Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, tarikh keramat 19/5/2013 semakin hampir, majlis ilmu mungkin pertama yang dianjurkan di Malaysia untuk mengorek ilmu bagaimana buat duit dengan blog dengan berbagai teknik berdasarkan cerita benar daripada Blogger yang terpilih. Justeru daripada itu jangan lepaskan peluang kerana mungkin entahkan bila lagi akan ada manusia yang berani menganjurkan seminar seperti ini. Apa juga urusan kalau boleh ditangguh memang patut ditangguhkan demi mencari sedikit ilmu yang mungkin boleh mengubah kehidupan anda dan keluarga anda.
Terima kasih kepada ahli panel yang sudi melapangkan masa bersama Rakyat Malaysia yang BERANI BERKORBAN MASA untuk mendengar perkongsian ilmu yang mungkin akan menjadi suntikan semangat untuk berUBAH. UBAH mesti bermula dari diri kita dengan ilmu yang betul.
Ahli Panel Seminar Buat Duit Dengan Blog :
- Abang Ensem (Blogger Harta Tanah)
- Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my)
- Md Hasrin Md Hassim (President Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia)
- Hilal Azmi (Blogger dan Wartawan Astro Awani)
- Mohd Suhaimi (Founder WangCyber.com)
- Ahmad Faizal (Blogger dan Cikgu)
- Nisa Kay (Blogger dan Wartawan Amanz.my)
- Rayyan Haries (Travel Blogger)
- Ustaz Nur Efendi Hamid (Blogger dan Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur)
- Zarul Umbrella (The Singing Blogger)
Macam mana agak-agak berbaloi tak bayar yuran pendaftaran RM50? Terbaca di Facebook katanya seminar ini saja je dianjurkan untuk buat duit. Biasalah manusia ada pandangan berbeza.
Tidak lupa juga nak ucapkan JUTAAAAANN terima kasih kepada penaja yang sudi berkongsi rezeki untuk memberi sedikit ilmu kepada Rakyat Malaysia.
- Little Scarf Collection (Penaja Utama)
- Ummi Umairah (Co-Sponsor)
- Ajwa Travel Sdn Bhd (Co-Sponsor)
- Serverfreak Web Hosting (Co-Sponsor)
- eQurban.com (Co-Sponsor)
- Ciklaili.com (Sponsor)
- Lensapujangga.com (Sponsor)
- Mindaaktif.com (Sponsor)
- Mindasyukri.com (Sponsor)
- Hazmanfadzil.com (Sponsor)
- Syarifah Hafsah (Sponsor)
- EjamOthman.com (Sponsor)
- AbangEnsem.com (Sponsor)
- M Global Millionaires Network (Sponsor)
- Ilhamku Resources (Sponsor)
- Eizil Network (Sponsor)
- CS Holiday Sdn Bhd (Sponsor)
- Ultimate Brilliant (Sponsor)
Kepada Syarikat, Usahawan Persendirian dan Rakan Blogger ingin jenama mereka menjadi tatapan ratusan Blogger bolehlah menjadi sebagai PENAJA. Tajaan boleh dibuat dalam bentuk wang tunai, gadget, perkhidmatan dan produk. Yang berminat sila DM Blogger Anarm.
Sudahkah anda mendaftar menjadi peserta seminar buat duit dengan blog. Kalau belum jom kita mencari ilmu perkongsian 8 panel yg hebat kerana mungkin dgn ilmu ini boleh mengubah kerjaya masa depan kita. Daftar di sini @ http://akademi.denaihati.my/.
- Tarikh : 19/5/2013
- Lokasi : Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor
- Masa : 8.30 am – 1.30 pm
Rezeki dari ALLAH setelah mendapat banyak penajaan maka yuran penyertaan dikekalkan RM50 sehingga 19/5/2013.
Seminar ini bukan hanya untuk Blogger sahaja tetapi terbuka untuk :
- Suri Rumah yang mencari pendapatan sampingan
- Pelajar Sekolah berusia 15 tahun ke atas
- Siswa/Siswi Pusat Pengajian Tinggi Awam dan Swasta
- Penganggur sangat-sangat diwajibkan
- Blogger ensem dan cantik
- Aktivis Sosial Media
- Kakitangan swasta, badan berkanun dan awam
- dan Semua yang berminat menjana pendapatan sampingan secara online
INSENTIF PESERTA SEMINAR
Berbagai insentif menarik akan disediakan untuk peserta Seminar Buat Duit dengan Blog antaranya :
- Cabutan bertuah dengan hadiah-hadiah gadget terkini yang menarik seperti iPad mini, Samsung S4 dan package kembara Kemboja.
- Hadiah istimewa untuk peserta ke 100, 200, 300 dan 400.
- Dan insentif-insentif lain yang akan diumumkan.
Jom saksikan video promosi seminar yang hebat.
RAKAN NIAGA DENAIHATI
Blogger dan Aktivis Sosial media juga diberi peluang untuk menjadi Rakan Niaga Denihati. Pendaftarn percuma dan mendapat link affiliate “Seminar Buat Duit dengan Blog” untuk dipromosi di Blog, Facebook dan Twitter. Setiap peserta seminar yang didaftar melalui link affiliate Rakan Niaga Denaihati akan mendapat komisen RM5. Kepada yang berminat menjadi Rakan Niaga Denaihati sila daftar di SINI.
Insentif Untuk Rakan Niaga Denaihati
- Tambahan komisen RM100 untuk yang mendaftar 10 peserta.
- Tambahan komisen RM200 untuk yang mendaftar 20 peserta.
- Tambahan komisen RM300 untuk yang mendaftar 30 peserta.
- Tambahan komisen RM400 untuk yang mendaftar 40 peserta.
- Mendapat sebuah iPad Mini 16GB untuk yang mendaftar 50 peserta.
Kepada semua yang dah mendaftar menjadi Rakan Niaga Denaihati apa lagi mulakan kempen dan dapatkan insentif yang menarik.
SOALAN
Jika ada sebarang persoalan sila bertanya di SINI (pastikan anda menjadi rakan FB Denaihati).
Semuga SEMINAR BUAT DUIT DENGAN BLOG akan dapat membantu Rakyat Malaysia menjadikan Blogger sebagai kerjaya profesional yang bukan sekadar mendapat pulangan lumayan tetapi memberi manafaat kepada seluruh alam.
107 Comments
terbaik dari denai hati
Curahan rasa Hanif Menhad @ ..PERKHIDMATAN PING BLOG, MENINGKATKAN PAGEVIEW LAMAN WEB DENGAN MUDAH DAN MURAH
banyak juga insentifnya yer..
Comments are closed.