Assalamualaikum dan salam Aidilfitri, apa khabar semua? Aidilfitri tahun ni memang agak meletihkan daripada 10 akhir Ramadhan tak berhenti bergerak. Awal Syawal pun banyak bergerak menziarahi kedua-dua orang tua di Segamat dan Sabak Bernam. Tiada apa yang lebih indah di Aidilfitri selain dapat mengucup tangan kedua ayah dan ibu, kan mereka ini jambatan Syurga untuk kita.
Aidilfitri ini memang terlalu indah untuk sebuah keluarga terutama yang sering duduk berjauhan. Memang ramai suami isteri yang duduk berjauhan kerana komitmen kerjaya dan cita-cita seperti Kak Jie. Selalunya suami atau isteri yang berjauhan akan pulang sehari sebelum Aidilfitri.
“Bro, apa hukum hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri?”
Tak pernah pulak aku dengan hukum haram hubungan seks suami isteri malam Aidilfitri. Setahu aku hubungan seks suami isteri hanya haram ketika isteri haid & nifas dan haram melalui dubur. Haram juga dilakukan ketika melaksanakan puasa Ramadhan dan perlaku mesti membayar kembali dengan berpuasa dua bulan berturut-turut dan memberi makan kepada 60 orang miskin. Haram juga berjimak ketika sedang berihram haji dan umrah dan jika berlaku akan dikenakan dam.
Itu dari ilmu aku yang cetek tapi tak boleh nak kongsi begitu sahaja tanpa rujukan. Sebelum nak bagi jawapan aku buat sedikit rujukan.
Mungkin para ustaz yang membaca entri ini boleh berkongsi ilmu dari sumber-sumber yang saih.
Kepada Rakan Blogger yang belum berkahwin jadikan entri ini sebagai sumber ilmu persiapan dan mungkin entri “Selamatkah seks ketika hamil” juga boleh jadi sumber ilmu.
1. Ustaz Fadli (Penasihat Syariah eQurban.com) : Pada dasar hukum, tiada dalil & hujjah yg sahih lagi kukuh dari sumber agama (alquran, hadis, ijma’ n qias) yg mengatakan haram@larangan seorg suami bersama dgn isterinya pd mlm raya krn para jaguh fiqh yang muktabar (imam malik, imam hanafi, imam syafie n imam ahmad) juga berittifaq (setuju ) bahawa dibolehkan seorg suami bersama isterinya pd semua keadaan yg dibenarkan, dan tiada larang secara mutlak dalam kalangan tokoh ahli hadis, fuqaha’ n lain2 sekiranya si suami bersama dgn istrinya pd mlm raya.
2. Ustaz Effendi (Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur) : hukum jimak suami isteri adalah pada bila2 masa kecuali pada waktu iktikaf, haji, umrah, haid, nifas dan siang ramadhan sahaja. tidak ada khilaf ulama dalam bab ni. hanya ada kata2 dari sebahagian orang awan yg menyangka kalau jimak pada malam raya maka syaitan akan melekat sekali sebab mereka baru dilepaskan selepas diikat sepanjang ramadhan. itu hanya dakwaan tanpa hujah. nabi saw dah ajar doa jimak supaya dijauhi syaitan ketika berjimak. harap maklum.
3. Ustaz Azwan Muhamad : Tidaklah sampai jatuh haram utk jimak pada malam Aidilfitri. Hukumnya seperti yang telah disepakti oleh ulama adalah makruh. Antara waktu-waktu yang makruh selain 2 malam hari raya ialah pada pertengahan (tanggal 15) bulan Islam (waktu bulan mengambang). Makruh jima’ di bawah matahari atau bulan mengambang. Makruh jima’ selepas solat zohor hingga ke petang.
Makruh lelaki melihat faraj isterinya dan perempuan melihat zakar suaminya boleh mewarisi buta. Makruh jima’ jika dapat dilihat atau didengar orang malah haram sekiranya sengaja dilihat orang. Juga makruh. Juga makruh pada malam Rabu dan antara waktu azan dan iqomah.
4. Hj Muhamad Khanafi : memang tak pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.
Nota : Baca juga artikel menarik dibawah dan share pada kawan-kawan niat sebagai amal jika ia memberikan menafaat.
214 Comments
Tak salah malah bagus apabila melakukan pada hari2 yg istimewa seperti hari raya. -pernah baca tapi saya lupa dimana.
