Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, syukur kepada ALLAH SWT yang masih dipinjamkan usia dan kesihatan sehingga diberi peluang untuk menjejaki kaki ke tahun 1434H. Bukan semua terpilih untuk meraikan tahun baru 1434H.
Selangkah kita melangkah tahun baru Hijrah maka berbagai azam baru dipasang dalam hati tetapi seperti biasa bila sampai hujung tahun azam tinggal azam, kehidupan masih sama ditakuk lama. Untuk itu sempena tahun baru 1434H apa kata kita buat perubahan. Tak perlu azam banyak-banyak yang akhirnya tak terlaksana pun. Apa kata kita azama buat satu perubahan yang simple tapi mampu kita lakukan dengan istiqamah.
Untuk berjaya dalam hidup sebenarnya bukan bergantung seratus peratus pada usaha keras. Berapa ramai di kalangan kita yang bekerja siang malam .. siang kerja makan gaji .. malam kerja sendiri tapi cukup bulan masalah masih sama. Orang alim kata kalau kita nak berjaya dalam hidup kita mesti jaga amal yang akan menjadi pemberat kepada kejayaan usaha kita.
Untuk tahun baru 1434H mari kita azam buat satu amalan baru yang simple tetapi istiqamah manakan tahu boleh menjadi asbab kejayaan kita dalam hidup … kejayaan kita menyelesaikan masalah yang selama ini tak selesai-selesai …kejayaan kita mendidik anak yang susah sangat nak dengan cakap … kejayaan kita melembutkan hati isteri/suami … kejayaan kita meluaskan rezeki … dan sebagainya.
Berikut ANTARA senarai amalan yang kita boleh amalkan setiap hari.
- Baca Yassin selepas Solat Suboh.
- Baca Doa Al Ma’thurat selepas Solat Suboh dan Solat Asar.
- Solat Sunat Dhuha.
- Solat Sunat Taubat.
- Baca Al Quran sekurang-kurangnya satu muka surat.
- Isthifar 100 x
- Solat Tahajjud
- Solat Witir
Bermula dengan satu amalan yang mudah dahulu sehingga istiqamah baru mulakan yang lain. Kalau ada amalah yang sudah kita amalkan maka kita buat satu lagi amalan baru yang lain. Nampak mudah tapi bukan semudah itu untuk diamalkan secara istiqamah. InsyaAllah kalau mampu kita laksanakan satu demi satu pasti akan ada perubahan dalam kehidupan.
Jangan lupa juga amalan sunnah yang mudah seperti doa sebelum makan, doa masuk/keluar tandas, doa masuk/keluar masjid dan paling utama solat fardu berjemaah.
Selangkah kita melangkah dekat kepada ALLAH SWT pasti semakin dekat ALLAH SWT kepada kita. Selangkah kita melangkah jauh kepada ALLAH SWT pasti semakin jauhlah ALLAH SWT kepada kita.
80 Comments
bolah saya bookmark ini ya ,,,amalan amalan untuk bekal kita,,terima kasih
Curahan rasa Obat Herbal Penyakit Nyeri Sendi @ ..Kisah Sembuh Penderita Nyeri Sendi
Tahun Baru ini semoga kita di beri kekuatan untuk berubah dari baik kepada lebih baik…
Curahan rasa Jun @ ..Berkampung Di Puncak Alam
Salam Maal Hijrah 1434H kepada Tuan Denaihati dan juga rakan-rakan pembaca blog ini.. lama saya tak singgah blog tuan disebabkan terlalu sibuk dengan urusan kerja..
Curahan rasa Anuar @ ..Azam Tahun Baru 1434 Hijrah
Salam maal hijrah untuk DH network.
Curahan rasa hatiputera @ ..Tamat sudah giveaway hatiputera.com
salam maal hijrah denaihati. Istiqamah adalah amalan yang kita perlu buat secara berterusan.
Curahan rasa Azie @ ..Paint dan Colouring
Salam maal hijrah juga untuk semua kawan2
Curahan rasa Anna Fiera @ ..Vitamin C Organic Promosi Giveaway
hidup ini terlalu singkat utk dipersiakan …
Curahan rasa Bro Yusri @ ..Running Ladies
Salam Maal Hijrah kepada DH dan semua pembaca DH..
Curahan rasa Mak Dara aka Adza Irdawati @ ..iPhone 5 gadget impian
Sebagai amalan bersama..
InsyaAllah mudah-mudahan bila hati kita dekat dengan Pencipta, urusan kita dipermudahkan…
Aminnn
Curahan rasa Myra Jay @ ..Dinner at Cameron Highland – SMOCKEY BEAR Menu
Setiap memasuki tahun baru, mengandung makna umur kita bertambah sekaligus waktu hidup kita berkurang.
Curahan rasa Dawaihati @ ..Makna Umur
Untuk itu gunakan umur sebaik-baiknya dengan selangkah melangkah hijrah ke arah kebaikan
Curahan rasa Dawaihati @ ..Makna Umur
Amalan yang paling disukai Allah adalah yang istiqamah mudawamah dilakukan walaupun sedikit
Curahan rasa Dawaihati @ ..Makna Umur
Setuju dengan perkongsian ini. Semoga dapat dipraktikkan. Lama dah lalai ni. >.<
Curahan rasa Mummy Akmar @ ..Bagaimana Untuk Berhadapan Dengan Penceraian
salam Maal Hijrah..semoga kita terus berhijrah kearah kebaikan..InsyaAllah
Curahan rasa MK Syahir @ ..AES Phobia? Apakah?
mmg dlm proses dlm berhijrah diri..hrp konsisten..tengs utk nasihat tu bro denaihati..insyaAllah akan cuba dipraktiskan..
Curahan rasa cik tom @ ..2012 Tahunku Yang Cantik
selamat menyambut maal hijrah dari saya 🙂
Curahan rasa donnyien @ ..Langkah turunkan tekanan darah tinggi (Hypertension)
salam maal hijrah..
Curahan rasa cik tom @ ..Kenapa Simpan Emas Lebih Menguntungkan?
Comments are closed.