Selangor apa nak jadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri POLITIK tetapi lebih kepada entri masalah masyarakat. Aku menulis berdasar pengalaman sendiri yang mungkin juga menjadi kerisauan sebahagian besar rakyat Selangor. Aku tak nak cerita tentang kisah Datuk Dr Hassan Ali yang disingkir dari jawatan Exco atau kisah perniagaa Melayu di Kompleks PKNS yang merintih apabila sewa kedai dinaikkan dua kali ganda atau kisah masjid yang semakin aktif dengan berbagai aktiviti.

Selangor Darul Ehsan

Hanya dua perkara yang yang aku nak kongsikan.

1. Sejak 3 – 4 tahun ini kenapa agaknya banyak sangat aku nampak Pusat Refleksologi dan Rumah Urut yang tumbuh bagaikan cendawan bukan sahaja di bandar besar juga di bandar kecil seperti di Petaling Jaya, Klang, Kajang sehinggalah di Sungai Besar. Tu belum cerita lagi dalam Mall yang besar. Pernah jugalah aku dan rakan-rakan lalu di depan Pusat Refleksologi dan Rumah Urut daripada promosi yang dibuat oleh amoi-amoi dan cewek-cewek bunyinya lain macam je. Betul ke kat dalam tu hanya ada khidmat mengurut kaki dan badan sahaja? Ada sesiapa boleh bantu bukan apa takut juga di akhir zaman ini mudah sangat anak muda Islam dapat khidmat yang terlarang.

2. Sejak Khidmat mengutip sampah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Alam Flora perkhidmatannya SubhanAllah teruknya. Sampah terbiar dalam tong sehingga melompat ulat di atas lantai. Kalau dulu kita boleh tahu bila lori sampah datang sebab diaorang ikut jadual tapi sekarang entah bila kekadang datang tengah malam ketika semua sedang lena tidur. Adakah ini yang dikatakan penambahbaikan perkhidmatan?

Mungkin Rakan Blogger yang tinggal di Selangor boleh kongsikan pengalaman bukan sahaja yang tak baik juga yang baik untuk maklumat yang berkenaan.


Spread the love

165 Comments

  1. sesuatu yg memang serius ni..sebab kalau hal sampah yg sampai berulat melompat memang akan mendatangkan penyakit seperti taun yg dibawa oleh lalat yg hinggap kat sampah2 terbiar td tu..

    kebersihan kena lebih jaga la kalau sampah tu tidak diangkut majlis bandaran sehingga melimpah dari tong sampah tu sendiri..
    Curahan rasa paihujey @ ..Zalimnya Engkau ManusiaMy Profile

  2. kami yang tinggal diluar Selangor pun tahu masalah sampah yang berlambak dan berulat itu. Jika kerajaan Selangor gagal melantik kontraktor yang berwibawa dan mampu memungut sampah maka masalah itu akan berlarutan. Jika hendak menggunakan khidmat Dewan Bandaraya maka perkhidmatan mereka tidaklah akan sampai kemana…wallahualam…bersabar saja lah..
    Curahan rasa Syarih @ ..Ikan Bakar Mengelupur…Sedap.My Profile

  3. Saya bersimpati dengan kawan-kawan yang tinggal di Selangor dan berhadapan dengan masalah sampah. Jika satu pihak cuba memperbaiki perkhidmatan dan satu pihak lagi cuba mensabotaj maka yang akan jadi mangsa ialah rakyat seperti kita. Dulu Alor Setar pun begitu tetapi selepas dua tahun kerajaan PAS memerintah mereka telah melantik kontraktor yang berwibawa dan nah sekarang belum sempat sampah penuh didalam tong mereka sudah datang kutip. Kita mengharapkan semua pihak berkerjasama demi kebaikan rakyat semua. Bukanlah masanya hendak menunjukkan sapa kuat dan sapa berkuasa tetapi kesejahteraan itu mestilah diutamakan.
    Curahan rasa Syarih @ ..Ikan Bakar Mengelupur…Sedap.My Profile

  4. Salam bro Denai..

    Yes, betul saya menetap di Kajang dan saya lihat banyak rumah2 urut disini yang tak mengikut guideline / rules negeri Selangor. Saya sendiri ada spa di Kajang tapi spa saya hanya untuk kaum wanita sahaja kerana pertama kali ingin membuka spa saya diberitahu untuk membuka unisex spa ni Selangor, perlu angkat sumpah, dsb (proses yang leceh). Tapi bila saya round2 di Kajang ni dan masuk ke pusat refleksologi/pusat urut (yang kebanyakan pekerjanya dari China) owner mereka sendiri beritahu tidak susah pun untuk membuka pusat urut unisex di Selangor ni. Hanya perlu bayar “lebih” sikit sahaja.

    Tentu saya rasa tidak puas hati, tapi at least saya tahu spa saya dibuka mengikut guideline dan semuanya secara sah jadi kalau in the future ada apa2 masalah, spa saya tidak akan terlibat.

    Tentang sampah, saya baru sahaja ambil gambar tong2 sampah yang memang overflow over the top over the floor di Kajang ni. Ingatkan nak buat blog post nanti. Memang sakit mata memandang, terutamanya tong2 sampah di sekitar stesen komuter.. Memang semenjak Alam Flora dah takde ni, melimpah2 sampah di persekitaran. Saya tak terkejut bagaimana Kajang boleh banjir tempoh hari. Semuanya disebabkan kerajaan negeri dan majlis perbandaran juga..

    In this, opinion saya hanya tentang Kajang kerana saya menetap disini. Kawasan lain di negeri Selangor ni tak dapat saya kata apa2.. 🙂

    Salam…
    Curahan rasa Bella Enveeus @ ..Contraband – Movie ReviewMy Profile

    1. Lesen rumah urut terletak dibawah majlis bandaraya, sepatutnya mereka menilai dan memantau segala tindak tanduk mereka ini. jika mereka melakukan perkara-perkara terlarang disebalik rumah urut ini maka amat malanglah kerana penguatkuasaan menjadi lemah
      Curahan rasa Syarih @ ..Ikan Bakar Mengelupur…Sedap.My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!