ya..betul..tak salah.. 🙂
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Traffic Jam VS Trafik Blog
ha ah betul la tu bro…yg tu aje masa haramnya..masa malam aidilfitri xpernah plak dengar hukumnya
bagus perkongsian ni untuk anak2 muda yang baru berkahwin.. 🙂
Curahan rasa boni kacak @ ..Ben Ashaari Dan Lulu Caldina Gila
Salam, setahu saya jimak di malam hari raya tidak haram, namun adalah terlebih baik jika kita disibukkan dengan menghidupkan malam ini dengan bersolat sunat (bukan taraweh ya), boleh bersolat sunat taubat, hajat, tasbeh dll, berzikir, membaca al-Quran, bersilaturrahmi, bersedekah dan lain2 amalan dgn niat menzahirkan kegembiraan kepada Allah swt… MasyaAllah entri yg baik
Curahan rasa Hanif @ ..PANDUAN GURU KELAS PRINT-OUT SLIP PEPERIKSAAN PELAJAR BAGI PEPERIKSAAN SETENGAH TAHUN
tak pernah terfikir langsung tentang hukum seks malam aidilfitri ni walaupun dah berkahwin lebih 23 tahun dan satu lagi tak ingat ada melakukannya ke tak sebab selalunya malam2 macam ni mmg busy or rumah orang tua dipenuhi adik beradik yg pastinya tido bersepah huhu
Curahan rasa sweetkurma @ ..wordless wednesday – cekal
hehe..kan akak…tak terfikir pun..sebab time ni bersepah dengan sanak saudara kan… 🙂
Curahan rasa dzuandiey.com @ ..Traffic Jam VS Trafik Blog
takut plak nak komen lebih-lebih…
Curahan rasa yangbaik @ ..Terima seadanya
saya belom kahwin,,jadi akan menjadi pelajaran berharga…
nak komen bagi pendapat pun tak kahwin lagi..biar orang yang dah kahwin jelah komen..harap DH dapat buat entri kalo dapat jawapan
Curahan rasa Adib @ ..Photo Pin: Koleksi Gambar Untuk Blogger
Penting untuk pengetahuan semua, tak berani nak bagi komen sebab tak berapa mahir bab ni, tapi rasanya Malam Aidilfitri dibolehkan.
Curahan rasa Myra Jay @ ..SeLaMaT HaRi RaYa AiDiLFiTRi
perghhh post kali ni memang hot yaww
Curahan rasa azriMy @ ..(KLIA) Kau Lupa Itu Aku – Najwa Latif
memang hot tapi mengandung ilmu yang sangat berguna sekali
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
Pemilihan Judul yang sangat tepat kang..
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
betul Bang, memang DH ini sangat pandai memilih tema yang penting dan bermanfaat
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
ni cerita org dah cukup umor ni 🙂
Curahan rasa neu @ ..Blogger, Blogging dan Tips Blog
untung la sape da kawen.haha
Alloh swt menghalalkan jima pada malam selama bulan romadlon atau malam yang siang harinya berpuasa (QS. 2 : 187), maka jima pada malam hari raya ‘idaiyn atau malam lainnya dihalalkan dan tidak mempengaruhi nilai ibadah puasa
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
dan sesungguhnya malam hari raya itu sudah masuk pada tanggal 1 bulan syawal dimana pada waktu itu diharamkan berpuasa dan dan dihalalkan makan minum dan tentu saja seks antara suami istri dibolehkan
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
dan saya pun pernah melakukannya…
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
Alhamdulillah… lengkap dalil dari Kang dadan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
kemarin saya juga ikutin Acara Mamah dedeh di ANTV yang menyinggung tentang hal ini.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Mamah Dedeh menjelaskan bahwa melakukan hubungan suami istri pada malam takbiran dihalalkan dalam Islam dan segera setelah selesai keduanya diharuskan mandi janabah (mandi hadats besar) kemudian melanjutkan takbir.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Konon hal ini di sebabkan karena adanya mitos bahwa melakukan hubungan suami istri di malam takbiran, akan melahirkan anak yang cacat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
betul Bang, mitos itulah yang berkembang di masyarakat
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
kebetulan saya tak sempat nonton, TV nya rusak
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
Saya juga nontonnya melalui TV Online Kang…
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
tapi kalau malam hari raya kemarin tak melakukan, karena istri sedang haid…hehehe
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
he..he… koq buka-bukaan sih Kang?
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
he..he…he..biar lebih jelas Bang, bahwa itu dibolehkan…
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
Saya juga pernah membaca tentang hal ini. Dan ada yang membenarkan, tapi ada juga yang mengharamkan.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
namun dalilnya yang shahih saya belum pernah dapat.
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Menurut saya dalam ajaran Islam yang diharamkan melakukan hubungan seks adalah ketika sang istri dalam keadaan tidak suci yang diakibatkan menstruasi atau nifas yaitu setelah melahirkan. “Selebihnya silakan kapan pun dan di mana pun serta dengan cara bagaimana pun, asalkan sesuai syariat Islam,”
Curahan rasa Bang Iwan @ ..Keutamaan Puasa Enam Hari di Bulan Syawal
Mu’asyarah bil ma’ruf (pergaulilah dengan sebaik-baiknya)
Curahan rasa Dadan @ ..Setelah Idul Fitri
memang x pernah dengar hukum camtu..dr sudut dalil al quran dan hadis..hanya ade 3 situasi saja iaitu pada waktu siang ramadhan,waktu haid dan nifas,dan waktu berihram haji dan umrah.Ketiga2 situasi itu secara jelas ade hukumnya.sy berpandangan kemungkinan sandaran hukum haram jimak suami isteri mlm adidilfitri ini berdasarkan hadis dhaif.sebenarnya hadis dhaif hanya boleh digunakan dlm soal2 fadhail amal sahaja dan bukannya soal hukum.
Comments are closed.