Sebab Doa tidak diterima dan zuriat nakal

Spread the love

Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, beberapa hari lepas Ustaz Noehas telah berkongsi video yang sangat menyentuh hati di dalam group whatsapp kami. Sesaat itu terlintas di hati untuk berkongsi video tersebut di wall FB Denaihati kerana aku tahu ramai rakan-rakan yang tidak dapat keluar dari tabiat buruk tersebut.

Dengan sedikit tagline di wall FB Denaihati yang aku tulis mengiringi video semuga ada yang terkesan di hati.

Mungkinkah ini sebabnya doa kita tidak diterima, mungkinkah ini sebabnya zuriat kita nakal, mungkinkah ini sebabnya kita tidak akan dapat syafaat Rasulullah … Mungkinkah?

Video hukum merokok pandangan beberapa ulama

Tanpa diduga video tersebut telah menyentuh hati ramai Rakan Facebook dengan dikongsikan semula kepada sahabat-sahabat mereka. Ketika entri ini ditulis sudah lebih 6800 share telah viral di dunia cyber dan ada juga yang telah menulis sebagai entri blog antaranya yang bertajuk “Rokok itu haram“.

merokok adalah haram

Pertama aku nak ucapkan terima kasih kepada si pembuat video hebat ini. Kedua aku nak ucap terima kasih kepada Ustaz Noehas yang telah berkongsikan video ini. Ketiga aku nak berterima kasih kepada semua yang telah viralkan video ini keseluruh alam. Semuga usaha kita di pandang oleh Allah swt sehingga ada hati-hati yang terusik mendapat hidayah Allah untuk membuang tabiat buruk yang tiada faedahnya. Harap Rakan Blogger dapat kongsikan entri ini dengan retweet dan kongsi di G+ sebanyak mungkin dan kepada yang nak berkongsi di FB sila klik wall FB Denaihati kerana button FB like di atas buat masa ini ada sedikit masalah. (Cara bawa cursor anda ke perkataan “Sebarkan artikel in” di sidebar atas)

Fatwa Majlis Kebangsaan pada 23 Mac 1995 dengan jelas dan panjang lebar memberi penjelasan bahawa merokok adalah haram dari sisi Islam tetapi nafsu kuat tabiat merokok tidak dapat membezakan hukum agama dan kemahuan nafsu sehingga tidak ramai yang kisah dengan fatwa haram merokok tersebut. Semuga video ini sedikit memberi keinsafan setelah berbagai poster ngeri sehingga ditampal di kotak rokok tidak mengusik hati perokok. Yang terbaru Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengumumkan bahawa Hukum Shisha mengikut pandangan syarak adalah haram.

Baca juga : Teguran ibu jadi musuh hingga keakhir hayat

[box type=”shadow”]Sponsor Ads

Rahsia Yakjuj Makjuj terbongkar! Klik Sini

Jana Duit Tanpa Modal. Hanya perlukan kemahiran untuk dapatkan duit. Klik Sini

Panduan Lengkap buat duit dengan Facebook. Klik Sini[/box]

Mungkin anda seperti Blogger Boni Kacak ada pengalaman berhenti merokok atau mungkin anda ada pengalaman melihat sahabat dan keluarga yang berhenti merokok sila kongsikan di sini.


Spread the love

48 Comments

  1. Saya sendiri seorang perokok.. 15 tahun hidup sebagai seorang perokok.. Memang dah lama berniat nak berhenti.. Cuma belom dapat berhenti sepenuhnya.. Bulan puasa ni Alhamdulillah dapat kurangkan hisap rokok.. Banyak jugak kurang dia.. Tapi bila tiap kali lepas waktu berbuka je memang rasa nak berasap.. Kadang2 boleh tahan, kadang2 tak boleh tahan.. Tapi tak pernah lagi berbuka dengan rokok.. Itu dah tahap kurang siuman agaknya.. Berbuka dengan kurma lagi sedap..

    Harap2 satu hari nanti dapat berhenti merokok..
    Curahan rasa Anarm @ ..Zakat Fitrah Satu KewajipanMy Profile

  2. Rokok amat merbahayakan kesihatan..
    xkirelah murah ker mahal..
    mcm2 bnda dalam rokok..
    tp bila dah rokok mmg ketagih..
    hal2 merbahaya ue diletakan tepi..
    yg penting dapat merasa nikmat menghisap..
    nk kan lg viral video yg lebih seronok dan menarik..
    sila tekan link bawah nie…
    http://www.youtube.com/watch?v=OChCKbeUrbk
    hope enjoy 🙂

  3. Saya dulu juga bolehlah dikatakan perokok kerana setiap pagi saya akan menghabiskan sebatang rokok sambil minum nescafee panas.Kemudian waktu tengah hari, petang dan malam juga dengan benda yang sama sehinggalah satu ketika saya merasa sesak dada yang sakit dan rasa lemas badan.selepas daripada itu saya kini sudah membuang tabiat merokok tersebut dan syukur pada Tuhan kerana sudah lebih daripada 8 tahun saya tidak merokok.

