Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa orang pemenang iPhone 5 Gadget Impian dah pun buat review iPhone 5 di blog Denaihati.com. Setakat ni dah ada entri review daripada Cikgu Naman dan Sharidawati. Pemenang gadget yang belum bagi draft review iPhone 5 sila emailkan kepada Anarm. Termasuk juga entri review dari pemenang iPad Mini di #SBB2013.
Entri review iPhone 5 untuk kali ni adalah daripada Akma Omar, pemilik blog AkmaOmar.com iaitu pemenang tempat pertama contest iPhone 5 Gadget Impian yang memperoleh mata terkumpul paling banyak. Joom kita baca review Akma Omar tentang iPhone 5 yang dimenanginya.
Semua sedia maklum Contest iPhone 5 Gadget Impian telah pun tamat dan pemenangnya pun sudah diketahui umum. Penyampaian hadiah kepada pemenang dilakukan di majlis Sepetang bersama blogger 2013 #SBB2013 yang sungguh meriah. Memang rugi kepada sesiapa yang terlepas peluang menghadirinya.
Saya juga salah seorang yang bertuah berjaya memenangi :
- Seunit iPhone 5 16GB dan hadiah menarik dari penaja-penaja – rujuk entri INI
- Tempat pertama : RM 500 – Tugasan 1 G+1
- Tempat kedua : RM 300 – Tugasan 2 SERP Google.com
Tahniah kepada 4 lagi rakan blogger yang berjaya memenangi iPhone 5 ini iaitu Cikgunaman, Eyriqazz, Sharidawati dan Cheezemaz. Dan tidak lupa tahniah kepada 5 lagi pemenang iaitu Bang Iwan, Puan Gojes, Sensasi2020, Blog Pendidikan dan Kongsibersamanora.
Sokongan, tunjuk ajar, kerjasama dan bantuan rakan-rakan banyak menaikkan semangat kepada saya untuk berusaha dengan sebaik yang mungkin. Dalam masa yang sama saya dapat berkenalan dengan ramai blogger yang hebat-hebat. Kepada semua 85 blogger yang menyertai Contest ini anda semua adalah terbaik.
Review iPhone 5
Entri saya kali ini atas permintaan Denaihati untuk review iPhone 5 ini. Dapat menulis untuk blog Denaihati adalah satu penghargaan yang besar kepada saya. Memang tidak akan saya lepaskan.
Ini pertama kali saya menggunakan telefon pintar keluaran Apple. Memang berbaloi dan lengkaplah koleksi gadget Apple saya. Setiap gadget mempunyai kebaikkan dan keburukkan. Ianya bergantung kepada spesifikasi dan keselesaan pengguna itu sendiri.
Antara pendapat saya selepas menggunakannya…
Kebaikkan iPhone 5
iPhone 5 dari segi body memang lebih menarik berbanding dengan iphone yang sebelum ni. Lebih nipis, cantik, tinggi dan advance. Dari segi spefikasi dan applikasi saya boleh katakan tidak banyak beza dengan iPad 2. Jadi, agak mudah untuk saya mengendalikannya dan mesra pengguna.
Kualiti gambar yang cantik dan menarik. Kebetulan saya bercuti panjang selama seminggu bersama keluarga dan rakan-rakan. Dengan hanya menggunakan iPhone 5 saya merealisasikan gambar percutian saya. iOS speed camera upload laju. SLR pun tak selaju iPhone 5 memang terbaik.
Untuk tujuan berblogging juga amat mudah, itu yang penting 🙂
Keburukan iPhone 5
Keypad terlalu kecil agak sukar untuk menaip text message, note dan sebagainya. Saya rasa ianya sesuai untuk wanita hehe.
Penggunaan data plan internet dari syarikat telekomunikasi yang selalu bermasalah menyukarkan untuk akses internet berbanding sebelum ini saya menggunakan plan yang sama untuk blackberry tetapi tidak mempunyai masalah untuk melayari internet. Kerap kena refresh carrier network.
Jangka hayat batteri juga tidak tahan lama. Ianya memang sering berlaku kepada semua telefon pintar sekiranya ada akses internet. Dalam masa beberapa jam bateri cepat habis. Sedikit tips dari saya untuk bateri kekal lama:
- Setiap kali anda ingin cas pastikan bateri anda bawah 20% baru anda charge iPhone 5 anda.
- Pastikan juga anda fully charge 100%. Jangan terusan cas iPhone 5 anda akibatnya akan bermasalah dan bateri mudah rosak.
- Tahukah anda kos untuk menukar bateri baru agak mahal sekitar RM500. Maka sayangilah iPhone 5 anda.
- Saya cadangkan anda standby powerbank bila ke mana-mana.
Secara keseluruhannya iPhone 5 ada kebaikkan dan keburukkan. Terpulang kepada keselesaan dan citarasa pengguna.
Yang paling menariknya saya mendapat iPhone 5 Gadget Impian ini melalui Contest yang dianjurkan oleh Denaihati Network. Bukan sahaja setakat hadiah tetapi, cabaran dan pengalaman menyertai contest ini yang paling berharga. Bukan mudah untuk mendapatkannya. Perlu usaha, kerja keras, kerjasama dan perancangan yang baik.
Terima kasih sekali lagi saya ucapkan kepada Denaihati Network dan semua penaja-penaja Contest iPhone 5 Gadget Impian ini.
Teruskan bersama Akma Omar di blognya AkmaOmar.com dan Follow Facebook Akma Omar dan Twitter @akmaomar.
112 Comments
ada juga ek keburukan iphone..tapi dah minat nak buat macam mna kan..
tahniah kepada akma omar…
Selamat kepada para pemenang kontes ini
Curahan rasa safiyhati @ ..Penyebab Dan Tanda Endometriosis
Comments are closed.