Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas Ustaz Noehas telah berkongsi video yang sangat menyentuh hati di dalam group whatsapp kami. Sesaat itu terlintas di hati untuk berkongsi video tersebut di wall FB Denaihati kerana aku tahu ramai rakan-rakan yang tidak dapat keluar dari tabiat buruk tersebut.
Dengan sedikit tagline di wall FB Denaihati yang aku tulis mengiringi video semuga ada yang terkesan di hati.
Mungkinkah ini sebabnya doa kita tidak diterima, mungkinkah ini sebabnya zuriat kita nakal, mungkinkah ini sebabnya kita tidak akan dapat syafaat Rasulullah … Mungkinkah?
Video hukum merokok pandangan beberapa ulama
Tanpa diduga video tersebut telah menyentuh hati ramai Rakan Facebook dengan dikongsikan semula kepada sahabat-sahabat mereka. Ketika entri ini ditulis sudah lebih 6800 share telah viral di dunia cyber dan ada juga yang telah menulis sebagai entri blog antaranya yang bertajuk “Rokok itu haram“.
Pertama aku nak ucapkan terima kasih kepada si pembuat video hebat ini. Kedua aku nak ucap terima kasih kepada Ustaz Noehas yang telah berkongsikan video ini. Ketiga aku nak berterima kasih kepada semua yang telah viralkan video ini keseluruh alam. Semuga usaha kita di pandang oleh Allah swt sehingga ada hati-hati yang terusik mendapat hidayah Allah untuk membuang tabiat buruk yang tiada faedahnya. Harap Rakan Blogger dapat kongsikan entri ini dengan retweet dan kongsi di G+ sebanyak mungkin dan kepada yang nak berkongsi di FB sila klik wall FB Denaihati kerana button FB like di atas buat masa ini ada sedikit masalah. (Cara bawa cursor anda ke perkataan “Sebarkan artikel in” di sidebar atas)
Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 Mac 1995 dengan jelas dan panjang lebar memberi penjelasan bahawa merokok adalah haram dari sisi Islam tetapi nafsu kuat tabiat merokok tidak dapat membezakan hukum agama dan kemahuan nafsu sehingga tidak ramai yang kisah dengan fatwa haram merokok tersebut. Semuga video ini sedikit memberi keinsafan setelah berbagai poster ngeri sehingga ditampal di kotak rokok tidak mengusik hati perokok. Yang terbaru Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan bahawa Hukum Shisha mengikut pandangan syarak adalah haram.
Baca juga : Teguran ibu jadi musuh hingga keakhir hayat
[box type=”shadow”]Sponsor Ads
Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini
Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini
Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]
Mungkin anda seperti Blogger Boni Kacak ada pengalaman berhenti merokok atau mungkin anda ada pengalaman melihat sahabat dan keluarga yang berhenti merokok sila kongsikan di sini.
48 Comments
Assalamualaikum…
Tak dapat pun nk share artikel ni..
Curahan rasa amir zahari @ ..Gambar-gambar Hujan Meteor Perseid
alhamdulillah,, abah tak merokok,, adik pun tak merokok,, cuma uncles and friends je ada yang merokok,, moga mereka berubah satu hari nanti,, amiiin
Alhamdulillah…saya tidak merokok seumur hidup saya. Dan banyak sebab lain doa tidak diterima bukan kerana merokok sahaja.
Curahan rasa ahmdyani @ ..Raya Yang Dahulu Bukanlah Raya Yang Sekarang
aku pun dah tak merokok sejak pertengahan ramadhan ini..aku harap lepas raya nanti dapat behenti terus
Curahan rasa master slave @ ..Melayu Boleh
haram tetap haram…tapi yg haram tu tetap suka dibuat orang….ema suka atas penjelasan dan pengalaman boni..dan terima kasih tuan denai membuat entri tentang merokok ini..
Curahan rasa ema @ ..Bersabarlah Sayang
Bila penghisap rokok melihat video ini, dapatlah memberikan mereka kesedaran akan kemudaratannya…Semoga ramai yang sedar akan keharamannya…
Curahan rasa Blogger Top Star @ ..Ingin Menjadi Blogger Top Star
Rokok adalah haram, kenapa masih ramai yang sedut asap rokok ini? Malahan ia amat merbahaya kepada kesihatan diri, keluarga dan masyarakat! Fikir dan renungkanlah….
Semoga tekadmunuk berhenti merokok dapat dikuatkan
Curahan rasa hafiz @ ..Cek dari Nuffnang
Semoga kita dijauhkan dari kebiasaan buruk tersebut
Curahan rasa Ferry @ ..Manfaat Zakat Fitrah
Alhamdulillah saya tidk pernah merokok.
Rokok itu menurut saya sendiri sih penyakit..
Curahan rasa NetterKu @ ..Harga dan Spesifikasi Nokia Lumia 1020
agar semua orang memahaminya…
Curahan rasa Wan Fauzi™ @ ..Kemenangan Semakin Hampir
Alhamdulillah.. kebanyakkan daripada kita perlukan sokongan untuk berhenti merokok.. Saya tak menghisap rokok dan tak pernah cuba sebab takut sekali cuba terus ketagih..
Curahan rasa waiman takwa @ ..Sistem Semakan Online Dan Download Borang Program Latihan Khidmat Negara Untuk Pelatih PLKN
memang terkesan bila menonton video tersebut. Semoga kita semua mendapat manfaat dari nya. Tiada yang dapat mengubah melainkan Allah. Banyakkan berdoa.
Curahan rasa saljuhumairah @ ..Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013
Alhamdulillah, dalam ahli keluarga saya, tiada yang merokok… ena harap, ena dapat jodoh yang tak merokok juga
saya rasa syukur karena sudah bisa terlepas dari benda tak baik tersebut
Curahan rasa munir ardi @ ..Vitamin-Vitamin Penting untuk anak anda
Comments are closed.