Semak Saman AES Online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, sekarang sana sini sibuk bercerita tentang Kamera AES. Secara peribadi aku memang sokong dengan Projek Kamera AES cuma perlu dibuat pembaikan mana-mana yang lemah. Sebab utama aku sokong Projek Kamera AES kerana ramai sangat samseng jalanraya yang suka-suka bawa kenderaan macam jalan mak bapak diaorang.

Semak Saman AES Online

Teringat ketika memandu kembara musafir Europe di 4 buah negara memang banyak kamera yang dipasang di lebuhraya. Mereka memandu lebih laju daripada pemandu Malaysia tetapi dengan cara berhemah dan susah nak jumpa samseng jalanraya seperti di Malaysia.

Semak Saman AES Online

Setakat ini belum lagi sampai lagi surat cinta saman AES atas nama aku bukanlah tak memandu laju pernah juga cecah 160km/jam cuma kena tengok waktu dan keadaan yang sesuai. Saman AES boleh disemak secara online. Saman AES boleh disemak dengan berbagai cara.

1. Semak Saman AES Melalui SMS seperti di SINI.

Untuk menyemak saman Trafik, Saman JPJ atau Polis secara SMS, taip ; POLIS SAMAN ( NO. Plat kenderaan ) dan hantar ke 32728.

Contoh :  POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 32728

(Caj RM0.50 akan dikenakan bagi setiap SMS)

2. Kalau mahu detail saman dihantar ke alamak email, taip

  • POLIS SAMAN [no pendaftaran kenderaan] [email ] hantar kepada 32728
  • Contoh : POLIS SAMAN BHN786 denaihati@yahoo.com dan hantar ke 32728

3. Semak Saman AES Melalui Website

Anda juga boleh semak saman melalui website

4. Semak Saman AES Melalui SMS 15888. Semak saman AES secara SMS mengunakan cara berikut. Anda perlu taip ;

POLIS SAMAN [NO. Plat kenderaan] dan hantar ke 15888

Contoh :  POLIS SAMAN BHN786 hantar kepada 15888

(Setiap SMS akan dicaj RM 0.20)

5. Semak Saman AES melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)

Semakan saman juga boleh dibuat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) secara percuma. Sebelum itu, anda perlu memohon dan mendaftar ID Sikap anda dikaunter JPJ yang berdekatan. Antara perkhidmatan yang disediakan;

  • Semakan Saman/Notis
  • Semakan Senarai Hitam
  • Rayuan Lesen Memandu Tamat Tempoh
  • Semakan Tarikh Luput Lesen Kenderaan Motor
  • Semakan Tarikh Luput Lesen Memandu

6. Semak saman AES melalui Android Smartphone

Bagi pengguna Android Smartphone, anda mungkin ingin mencuba mengguna aplikasi-aplikasi berikut untuk menyemak saman AES secara online;

Kalau tak nak kena saman ikut je peraturan tak kira kereta mahal atau murah.

Berikut adalah senarai lokasi kamera AES sediada dan yang baru di Lebuhraya dan lampu isyarat sebagai panduan buat semua:

Had Laju (Lebuhraya)

  • 1. KM 375.9 Lebuhraya PLUS – Slim River (Arah Utara)
  • 2. KM 7 Jalan Maharajalela – Teluk Intan (Arah ke Bagan Datoh)
  • 3. KM 91 Jalan Ipoh – Butterworth (Arah ke Selatan)
  • 4. KM 85.5 Jalan Ipoh – Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)
  • 5. KM 204.6 Lebuhraya PLUS – Taiping (Arah ke Utara)
  • 6. KM 6.6 SKVE (Puchong ke Kajang)
  • 7. KM 301.6 Lebuhraya PLUS – Kajang (Arah ke Utara)
  • 8. Jalan Lebuh Sentosa, Putrajaya (Kajang menuju ke PICC)
  • 9. Jalan Persiaran Timur, Putrajaya (PICC menuju ke Kajang)
  • 10. KM D7.9, Sungai Besi, Kuala Lumpur (Arah ke Selatan)

Lampu Isyarat

  • 1. KM 26 Jalan Ipoh – Kuala Kangsar (Persimpangan Kg Kerdah)
  • 2. Jalan Pasir Putih – Ipoh (Persimpangan Jalan Temenggung, Jalan King)
  • 3. Jalan Klang Lama, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Sepadu)
  • 4. Jalan Ipoh, Kuala Lumpur (Persimpangan Jalan Perhentian, Sentul)

Lokasi Kamera AES Baru Terkini

  1. KM 151.4 Lebuhraya PLUS – Pagoh
  2. KM 299.9 Lebuhraya PLUS – Kampar
  3. KM 17 Gua Musang – Kuala Krai
  4. KM96.3 Lebuhraya PLUS – Kuala Muda
  5. KM256.1 Lebuhraya Pantai Timur 2
  6. KM 288.6 Lebuhraya Pantai Timur 2
  7. KM 146.8 Lebuhraya PLUS – Pagoh

Spread the love

82 Comments

    1. Ahli politik tak suka sebab katanya projek ni di bagi pada kroni tapi aku tengok kat kampung wife aku dah tukar kerajaan pun amalkan kroni di negeri yg dah tukar kerajaan pun kroni juga JADI aku ambil kesimpulan siapa pun memerintah pasti ada kroni dan pihak yg tak dapat akan tentang.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!