Asslamualaikum dan selamat sejahtera,
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Tak pernah terfikir dek akal usia blog kepunyaan Marzuki Gedek Mahbob sudah mencapai usia 1 dekad (10 tahun). Amat menakjubkan lagi beliau atau lebih dikenali sebagai ‘Uncle Gedek’ memuat naik posting di blognya untuk belanja projek selfie yang telah pun bermula semenjak tahun 2009 lagi.
Beliau berkata: “Tanpa anda 10 tahun hanyalah angan-angan“
Seperti yang dijanjikan… Video 10 tahon berselfie! Dari 26 Mac 2009 hingga 26 Mac 2019. Jutaan terima kaseh kepada puan isteri dan anak-anak kerana tahan dengan perangai pelik ini. Tanpa mereka projek selfie ini tak sampai satu dekad. Kawan-kawan, pembaca bunyi dan pembaca sunyi Blog Begins at Forty.
Yang paling seronok sekali ‘tetamu-tetamu’ yang sudi bergambar dengan uncle dan membuatkan video ini jadi lagi lebih awesome! Jangan kelip mata ya, cari gambar korang! Banyak ‘easter egg’ dalam video ni! Jangan lupa naikkan volume! Enjoy! – Uncle Gedek-
Menurut kenyataan beliau di facebooknya, beliau menulis tentang fakta menarik tentang blog beliau iaitu ‘Begins at Forty‘
- Projek selfie ni bermula sebelum perkataan ‘selfie’ tu wujud. Sebab tu tagline blog ini adalah ‘Self Potrait Daily’.
- Mula berselfie hanya tempat tertutup, sebab malu kalau-kalau orang terpandang. Tapi akhirnya keluar sebab dalam dalam bilik membosankan!
- Sebelum memiliki handphone berkamera depan, uncle hanya main agak-agak untuk dapatkan moment belakang uncle yang tepat.
- Tarikh posting setiap entry adalah tarikh yang sama setiap selfie yang dirakam. (Kecuali ada 2 hari yang uncle tidak dapat capaian internet. Tapi tarikh gambar adalah mengikut turutan sebenar.
- Pada awalnya blog hanya dikenali dikalangan kawan-kawan blogger yang dekat tapi satu hari penyanyi Yuna ‘ter’ tweet tentang blog ni maka semakin tersebarlah kewujudan blog ini. (TQ Yuna!)
- Pernah trending di Twitter dengan hashtag ‘pakcikcamwhore’ pada sekitar tahon 2011. Ramai yang puji… Raaaamaaaaaai juga yang keji…
Beliau juga berkata tarikh muat naik projek video selfie tersebut pada 26 Mac 2019 supaya sama dengan tarikh mula-mula berselfie.
Semoga bermanfaat.
Selamat hari lahir Uncle Gedek!
#unclegedek #selfieartist
8 Comments
ya, kecoh juga di twitter dulu pasal uncle gedek ni. rata rata dok keji dia. tapi sekarang ni ramai yg menyesal sebab tak ambil selfie macam dia. hehe
Curahan rasa nikkhazami @ ..Cara Beli Barang di Go Shop
Uncle Gedek ni dikira sebagai ‘King selfie’ la ceritanya. Kalau dilihat bukan senang nak tangkap setiap hari gambar sendiri untuk dijadikan video kenangannya. Memang sangat rare.
Curahan rasa Amirul Fahim @ ..Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Penghayatan Al-Quran di Dewan MITC, Melaka
Rajin benar beliau rakam momen yang dilalui sepanjang hidup, boleh lihat perjalanan 10 tahun ke belakang.
Curahan rasa Ikhwan @ ..5 Produk Laku Keras Musim Raya
Memang benar, Tengok videonya sendiri memang sangat kagum. Tahniah atas usaha beliau rakam momen sepanjang 10 tahun.
Curahan rasa Amirul Fahim @ ..Simposium Keagungan Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa
Bukan hanya diri, apa-apa pun patut dirakam kerana perubahn sekeliling cepat berlaku. 10-20 tahun akan datang, rakaman ini akan menjai kenangan yang ‘mahal’. Bezanya lelaki ini fokus kepaa satu subjek khusus…dirinya sendiri!
Curahan rasa ahmadyani @ ..Apa Beza Member Affiliate Dengan Agen Affiliate Biasa Sistem Jualan Pro – SJP 4.0?
10 hingga 20 tahun akan datang mungkin perubahan lain yang berlaku. Sangat rugi kita tidak capture moment2 indah untuk menjadikan kenangan yang mahal dan di tunjukkan kepada anak-anak kita nanti.
Curahan rasa Amirul Fahim @ ..Pameran Artifak Rasulullah SAW dan Penghayatan Al-Quran di Dewan MITC, Melaka
Wahhhh, memang salute lah Uncle Gedek and family. Apa yang penting, kerjsama!!!!
Iya, benar. Apa yang penting kerjasama daripada keluarganya sendiri. Tahniah diucapkan kepada Uncle Gedek.
Curahan rasa Amirul Fahim @ ..Simposium Keagungan Al-Quran sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Antarabangsa
Comments are closed.