Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar sahabat pembaca setia dan juga yang pertama kali terjumpa blog in. Terima kasih kepada yang ramai membaca dan komen di entri “Lambakan cryptocurrency di pasaran“. Apa yang kita nak buat mesti ada ilmu jangan ikut sahaja sebab orang kata. Kali ini Abang nak menulis kisah dua sahabat blogger.
Mohon seminit LIKE page kami yang penuh dengan ILMU untuk jadi top 10 Malaysia! Klik Sini
Alhamdulillah beberapa minggu lepas Abang dapat jemputan untuk majlis perkahwinan dua sahabat blogger yang memang sudah lama bersama dengan Denaihati. Terkejut juga bila dapat kad jemputan sebab mereka ni pandai jaga hubungan mereka, dari peringkat awal tak dapat di hidu. Bila dah kongsi di sosial media barulah pasti yang mereka adalah couple yang bakal mendirikan mahligai bersama.
Alhamdulillah ramai juga blogger yang bertemu johoh bersama blogger. Lebih menarik ramai yang bertemu di Majlis Sepetang Bersama Blogger yang akhirnya ke jinjang pelamin. Kalau tak silap rasanya lebih daripada lima pasangan blogger yang bertemu di majlis blogger kini sudah bekerluarga dan beranak.
Ramai juga blogger yang memeriahkan majlis persandingan blogger Khairil Mazri dan blogger Mia Namia yang diadakan di Dewan MBSA Seksyen 25 Shah Alam. Kebetulan yang serentak datang bersama Abang adalah Blogger Cahaya Diana, Blogger Akma Omar, Blogger Mak Dara, Blogger Puan Bee, Blogger Kak Juariah dan Blogger Roshidayu. Biasalah bila blogger berjumpa blogger memang jadi riuh majlis tu.
Aktiviti biasa blogger berselfie dan bergambar bersama untuk dirakamkan sebagai simpanan di sosial media, kebetulan dekorasi majlis memang cantik. Hidangannya pun enak tu yang terbaca kat FB Blogger Akma Omar katanya makan bertambah sebab hidangan ayam masak merah memang sedap.
Selamat pengantin baru kepada Khairil Mazri dan Mia Namia. Lalui kehidupan baru dengan sabar dan nikmati segala ujian berumahtangga sebagai satu keindahan hidup bukan kesusahan. Mencari susah maka susahlah yang kita dapat. Semuga bahagia hingga ke Jannah dan mempunyai anak-anak yang soleh dan soleha sebagai bekalan di akhirat kelak.
48 Comments
Tahniah.. Selamat pengantin baru kahril dan mia. Semoga bahagia ke anak cucu cicit 😉
Curahan rasa Dedaun Comel @ ..3 Ebook Marketing Percuma Untuk Anda !
tahniah kepada pengantin..pehh ayam masak merah..tibe tibe terbayang rasa sekali makan dengan nasi minyak
Curahan rasa Belang Tarung @ ..Valentino Rossi Gunakan ‘Brembo thumb-controlled rear brake master cylinder Doohan’s Style’ Selepas Patah Kaki Kanan
Barakallahu laka, wa baarik alaika, wa jama’a bainakuma fi khair. Tahniah buat Khairil Mazri dan Mia Namia. Kecil sungguh dunia blogger ni kan tuan, sehingga ramai yang tak perasan.
Curahan rasa Gum Arabic Al-Manna @ ..Akasia Senegal Dan Akasia Seyal Diterima Sebagai Gum Arabic
tahniah yeop dan mia. memang terkejut juga bila dapat tahu. semoga bahagia hingga ke syurga
Curahan rasa raihanah @ ..Vivix, Awet Muda dan Kulit Bermasalah
Tahniah kepada pasangan mempelai. Didoakan hubungan kalian kekal hingga jannah dan dikurniakan cahayamata soleh dan solehah. Aamiin 😊
Curahan rasa Nur Razali @ ..Persediaan Kehamilan Dengan Nutrisi Yang Baik
Tahniah blogger yeop & blogger Mia. Pandai diorang jaga hubungan dr awal.. semoga terus bahagia hingga ke syurga
Curahan rasa JMR @ ..Asam Pedas Kepala Ikan Merah , Bandar Hilir Melaka
kalau blogger kahwin dengan blogger..
kalau doktor kahwin dengan doktor
kalau cikgu kahwin cikgu…
ok sangat jika kombinasi begitu..
tahniah Tuan Khairil dan Puan Mia..
semoga beroleh “rahmah,maudah dan sakinah ”
aamiin
Curahan rasa mrhanafi @ ..20 Kisah Mualaf Yang Gegar Dunia Islam
Ahaaa
patutlah blog namia cinta tu dah jarang update
Hehe
sibuk kat tempat lain rupanya
siapkan majlis
Curahan rasa Mazni Azmi @ ..Ibu ini elak kencing manis semasa mengandung. 12 Cara kawal gula. Lega!
tak sangka betul kan? boleh pulak bertemu jodoh di sepetang bersama blogger anjuran DH plak tu
Curahan rasa nikkhazami @ ..Maksud Tersembunyi Logo Jenama Terkenal
Dalam diam derang ni, bila digasak …kata mereka itu cuma gosip … alhamdulillah, dah menjadi pasangan suami isteri.
Saya dan isteri secara peribadi rakamkan tahniah pada mereka berdua.
Curahan rasa Hasrul Hassan @ ..Jadual Takwim Persekolahan Tahun 2018
Saya doakan semoga ikatan perkahwinan diantara Mia dan Yeop Maz berkekalan hingga ke Jannah.. In Shaa Allah.. Amin..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Selamat pengantin baru Yeop Maz dan Mia Namia…
Kedua-duanya dari team Best Blogger Network (BBN)..
Sayang sekali sebab tak dapat hadir semasa majlis persandingan mereka..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Bila suami isteri sama-sama jadi blogger ni senang… sebab masing-masing tahu komitmen kerja masing-masing…
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Semoga dengan penyatuan dua hati sesama blogger dapat membentuk networking yang lebih hebat lagi dalam dunia penulisan blog.. good luck kepada kedua-dua mempelai..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Tanniah dua sahabat kita sudah bersatu. Semoga kekal sehingga ke Jannah.
Curahan rasa akubiomed @ ..DIY ampaian tuala dari paip PVC
Tahniah kepada kedua dua pasangan. Tahniah yaaa . Semoga bahagia ke anak cucu.
Tahniah kepada pasangan blogger yang selamat diijabkabulkan, lepas ni boleh berblogging bergilir gilir 🙂
Curahan rasa Ikhwan @ ..Bayar Kereta Guna Duit Rumah Sewa
Idea yang menarik tu tuan Ikhwan Fahmi..
Semoga mereka lebih berjaya sebagai blogger selepas ini..
Curahan rasa anuar @ ..Tawaran Pengiklanan Homestay di Blog Coretan Anuar. Pakej bermula dari RM0 hingga RM100
Comments are closed.