Rejim Zionis mula serang dan gempur seluruh Gaza

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Tentera Israel memaklumkan ia sudah memulakan serangan terhadap sasaran Hamas di Semenanjung Gaza, semalam, beberapa jam selepas pelancaran roket Palestin terkena sebuah rumah di Tel Aviv.

Beberapa saksi memberitahu mereka terdengar banyak bunyi letupan di Gaza.

Satu serangan terkena kedudukan laut Hamas di barat Bandaraya Gaza dan satu lagi terkena kem latihan besar Hamas di utara Gaza.

“Serangan sasaran pengganas Hamas di seluruh Semenanjung Gaza sudah dimulakan,” tentera Zionis.

Kedua-dua kawasan tersebut mungkin sudah dikosongkan kerana Hamas mempunyai notis serangan Israel sedang dalam perjalanan dalam tempoh beberapa jam.

Beberapa saksi berkata, tiga peluru berpandu terkena sasaran di utara semenanjung itu.

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu berjanji bertindak balas dengan teruk terhadap serangan roket, awal semalam, yang mencederakan tujuh warga Israel.

Tentera Israel menghantar pasukan bantuan ke sempadan dengan Gaza selepas menuduh Hamas membedil roket ke wilayah Yahudi itu hari ini. Tuduhan ke atas Hamas dibuat dalam tweet oleh jurucakap tentera Zionis, Leftenan Kolonel Avichai Adraee.

Dua stesen televisyen berasingan melaporkan, dua briged infantri baru dan unit kereta perisai sudah digerakkan ke sempadan Gaza.

Sebelum ini, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangani pengisytiharan mengiktiraf kedaulatan Israel ke atas wilayah Bukit Golan yang dipertikaikan. Kawasan itu adalah wilayah sempadan dirampas Zionis daripada Syria pada 1967.

Tindakan Trump itu bertentangan dengan persetujuan antarabangsa, sejak berdekad-dekad. Pengiktirafan itu bersejarah, Bukit Golan akan kekal di bawah kawalan Israel yang tidak akan dilepaskan.

Sebelum ini juga, Persidangan NGO ASEAN Plus Mempertahankan Baitulmaqdis dan Masjid Al Aqsa menggariskan 11 deklarasi bagi membebaskan simbol penyatuan umat Islam itu dari cengkaman rejim Zionis.

Dinamakan sebagai ‘Deklarasi dan Pelan Tindakan Putrajaya: Bersatu Untuk Membebaskan Baltulmaqdis dan Masjid Al Aqsa’ ia antara lain menegaskan bahawa Baitulmaqdis adalah ibu kota Palestin dan sebarang langkah untuk menukar status itu adalah tidak boleh diterima sama sekali.



Spread the love

5 Comments

  1. Astagfirullah zionis selalu memojokkan Islam,ingin Islam hancur. Semoga saja saudara seiman kita selalu dilindungi Allah,terima kasih sudah berbagi artikel terbarunya bung.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!