Selangor apa nak jadi

Spread the love

Assalamualaikum dan salam 1Dunia, ini bukan entri POLITIK tetapi lebih kepada entri masalah masyarakat. Aku menulis berdasar pengalaman sendiri yang mungkin juga menjadi kerisauan sebahagian besar rakyat Selangor. Aku tak nak cerita tentang kisah Datuk Dr Hassan Ali yang disingkir dari jawatan Exco atau kisah perniagaa Melayu di Kompleks PKNS yang merintih apabila sewa kedai dinaikkan dua kali ganda atau kisah masjid yang semakin aktif dengan berbagai aktiviti.

Selangor Darul Ehsan

Hanya dua perkara yang yang aku nak kongsikan.

1. Sejak 3 – 4 tahun ini kenapa agaknya banyak sangat aku nampak Pusat Refleksologi dan Rumah Urut yang tumbuh bagaikan cendawan bukan sahaja di bandar besar juga di bandar kecil seperti di Petaling Jaya, Klang, Kajang sehinggalah di Sungai Besar. Tu belum cerita lagi dalam Mall yang besar. Pernah jugalah aku dan rakan-rakan lalu di depan Pusat Refleksologi dan Rumah Urut daripada promosi yang dibuat oleh amoi-amoi dan cewek-cewek bunyinya lain macam je. Betul ke kat dalam tu hanya ada khidmat mengurut kaki dan badan sahaja? Ada sesiapa boleh bantu bukan apa takut juga di akhir zaman ini mudah sangat anak muda Islam dapat khidmat yang terlarang.

2. Sejak Khidmat mengutip sampah diambil alih oleh Kerajaan Negeri Selangor dari Alam Flora perkhidmatannya SubhanAllah teruknya. Sampah terbiar dalam tong sehingga melompat ulat di atas lantai. Kalau dulu kita boleh tahu bila lori sampah datang sebab diaorang ikut jadual tapi sekarang entah bila kekadang datang tengah malam ketika semua sedang lena tidur. Adakah ini yang dikatakan penambahbaikan perkhidmatan?

Mungkin Rakan Blogger yang tinggal di Selangor boleh kongsikan pengalaman bukan sahaja yang tak baik juga yang baik untuk maklumat yang berkenaan.


Spread the love

165 Comments

  1. Kutip sampah kat sini waktu malam. kalau dulu lorinya dari jauh dah dengar bunyinya sampai nak tido pun tak boleh. Skrg lori dah cantik dan lebih besar. Tak sedar lori sampah datang. Tp yg tap puas hati ni kenapa la setiap kali nak perah sampah, mesti kena kat depan rumah saya. Panas betul la. Nak tido kena tutup hidung
    Curahan rasa Norasikin @ ..Resepi French ToastMy Profile

  2. Dulu mertua kawan jadi penyelia kontraktor kat TLDM woodland,kalau ikut undang2 bukan selang2 dia orang perlu kutip sampah,tapi hari-hari,lepastu tong sampah tu meraka patut cuci,pasir2 ditepi jalan meraka patut sapu dan longkan mesti dicuci.kalau meraka hanya kutip sampah meraka hanya layak claim kutip sampah.tidak lebih dari itu kalau lebih bermakna majlis tak buat kerja.
    Curahan rasa onlajer @ ..Motor ElektrikMy Profile

  3. Di Putrajaya ni alhamdulillah, masalah sampai tak menjadi isu sebab jadual kutip sampah masih lagi berjalan lancar. Cuma yang menjadi masalah adalah di rumah apartment. Sampah sana sini. Dari luar nampak cantik tapi bila masuk dalam sakit mata sebab orang buang sampah merata-rata. Kalaulah Malaysia ni macam negara Jepun, memang dah lama kena penampo Jawa on the sport pada sapa yang buang sampah merata-rata nih
    Curahan rasa Sobri Mansor @ ..Spare-part beli sendiri, lagi jimatMy Profile

  4. hmm kalau cerita pasal sampah ni mmg tak abis. SEBENARnya ada yang kawasan yag elok dan ada kawasan yang tak elok. Kawasan rumah flat selalu jadi mangsa. Ada yang dari zaman BN lagi. Saya TIDAK memenangkan mane mane pihak tapi senario politik Malaysia suka tunjuk keburukan masing masing. Dedahkan aib orang baik Pembangkan Atau Kerajaan. Pasal sewa ya.. memang ada yang naik. Tapi Selangor pasal air saya dapat free! so setiap pemimpin ada keistimewaannnya. Bacalah cerita dua dua belah pihak dulu baru la fair n square. salam…
    Curahan rasa suhaimi @ ..Meilinwerk, parking paling bestMy Profile

  5. Salam… kat rumah saya mmg tak ada masalah sampah ni. Cumanya sejak kebelakangan ni ada sesetengah kawasan di Shah Alam Majlis Bandaraya mengerah tenaga pekerja-pekerja mereka sendiri (pekerja di opis dari semua jabatan) utk bergotong-royong di kawasan tersebut membersihkan sampah sarap hingga penduduk anggap mereka ini adalah pengutip sampah dan dimarah dan dimaki sesuka hati oleh penduduk krn lewat mengangkut sapah2 tersebut. Sudahlah dikerah (dipaksa) tenaga pekerja Majlis Bandaraya Shah Alam itu utk bergotong royong pada hari sabtu dan ahad tanpa memberikan sebarang elaun.. sedangkan hari sabtu & ahad adalah hari bercuti dan hari bersama keluarga..

    Masalah lagi apabila nak pergi ke tempat gotong royong tu menaiki kenderaan sendiri duit minyak? duit tol? staff byr sendiri… Kalau yg berjawatan tinggi byk duit bolehla pejam mata,.. bagaimana yg bekerja dgn mendapat gaji yg rendah terpaksa melalui perkara begini? Duduk pula di luar shah alam.. sudah pasti kos minyak dan kos tol meningkat…

    Selain itu jika staff2 ni tidak dtg akan diambil tindakan jika tidak hadir tanpa alasan yg munasabah spt sakit. Alasan menghadiri kenduri tidak diterima.. mereka lupake yg staff mereka tu ada keluarga… bkn bujang2 semuanya.. ada anak bini.. kalo sabtu ahad pun kena buat ‘keja amal’ tanpa keikhlasan ni tentu tiada gunanya.. Jika sekali 2 mungkin tidak mendatangkan masalah tapi jika kerap bagaimana pula??

    Adakah wajar datuk bandar mengerahkan tenaga pekerja sebegini? Hujung minggu pekerja majlis kena jadi tukang bersih dan angkut sampah konon2nya MBSA membantu penduduk hakikatnya??? Waallahualam…
    Curahan rasa Queen Teratai @ ..Wordless Wednesday – MengidamMy Profile

      1. bos dtg tp amik kedatangan lps tu hilang… datuk bandar pun ada tp kejap jela dlm 1/2 jam.. amik gambar lps tu balik… itulah yg pekerja2 katakan… mmg kesianlah… kesian juga kat saya sbb hujung minggu je husband g jd pengutip sampah… 🙁
        Curahan rasa Queen Teratai @ ..Khamis Spontan #14My Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!