberikan komentar juga harus baik dan bermutu
Curahan rasa jugglingart.org @ ..Become a Tutor, and Get Paid by Joining Oktutor.net
Bukan setakat bermutu tetapi biarlah relevan dengan apa yang diterbitkan.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blog Popular Dalam Carta Blog Popular Malaysia 2012
ramai pengomen yg tinggalkan komen selepas baca tajuk…
Curahan rasa Shahrul @ ..Jenama dan Selebriti Malaysia Paling Popular di Facebook
Hahahaha…. malah ada juga yang tinggalkan komen HANYA dengan membaca perenggan terakhir … yg awal2 tak baca pun ….
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blog Popular Dalam Carta Blog Popular Malaysia 2012
org yg baca artikel itu pun x semestinya dpt memberi komen yg baik dan sesuai dgn kehendak artikel yg ditulis.. bagaimanapun, mereka tetap pelawat blog ko..
Curahan rasa poruman @ ..Lelaki 50 tahun bakar diri sendiri
Benar tu ramai yang jadi silent reader .. Membaca tetapi tidak berkomentar.
Betul, kadangkala tak perlu nak komen apa-apa seandainya tiada perkara yang ingin dikomen, mungkin kerana penulisan di entri itu sudah cukup bagus utk pemahaman semua.
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blog Popular Dalam Carta Blog Popular Malaysia 2012
Satu lagi ilmu di dapatkan dari Denai Hati dan juga tuan eizil dari penulis jemputan ini
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Berenang
Menulis komentar pun harus ada kaedah dan juga segi penulisan yang perlu kita perhatikan
Curahan rasa Portal Kesehatan @ ..Manfaat Berenang
Ya, benar .. bukan setakat mahu meninggalkan backlinks … hehehehe 🙂
Curahan rasa hasrulhassan @ ..Blog Popular Dalam Carta Blog Popular Malaysia 2012
Terima kasih di atas perkongsian ini
Curahan rasa Fiqa @ ..Alpha Lipid SD2
terimakasih… sepertinya saya harus belajar lagi tentang penulisan komen yang baik dan benar 😀
Curahan rasa obat asam urat @ ..agen jelly gamat bandung
Comments are closed.