Permohonan Kebenaran Kahwin Borang Online

Spread the love

Assalamualaikum dan salam sejahtera, ramai yang mencari informasi Permohonan Kebenaran Kahwin Borang Online . Setakat ini Abang tak dapat lagi mana-mana  Jabatan Agama yang menyediakan perkhidmatan semakan secara online. Salah satu khidmat carian adalah daripada website Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia.

Cara Untuk Memohon Kebenaran Kahwin Online

  1. Anda dikehendaki untuk mauk laman web SPPIM iaitu Sistem Pengurusan Perkahwinan Islam Malaysia
  2. Setelah anda masuk laman web SPPIM, Sila pilih pada bahagian Benar Nikah Online

Setelah itu anda akan dibawa kelaman Benar Nikah Online, Pada bahagian ini, anda sebagai pemohon baru sila klik pada pautan Permohonan baru.  Seterusnya anda akan dibawa ke laman Syarat-syarat permohonan kebenaran nikah online (BNO).

Berikut merupakan Syarat Permohonan Kebenaran Nikah Online;

1 – Pemohon mesti membuat permohonan kebenaran berkahwin online jika:
1.1 – Kedua-dua pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM iaitu Negeri Sembilan, Melaka, Perlis, Kedah dan Perak;
1.2 – Salah seorang pemohon dari negeri yang menggunakan SPPIM;
1.3 – Kedua-dua pemohon dari negeri yang tidak menggunakan SPPIM tetapi tempat majlis akad nikah adalah di negeri SPPIM.

2 – Pemohonan BNO perlu diisi oleh salah seorang pasangan sama ada lelaki atau perempuan.

3 – Pemohon perempuan boleh mendapatkan kebenaran berkahwin dari Pejabat Agama Islam Daerah (PAID) selepas pemohon lelaki mendapat kebenaran berkahwin dimana status permohonan di dalam BNO adalah lulus.

4 – Pastikan tarikh cadangan berkahwin tidak melebihi 90 hari dari tarikh permohonan.

5 – Pemohon perlu hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari selepas memohon online dan tidak melepasi tarikh cadangan berkahwin. Permohonan akan dihapuskan dari sistem jika pemohon gagal hadir ke PAID dalam tempoh 14 hari dari tarikh permohonan online.

6 – Pastikan pemohon menyimpan nombor rujukan BNO dan email selepas permohonan dibuat bagi tujuan semakan atau pengemaskini.

7 – Pengemaskinian permohonan BNO hanya boleh dibuat selagi pemohonan tersebut belum diproses oleh PAID. Sebarang pembetulan maklumat bagi permohonan yang sedang diproses oleh PAID boleh dimaklumkan kepada pihak PAID.

8 – Pastikan setiap pemohon iaitu lelaki dan perempuan membawa dokumen sokongan sebagaimana di dalam senarai semak BNO bersama dengan Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin yang telah dicetak dan ditandatangan oleh pemohon, wali (bagi pemohon perempuan) dan Penolong Pendaftar kariah/kawasan.

9 – Pastikan pemohon mengetahui kariah tempat tinggal/bermastautin.

Setelah anda habis membaca semua syarat tersebut, klik pada butang Permohonan Baru.

Setelah itu anda dikehendaki mengisi semua maklumat pengantin lelaki dan perempuan pada laman ini Borang Permohonan Kebenaran Berkahwin Online. Anda dikehendaki mengisi semua data yang di kehendaki oleh SPPIM seperti dibawah. Setelah anda Hantar pada step terakhir, anda akan dapat no rujukan anda, sila simpan no rujukan anda.

Alhamdulillah, Step terakhir anda mesti hadir ke PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH untuk mendapat kelulusan permohonan bersama borang permohonan dan dokumen sokongan.

Jika anda ada masalah sila klik BANTUAN.

Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.


Spread the love

3 Comments

    1. Saya dah isi semua info tapi taktau di mana nak print borang tersebut. Tak nampak sebarang link pun! Apatah menerimanya melalui email , tolong sayaaaaaa

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!