Assalamualaikum dan Salam 1Dunia, baru-baru ini dapat jemputan pelancaran produk baru Scholl. Aku ini memang sangat memilih kalau nak pergi majlis pelancaran produk biar sesuai dengan tema blog kalau tidak boleh jadi carca merba pulak. Jemputan dari Scholl memang tidak dapat ditolak kerana antara jenama yang sudah biasa digunakan oleh isteri. Katanya memang best memakai kasut dan sandal Scholl lembut dan selesa.
Kali ini Scholl bukan melancarkan kasut atau sandal baru tetapi produk unik yang pertama di dunia untuk pengguna yang mempunyai masalah tapak kaki yang pecah. Memang sesuai sangatlah untuk isteri yang memang ada masalah tapak kaki pecah. Kami tak ada pembantu rumah jadi semua kerja kena buat sendiri itu yang pecah-pecah tumit kaki.
Scholl adalah pakar dan peneraju dalam bidang penjagaan kaki memperkenalkan inovasi terbaharunya untuk menanggalkan masalah kulit kasar. Alat elektronik dikenali sebagai Velvet Smooth Express Pedi yang ringkas dan mudah digunakan. Direka penuh ergonomik dengan pemegang yang lembut, Scholl Velvet Smooth Express Pedi dilengkapi satu kepala penggelek Micralumina™ yang berpusing dengan laju. Ia mampu menanggalkan kulit kasar dengan mudah, pada masa yang sama menjadikan kulit kaki dengan lembut dan licin. Dengan satu penggunaan sahaja, seseorang individu boleh mendapat hasil yang baik dengan membuang segala kulit kasar di tapak dan tumit kaki. Setiap kali digunakan, penggelek itu boleh dibuka untuk dibasuh atau diganti, sekali gus menawarkan penyelesaian yang berkos efektif untuk kaki yang cantik dan lembut.
Scholl Velvet Smooth Express Pedi kini boleh didapati di farmasi-farmasi terkemuka pada harga RM129.90 seunit. Pek isian semula yang mengandungi dua unit penggelek yang boleh diganti dijual secara berasingan pada harga RM49.90 (untuk dua roller). Setiap penggelek boleh digunakan sehingga 12 rawatan ke atas kedua-dua belah kaki. Satu alat elektronik ini bolehlah diguna satu keluarga berkongsi.
Aku sudah mencuba memang best boleh bersihkan semua kulit kasar di tapak kaki tapi awas kepada yang kaki geli kena berhati-hati jangan pulak tendang isteri yang bersusah payah nak bersihkan tapak kaki anda.
Untuk dapatkan voucher RM10 sila klik SINI
Promosi dari 1 Ogos – 30 September 2014
Selagi stok masih ada
Hanya untuk Scholl Velvet Smooth Express Pedi sahaja
Jom kita tengok demo cara merawat tapak kaki dengan menggunakan Scholl Velvet Smooth Express Pedi …
Aug 18, 2014 | Cara rawat tapak dan tumit kaki yang pecah by denaihati on Keek.com
Untuk maklumat lanjut sila klik ke www.velvetsmooth.com.my. Nak tanya soalan ke, nak search butik Scholl ke kan. Semua boleh ada dalam website ni. Selamat bergeli-geli tapak kaki.
416 Comments
Wahhh, sangat menarik dan harga pun mampu milik.
Bab tendang isteri tu memang lawak. Ketawa sorang-sorang di pagi hari 🙂
Curahan rasa myliferia @ ..eBook Percuma Jenis Gemuk & Cara Mengatasinya
ha ha…jangan sampai kena tendang, harganya memang harga mampu milik.
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 jadual waktu Malaysia dan keputusan
Kene tenyeh hari hari la jawabnya nih..
Curahan rasa ohcikgu @ ..Permainan budak sekolah zaman 90-an suka buat dulu, TETAPI masih dimainkan sehingga hari ini.
kena baca “precaution” dulu tu, “1.For use on hard skin on the feet only.” kalau dah ok eloklah jangan tenyeh lagi, lain pulak jadinya nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
Mau hilang kulit kaki kalau terlebih tenyeh…hehehe
Curahan rasa myliferia @ ..eBook Percuma Jenis Gemuk & Cara Mengatasinya
macam best je,, tapi saya belum mengalami tpak kaki merekah
Curahan rasa hafizi @ ..Ibu Hamil Wajib Berfesyen?
muda-muda jarang rasanya kecuali buat kerja kasar tak pakai kasut….