  4. saya merokok sejak umur 15 tahun. masa sekolah dulu, wajib merokok sehari satu batang. itu paling busuk. lepas habis sekolah, anggaran saya merokok bertambah menjadi satu kotak satu hari. lepas sambung belajar dulu lagi dasyat. kadang-kadang dua kotak sehari. bayangkan sehari 40 batang. dah sampai tahap tepu dah paru-paru ni. kalau kasi belah, memang hitam padu dah. dah boleh buat tar jalan. Paling ajaibnya, saya berjaya berhenti merokok pada bulan satu tahun 2013 ni. 13 tahun merokok berjaya juga berhenti. Dah tua kutuk baru berjaya berhenti selepas berkali-kali mencuba.

    Saya berhenti merokok pun hanya dengan bantuan gula-gula. tak digalakkan berhenti dengan bantuan gula-gula sebab boleh buat gigi rosak. tapi lebih baik daripada tak gunakan apa-apa dan tak boleh berhenti merokok. Sebenarnya asas nak berhenti merokok ni adalah hati dan niat. Kena cekal dan kuatkan semangat. dah buat keputusan jangan sesekali patah balik. Jangan cakap tak boleh sebab berstatus perokok tegar. saya pun asalnya seorang perokok tegar sebab saya merokok selama 13 tahun. 13 tahun ni bukanlah tempoh yang singkat. 13 tahun ni dah tahap nikotin tu sebati dengan tubuh badan. Sampaikan boleh menggigil bila tak dapat rokok. Tapi bila dah berjaya berhenti tu, percayalah, ia lebih nikmat sebenarnya. rasa diri ni tenang je. Tenang dari racun yang membunuh tu. Nak tau kita berjaya hilangkan ketagihan merokok tu senang je. Kalau korang dah tak rasa apa-apa bila tengok orang merokok, dah tak rasa nak hisap rokok walau terbau aroma asap rokok, dan dah boleh lupa untuk hisap rokok lepas makan, itu tandanya korang dah berjaya berhenti dan berjaya hilangkan ketagihan merokok korang tu.

    Part paling best dan menarik, beberapa bulan lepas dan baru-baru ni. saya boleh hisap rokok sebatang dua untuk buat geli-geli tekak, . Tapi tak ketagih balik pun. Tak terjebak balik pun. Sebenarnya hanya permainan mentaliti kita je yang buat kita ketagih merokok dan tak boleh berhenti merokok ni. Bila kita dah tetapkan yang kita wajib beli rokok hari-hari, wajib hisap rokok hari-hari, dan wajib hisap rokok lepas makan setiap hari, inilah sebenarnya yang buat kita terus ketagih dan tak boleh berhenti. Mind set sebenarnya masalah utama. Ibarat makan nasi. Kenapa kita bedal nasi hari-hari sedangkan kita boleh gantikan nasi dengan benda-benda lain? Boleh je hidup. Sebab kita dah tetapkan dalam Mind Set kita yang nasi tu makanan wajib kita hari-hari. kalau tak makan, esok kita akan mati. Betul tak? Hahaha. Padahal boleh je hidup tanpa makan nasi dan hisap rokok.

    Jadi, sebenarnya boleh je berhenti merokok. pucuk pangkal hati dan MindSet. Kuatkan semangat. cekalkan hati. Jangan pandang belakang kalau dah buat keputusan. Dan, lepas berjaya berhenti, jangan pula cuba hisap balik untuk buat geli-geli tekak. Dah tengok kan video ni? Hahaha.
    Curahan rasa boni kacak @ ..Koleksi Pantun Raya Terbaik Dan Terbaru Edisi BloggerMy Profile

  5. pernah merasa sebatang rokok, cuma sekali, dan merasakan yang ia adalah perkara yang sia-sia.. Nampak juga beberapa orang kawan berhenti, tapi lagi menyedihkan ada yang baru mula merokok akibat tekanan di tempat kerja. Bila ditegur dia marah kita “jangan azankan aku”. Sebab sayang kawan, tegur juga. harap mereka insaf..
    Curahan rasa Zuan @ ..Majlis Iftar eQurban di Warisan Kaseh, BantingMy Profile

  6. alhamdulillah saya bukan perokok..dan tidak mahu merokok..
    tetapi walapun tidak merokok,kesan kepada kita lebih berbahaya dari perokok..
    jika kemana mana,kita pasti terdedah dengan asap rokok oleh perokok berhampiran yang tidak endah jia kita membawa anak kecil dan bayi..mereka seperti tidak menghiraukan nasib dan kesan kepada anak kecil yang secara tak lansung menghidu asap rokok..
    Curahan rasa melastik bintang tumpang komen @ ..Gambar Tidak SenonohMy Profile

Comments are closed.

OTHER POSTS

Subscribe to Denaihati

Dapatkan artikel terkini terus dalam email anda!