Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Perkahwinan

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang mencari informasi Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Perkahwinan. Setakat ini Abang tak dapat lagi mana-mana  Jabatan Agama yang menyediakan perkhidmatan semakan secara online. Salah sau khidmat carian adalah daripada Jabatan Pendaftaran Negara.

Syarat-syarat permohonan

Permohonan ini hanya untuk memperbetulkan kesilapan yang berlaku pada masa pendaftaran perkahwinan dijalankan.

Pemohonan boleh dikemukakan di mana-mana kaunter JPN atau jika melalui pos perlu dialamatkan kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara
(Bahagian Perkahwinan dan Perceraian)
No. 20, Persiaran Perdana
Presint 2 62551 PUTRAJAYA.
(Jika permohonan dihantar melalui pos, alamat surat menyurat yang tepat dan boleh dihubungi perlu dinyatakan).

Dokumen Yang Dikemukakan

1. Borang JPN.KC08 dilengkapkan.
2. MyKad pemohon (salinan fotostat MyKad jika permohonan melalui pos).
3. Pasport ASAL (salinan fotostat di dalam mukasurat yang mengandungi maklumat diri jika permohonan melalui pos).
4. Daftar Perkahwinan ASAL.
5. Akuan Berkanun berkaitan kesilapan yang dipohon.
6. Dokumen-dokumen sokongan lain (jika berkaitan).

Bayaran

1. RM2.00 bagi bayaran permohonan.
2. RM6.00 bagi bayaran pindaan maklumat.

Borang Permohonan

Makluman: Borang dalam portal ini hanya untuk panduan. Tidak digalakkan untuk mencetak dan menggunakan borang tersebut untuk berurusan . Bagi urusan , sila gunakan borang asal
JPN.KC08 – Borang Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Perkahwinan

Kepada pembaca yang ada informasi tentang cara Permohonan Pembetulan Kesilapan Dalam Daftar Perkahwinan secara online sila maklumkan kepada Abang.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

2 Comments

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!