Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, alhamdulillah ALLAH pilih kita untuk menjejaki usia di tahun 2017. Tahun 2016 yang penuh dengan warna warni sudah menjadi kenangan dalam lipatan sejarah kehidupan. Jangan dikesali seandainya masih banyak azam 2016 yang belum tercapai kerana semua itu adalah pilihan kita sendiri. Berdasarkan kajian oleh Santapan Minda hanya 36% sahaja yang gembira dengan prestasi mereka pada tahun 2016.
2017 kita rancang dengan lebih baik dan teratur berdasarkan muhasabah diri dan organisasi 2016. Mentor motivasi Abang menasihatkan supaya menulis secara terperinci dan tepat setiap azam 2017 di dalam buku khas. Kemudian kita baca setiap hari selama 40 hari semua azam 2017 yang sudah kita catatkan dalam buku tersebut. Insyaa Allah dengan izin ALLAH akan menjadi ransangan minda yang sangat berkuasa untuk kita melaksanakan semua azam yang sudah dimenterai. Nak lagi power kongsikan azam yang telah kita catat dengan yang tersayang supaya kita lebih bersungguh-sungguh.
Insyaa Allah 2017 blog Denaihati akan terus menjadi wadah berkongsi pengalaman kehidupan dan motivasi bisnis digital kepada pembaca setia. Fokus adalah untuk kurangkan persaingan lebihkan kerja berjemaah. Setiap persaingan pasti ada yang menang dan kalah manakala kerja berjemaah akan menghasilkan kejayaan bersama yang lebih besar.
Kepada rakan-rakan yang masih tercari-cari hidup jangan buat kerja sendirian kerana ianya tidak akan membawa anda kemana. 2017 adalah tahun yang lebih mencabar, jadi lebih baik banyakkan kolaborasi dengan rakan-rakan berbagai kemahiran.. Ketepikan semua pengaruh negatif sementara untuk fokus membina kehidupan yang lebih bermakna pada tahun 2017.
Marilah kita BERUBAH walaupun susah sebelum persekitaran kita mengubah kita dengan paksa dan itu adalah tragedi.
BYE BYE 2016. No Regret.
Abang Denaihati
Penulis Blog
Denaihati TV
30 Comments
Selamat Tahun Baru 2017 tuan dan semua pembaca.. semoga tahun baru ni membawa kejayaan yang lebih gemilang dalam apa jua bidang
Selamat tahun baru 2017 buat team Denai Hati. Point penting yang dapat dari entri ini ialah gerak kerja secara kolaborasi.
selamat tahun baru 2017 untuk semua, semoga tahunbaru ini menjadi lebih baik lagi dari sbelumnya
Curahan rasa Ahmad @ ..Jasa Karikatur Murah
Selamat tahu baru 2017…semoga lebih berjaya dan teman menunggu program bersama blogger 2017.
Curahan rasa Muhammad Khairuddin Lim @ ..Awek Kawai Miyajima Island
masih belum terlambat untuk saya ucapkan selamat tahun baru 2017 kepada semua. semoga tahun ini akan membawa lebih banyak kejayaan kepada kita semua. insyaAllah. amin.
Curahan rasa haffizuliskandar @ ..Gambar sekitar majlis pernikahan King coco dan pasangan.
Selamat Tahun Baru 2017 buat bro haffizuliskandar…. Semoga lebih berjaya pada tahun ini…
Curahan rasa Anuar @ ..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
selamat tahun baru 2017..semoga tahun 2017 ni kita semua makin dimurahkan rezeki..amin..
Curahan rasa cik tom @ ..Ada Apa Dengan Minyak Herba Asmak
In Shaa Allah Amin… Semoga Cik Tom juga semakin dimurahkan rezeki… Lebih-lebih lagi setelah mendirikan rumah tangga…
Curahan rasa Anuar @ ..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
Selamat tahun baru Tuan….walau apa halangan tetap diharungi……semoga sukses semuanya bloggers….
Curahan rasa galut @ ..Siapakah Jutawan Tone Group Yang Baru
Selamat menyambut tahun 2017 kepada tuan Amir Denaihati. Sekejap masa berlalu pergi dan ia menjadi bermakna jika didalam tempoh tersebut setiap peluang dimanfaatkan.
Curahan rasa akubiomed @ ..Mendaki Broga Hill bersama Public Gold Supporter Group
okeh habih dah tahun 2016 sekarang kita buka lembaran baru 2017…
Banyak juga peristiwa suka duka 2016…
Tapi apa pun saya ucap selamat tahun baru untuk team denaihati
Curahan rasa onlajer @ ..Komisen kali Ke 10,11,12 Lazada “U can duit”
Peristiwa suka boleh dijadikan kenangan…Peristiwa duka boleh dijadikan pengajaran…
Curahan rasa Anuar @ ..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
In Shaa Allah… Pasti ada hikmah disebalik peristiwa suka atau duka yang terjadi dalam hidup kita…
Curahan rasa Anuar @ ..Motivasi 2017 : Rekod Jualan USD 1.1 Juta Dalam Tahun 2016
Pejam celik pejam celik.. pantas sungguh masa berlalu… tahun lepas punya azam dah ke laut…. tahun ni nak sambung balik.. susah nak istighamah…moga denai hati terus maju dan sukses
Curahan rasa imnajmi @ ..Rahsia di sebalik rahsia De Javu
hello 2017! semoga tahun ini lebih baik dari tahun tahun sebelumnya.
selamat tahun baru 2017 kepada team denaihati network
Curahan rasa Uncle Zuan @ ..Tempat Yang Uncle Dah Travel Sepanjang Tahun 2016
Selamat Tahun Baru~~ Moga kita akan bergerak dan berubah ke arah yang lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelumnya~~ 🙂
Curahan rasa Oja Samid @ ..Happy New Year! | Promosi Shaklee Januari 2017
Selamat tahun baru 2017..
Tahniah diucapkan kepada team Denaihati Network di atas kejayaan demi kejayaan yang berjaya dicapai sepanjang tahun 2016..
Curahan rasa anuar @ ..Nikmati Keseronokan di Bukit Gambang Water Park
bersama kita sentiasa berazam utk jadi lebih baik berbanding hari2 sebelumnya…yeah
Curahan rasa hafizmd @ ..Nak tulis tajuk pun payah!
Comments are closed.