Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekarang sana sini sibuk bercerita tentang Kamera AES. Secara peribadi aku memang sokong dengan Projek Kamera AES cuma perlu dibuat pembaikan mana-mana yang lemah. Sebab utama aku sokong Projek Kamera AES kerana ramai sangat samseng jalanraya yang suka-suka bawa kenderaan macam jalan mak bapak diaorang.
Teringat ketika memandu kembara musafir Europe di 4 buah negara memang banyak kamera yang dipasang di lebuhraya. Mereka memandu lebih laju daripada pemandu Malaysia tetapi dengan cara berhemah dan susah nak jumpa samseng jalanraya seperti di Malaysia.
Setakat ini belum lagi sampai lagi surat cinta saman AES atas nama aku bukanlah tak memandu laju pernah juga cecah 160km/jam cuma kena tengok waktu dan keadaan yang sesuai. Saman AES boleh disemak secara online. Saman AES boleh disemak dengan berbagai cara.
1. Semak Saman AES Melalui SMS seperti di SINI.
Untuk menyemak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis secara SMS, taip ; POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan ) dan hantar ke 32728.
Contoh : POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 32728
(Caj RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS)
- POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
- Contoh : POLIS SAMAN BHN786 denaihati@yahoo.com dan hantar ke 32728
3. Semak Saman AES Melalui Website
Anda juga boleh semak saman melalui website
4. Semak Saman AES Melalui SMS 15888. Semak saman AES secara SMS mengunakan cara berikut. Anda perlu taip ;
POLIS SAMAN [NO. Plat kenderaan] dan hantar ke 15888
Contoh : POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 15888
(Setiap SMS akan dicaj RM 0.20)
5. Semak Saman AES melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)
Semakan saman juga boleh dibuat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara percuma. Sebelum itu, anda perlu memohon dan mendaftar ID Sikap anda dikaunter JPJ yang berdekatan. Antara perkhidmatan yang disediakan;
- Semakan Saman/Notis
- Semakan Senarai Hitam
- Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
- Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
- Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu
6. Semak saman AES melalui Android Smartphone
Bagi pengguna Android Smartphone, anda mungkin ingin mencuba mengguna aplikasi-aplikasi berikut untuk menyemak saman AES secara online;
Kalau tak nak kena saman ikut je peraturan tak kira kereta mahal atau murah.
Berikut adalah senarai lokasi kamera AES sediada dan yang baru di Lebuhraya dan lampu isyarat sebagai panduan buat semua:
Had Laju (Lebuhraya)
- 1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS – Slim River (Arah Utara)
- 2. KM 7 Jalan Maharajalela – Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
- 3. KM 91 Jalan Ipoh – Butterworth (Arah ke Selatan)
- 4. KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
- 5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS – Taiping (Arah ke Utara)
- 6. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
- 7. KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (Arah ke Utara)
- 8. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
- 9. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
- 10. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
Lampu Isyarat
- 1. KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
- 2. Jalan Pasir Putih – Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
- 3. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
- 4. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)
Lokasi Kamera AES Baru Terkini
- KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh
- KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar
- KM 17 Gua Musang – Kuala Krai
- KM96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda
- KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2
- KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2
- KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh
82 Comments
Sangat setuju dengan AES ni…untuk mengajar samseng jalanraya….!
Curahan rasa galut @ ..RM108,800 Menanti Anda
harap tak ada lah saman… drive keta pun pelan saja..
Curahan rasa staibaqhang @ ..Fotografi perkahwinan – Hanif dan Zubaidah (PhotoVillage Studio)
pernah juga check saman ni.. syukur tak pernah kena lagi..
Curahan rasa Mus @ ..Gambar Newborn, Nufail Berumur 1 Minggu
bagus info nie…..boleh digunakan bila rasa2nya ada kena saman dengan AES
Curahan rasa hafizal @ ..Model era baharu Nissan!
alamak.. takut la nak semak
Curahan rasa zool @ ..Keputusan perlawanan bolasepak persahabatan Malaysia menentang Arab Saudi
saya pun setuju AES ni. cuma perlu baiki pulih spt syaratnya.. tapi ramai tak nampak kelebihan AES kerana politik… kannn.. kat Singapore pun belambak camera.. sebab tu tempat mereka ni berdisiplin..
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
dah cek. alhamdulillah tiada saman…
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
kat Putrajaya selalu redah lampu merah huhu…
Curahan rasa Imran @ ..Debaran Menunggu Keputusan Peperiksaan SPM/STPM
gua tak buat salah. jadi. gua takkan check.
Curahan rasa titan @ ..Sudah boleh login dahh..
takut la tu.. sebenarnya ada kan
Curahan rasa Datin Tyka @ ..Kegembiraan Seorang Ibu
rekod masih bersih lagi setakat ini
Curahan rasa beckhrooy @ ..Tips Dan Benda Perlu Dibawa Ketika Naik Kapal Terbang
eeeh takut gak nak check selalu terlanggar lampu merah…
Ayat last tu yang best. Ikut sahaja peraturan. Bukan susah. Berhemahlah di jalan raya. Bukan kita sahaja yang menggunakannya.
Curahan rasa Zulhilmi Zainudin @ ..3 Laman Web Yang Perlu Anda Guna Bagi Mencari Imej Percuma Untuk Blog
ini yang selalu saya perhatikan waktu ke Malaysia Saman
Curahan rasa munir ardi @ ..Cara mengatasi Kehabisan Ide menulis konten di blog dan social media
Iya yah… malah kalau saya tidak salah, pemandu teksi waktu itu sempat bicara banyak tentang hal ini
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Perempat Final Liga Champions 2012/2013
Bahkan beliau memperlihat sehelai kertas yang ada gambar keretanya ya Bang
Semuanya di masa sekarang memang bisa dilakukan secara online seperti halnya juga semak saman melalui website
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Ciri Wanita Hamil
Iya Mas…. itulah salah satu dampak kemajuan teknologi.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Jadwal Perempat Final Liga Champions 2012/2013
Iya benar bang..memang banyak keuntungan yang bisa idapatkan dari dampak kemajuan teknologi
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Ciri Wanita Hamil
alamak, dedebonya rasa nak check. hahahaha!!! macam ada je ni -..-
Curahan rasa Lizz @ ..Usahawan Kecil Jual Ayam Masak Serai di UK
Saya suka AES, sebab tak pernah kena saman lagi. Harap-harap pihak berkuasa tambahkan lagi AES, Paling tidak pun 1KM 1 AES. Tambah lagi function untuk tangkap gambar pemandu memotong di lorong kecemasan. Bukan senang nak mendidik manusia menjadi manusia. Kadang-kadang kita terpaksa membelanjakan ratusan billion ringgit untuk memanusiakan manusia.
Comments are closed.