Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur kepada ALLAH SWT yang masih dipinjamkan usia dan kesihatan sehingga diberi peluang untuk menjejaki kaki ke tahun 1434H. Bukan semua terpilih untuk meraikan tahun baru 1434H.
Selangkah kita melangkah tahun baru Hijrah maka berbagai azam baru dipasang dalam hati tetapi seperti biasa bila sampai hujung tahun azam tinggal azam, kehidupan masih sama ditakuk lama. Untuk itu sempena tahun baru 1434H apa kata kita buat perubahan. Tak perlu azam banyak-banyak yang akhirnya tak terlaksana pun. Apa kata kita azama buat satu perubahan yang simple tapi mampu kita lakukan dengan istiqamah.
Untuk berjaya dalam hidup sebenarnya bukan bergantung seratus peratus pada usaha keras. Berapa ramai di kalangan kita yang bekerja siang malam .. siang kerja makan gaji .. malam kerja sendiri tapi cukup bulan masalah masih sama. Orang alim kata kalau kita nak berjaya dalam hidup kita mesti jaga amal yang akan menjadi pemberat kepada kejayaan usaha kita.
Untuk tahun baru 1434H mari kita azam buat satu amalan baru yang simple tetapi istiqamah manakan tahu boleh menjadi asbab kejayaan kita dalam hidup … kejayaan kita menyelesaikan masalah yang selama ini tak selesai-selesai …kejayaan kita mendidik anak yang susah sangat nak dengan cakap … kejayaan kita melembutkan hati isteri/suami … kejayaan kita meluaskan rezeki … dan sebagainya.
Berikut ANTARA senarai amalan yang kita boleh amalkan setiap hari.
- Baca Yassin selepas Solat Suboh.
- Baca Doa Al Ma’thurat selepas Solat Suboh dan Solat Asar.
- Solat Sunat Dhuha.
- Solat Sunat Taubat.
- Baca Al Quran sekurang-kurangnya satu muka surat.
- Isthifar 100 x
- Solat Tahajjud
- Solat Witir
Bermula dengan satu amalan yang mudah dahulu sehingga istiqamah baru mulakan yang lain. Kalau ada amalah yang sudah kita amalkan maka kita buat satu lagi amalan baru yang lain. Nampak mudah tapi bukan semudah itu untuk diamalkan secara istiqamah. InsyaAllah kalau mampu kita laksanakan satu demi satu pasti akan ada perubahan dalam kehidupan.
Jangan lupa juga amalan sunnah yang mudah seperti doa sebelum makan, doa masuk/keluar tandas, doa masuk/keluar masjid dan paling utama solat fardu berjemaah.
Selangkah kita melangkah dekat kepada ALLAH SWT pasti semakin dekat ALLAH SWT kepada kita. Selangkah kita melangkah jauh kepada ALLAH SWT pasti semakin jauhlah ALLAH SWT kepada kita.
80 Comments
Terima kasih atas peringatan.. InsyaALLAH…
Curahan rasa fazrol @ ..Doa untuk anak pandai dan bijak!
terima kasih untuk peringatan ini.. semoga dapat mengingatkan kita yang alpa..
Curahan rasa KiD @ ..Sotong tepi Sawah
terima kasih DH atas perkongsian ni. terima kasih juga sebab beri peringatan. beramal biarlah sikit asalkan istiqamah berbanding beramal banyak tapi cuma buat setahun sekali
Curahan rasa Amirez @ ..Salam Ma’al Hijrah dan Ensiklopedia Solat
Salam Maal Hijrah buat semua
Curahan rasa wazy @ ..Salam Maal Hijrah 1434
hijrah membentuk perpaduan…. HIJRAH.
Curahan rasa KiD @ ..Cara Hilangkan Uban Rambut
Mantap nih infonya sobat 😀
nice share ya
Curahan rasa Arikel Unik @ ..Wanita Ini Pecahkan Rekor Naiki Toilet Tercepat
Selamat menyambut hijrah
Semoga hijrah segala keburukan, kekurangan, kealpaan dan dan segala keburukan kepada kebaikan
Umat Islam harus cemerlang, hari ini mesti lebih baik dari semalam.
Curahan rasa Luke @ ..Artis Belanda mencipta awan dalam rumah.
insyallah, bukan mudah nak berubah kerarah yang lebih baik, bak kata ustaz kazim dlm forum perdana tadi.. yang paling utama untuk berubah adalah TAKWA..
Curahan rasa CMRatu @ ..Ulang tahun Pernikahan yang ke-3
Semoga tahun baru Islam ini akan lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya
Curahan rasa Blog Keperawatan @ ..Tanda Serangan Jantung
salam maal hijrah juga dari saya…
Curahan rasa Mama I.A @ ..3 Blog Pilihan Terbaik
Perpisahan tahun1433H dan menemukan tahun 1434H. Alhamdulillah.. Syukur apa jua yang diberikan Allah SWT..
Curahan rasa abangkhai @ ..40 minit bermandikan peluh
selamat menyambut maal hijrah 1434….
Curahan rasa asraff @ ..Allahyarham Tan Sri Abdul Hamid Othman Tokoh Maal Hijrah
salam maal hijrah DH
Curahan rasa azura @ ..Mimpi mainan tidur
salam maal hijrah warga denaihati…moga2 kita semua dirahmati…amin
Curahan rasa syamila @ ..Breastfeeding Journey
Comments are closed.