Selangor apa nak jadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri POLITIK tetapi lebih kepada entri masalah masyarakat. Aku menulis berdasar pengalaman sendiri yang mungkin juga menjadi kerisauan sebahagian besar rakyat Selangor. Aku tak nak cerita tentang kisah Datuk Dr Hassan Ali yang disingkir dari jawatan Exco atau kisah perniagaa Melayu di Kompleks PKNS yang merintih apabila sewa kedai dinaikkan dua kali ganda atau kisah masjid yang semakin aktif dengan berbagai aktiviti.

Selangor Darul Ehsan

Hanya dua perkara yang yang aku nak kongsikan.

1. Sejak 3 – 4 tahun ini kenapa agaknya banyak sangat aku nampak Pusat Refleksologi dan Rumah Urut yang tumbuh bagaikan cendawan bukan sahaja di bandar besar juga di bandar kecil seperti di Petaling Jaya, Klang, Kajang sehinggalah di Sungai Besar. Tu belum cerita lagi dalam Mall yang besar. Pernah jugalah aku dan rakan-rakan lalu di depan Pusat Refleksologi dan Rumah Urut daripada promosi yang dibuat oleh amoi-amoi dan cewek-cewek bunyinya lain macam je. Betul ke kat dalam tu hanya ada khidmat mengurut kaki dan badan sahaja? Ada sesiapa boleh bantu bukan apa takut juga di akhir zaman ini mudah sangat anak muda Islam dapat khidmat yang terlarang.

2. Sejak Khidmat mengutip sampah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Alam Flora perkhidmatannya SubhanAllah teruknya. Sampah terbiar dalam tong sehingga melompat ulat di atas lantai. Kalau dulu kita boleh tahu bila lori sampah datang sebab diaorang ikut jadual tapi sekarang entah bila kekadang datang tengah malam ketika semua sedang lena tidur. Adakah ini yang dikatakan penambahbaikan perkhidmatan?

Mungkin Rakan Blogger yang tinggal di Selangor boleh kongsikan pengalaman bukan sahaja yang tak baik juga yang baik untuk maklumat yang berkenaan.


Spread the love

165 Comments

  1. Salam, bab angkat sampah tu memang tidak dinafikan, kat teat adik memang teruk wooo, nak naik tangga ke tingkat rumah dia un rasa nak pengsan sebab sampah kat bawah tu dah macam gunung, ulat sana sini, nak lalu pun geli geleman.

    ada tanya adik, kenapa macam tu, adik jawab tak taulah sejak…..jadual kutip sampah tak menentu, kalau time cuti umum lagi sadis, sampah tu nak sama tinggi dengan rumah, apa boleh buat kan dah takde tempat lain nak buang sampah.

    Pelik juga tiap kali pergi rumah adik kat shah alam tu, tak pernah nampak ruang tong sampah tu bersih, ada je sampahnya, yang paling sedih tong sampah takde huhuhu.

    tapi syukur jugak kat rumah ni, klang, diorang kutip sampah ikut masa, setakat ini belum ada masalah di tempat saya 🙂

  2. Kat area shah alam yg myebabkan smpah2 tu mcm berterabur ialah org2 yg mencari brg2 tpakai..tp lepas tu x pndai nk simpan blik semua2 smpah tu..mmg berterabur la kdg2…
    Curahan rasa Tata @ ..About me….TataMy Profile

        1. Geng geng songkok tinggi ni tahan Lori ala samseng kampung dusun tu, mmg Ada laporan tentang ni, sebab tu nampak ada Lori keluar tapi sampah x hangkut , depa sabotaj burukan kerajaan negeri sebab kontrak depa tamat then dapat ke contractor baru. Kerajaan negeri dah sediakan talian , boleh jer call, kita rang sini dah settle….

  3. Macam mana nak bagi faham kat kontraktor yang baru dapat projek juta2 tu supaya beramanah dalam tugas? Rungutan dari pengguna dah banyak. Kat tempat saya ni sejak bertukar kontraktor ok je. Saari sungip turun kawasan ni hampir tiap bulan dan selalu juga tanya masalah sampah ni.
    Paling best, tiap2 minggu ada kuliah agama mengingatkan tentang iman, amal dan ikhsan. Katanya untuk memantapkan iman. Kalau kita jadi orang beriman, letaklah pusat urut macam mana banyak sekalipun, Insyallah kita akan dapat menilai baik buruknya.

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!