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit Raya Aidilfitri 2014
kaki saya mudah sahaja alamai rekahan terkadang mangis buatnya. teringin nak beli tapi hajat pendamkan sahaja
Curahan rasa cahayacinta @ ..Cara Membuat Pau Kukus Atau Pau Bakar Dalam Oven
WOW, CLICK HERE to Watch Miley Cyrus Saxiest Moments – MUST SEE!!!
itulah anak dan suamu suruh beli kata tunggu rm masyuk kataku geeeee
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Mengasingkan Kuning Telur Dengan Menggunakan Kuasa Encik Botol ?
sikit hari lagi duit masyuk kot…heee. ramai peminat ni, satu keluarga lah
Curahan rasa Denaihati @ ..Haji bukan keutamaan hidup
Cam best je produk ni. Boleh men’try’kan diri nanti.
Curahan rasa daddydee @ ..Malaysia Kita
memang best, dan sangat unik tu, bolehlah cuba nanti
Curahan rasa Denaihati @ ..Jadual dan Keputusan Champions League 2014/15
boleh jimat la duit dari pegi mani and pedi di kedai.busuk2 kene kluar duit rm40.00…fuh…jimat jimat.
Curahan rasa mai has @ ..Haid Tidak Teratur : Punca dan Cara Menanganinya
banyak jimat tu, bolehlah beli dan cuba, mudahan berkesan nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..10 syarat yang ditetapkan Hamas untuk Gencatan Senjata
Jenama Scholl ni memang terbaek. Harga kasut dia pun memang mahal tapi puas hati. bertahun pakai tapi masih lagi ok.
Curahan rasa Sobri Mansor @ ..iPhone 5s gajet impian setiap blogger
Jenama yang dah lama dan terkenal serta sangat berkualiti dengan produk sandel dan kasut. .
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
tak pernah beli kasut dia tapi ramai kawan kata brand kasut tahan lasak
Curahan rasa suri @ ..Cara Mudah Mengasingkan Kuning Telur Dengan Menggunakan Kuasa Encik Botol ?
ya, jenama yang dah lama terkenal dengan sandel dan kasut, berkualiti dan tahan.
Curahan rasa Denaihati @ ..Wangian Yang Hilang Di Timur Jauh
Nak kena cuba juga cara rawat kaki dengan alat ni.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
silakan cuba dan semuga boleh rawat kaki nanti.
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
kalau saya, saya pastikan selalu pakai stokin bila keluar rumah. disamping tu guna juga herbal blend. mmg mujarab buat saya.
Curahan rasa Raihanah Ahmad @ ..Atasi HB Rendah Ketika Hamil
Stokin salah sau cara juga nak jaga kesihatan kaki.
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
langkah pencegahan lebih baik, kalau dah kena, rawat dulu dan sebaiknya buat tindakan pembetulan…pakai stokin macam ni ke…
Curahan rasa Denaihati @ ..Anwar mengecewakan harapan rakyat
Kalau buat sendiri konpem tak geli, tapi kalau orang lain buatkan konpem geli.. 🙂
MJ pakai stokin Scholl, best..
http://normj1001.blogspot.com/2014/05/stokin-kaki-scholl-untuk-tidur.html
Curahan rasa Myra Jay @ ..DIY Fridge / Makeover Peti Sejuk
Haha..betul tu. Kena buat sendiri baru tak geli..
Curahan rasa Pokok Manggis Depan Rumah @ ..Buat Duit Dengan AdvertorialMY
buat sendiri pun boleh, takde masalah, ada orang sensitif sangat….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Barclays Premier League 2014/15 jadual waktu Malaysia dan keputusan
Bagus ni. Rasanya kaki kawe pundah start retak seribu. Maybe boleh try gak.
Curahan rasa Ismail N @ ..The Awesome Mee Bandung Muar
boleh sangatlah ni, sebelum terus rosak dan keras kematu…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Tiga iPhone 5S untuk dimiliki
Tengok video keek ni macam best je dia buat. Hehehehe. Tapi kan.. harganya boleh tahan jugak RM129.90.
Curahan rasa Ammar @ ..BANK MANA BAGI LOAN SENANG?
produk unik macam ni, memanga ok lah harga ni. gelilah sikit….heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Duit Raya Aidilfitri 2014
hoho
kaki siapa yang dah pecah-pecah tu, elok moleklah angkat sepuluh benda nih.
Curahan rasa titan @ ..Buat Duit dengan MobiCow
lu boleh belikan untuk isteri persediaan nanti, satu pun cukuplah…heee
Curahan rasa Denaihati @ ..Haji bukan keutamaan hidup
Sentiasa pilih yang selesa untuk kaki..sapa yang ada masalah kaki boleh guna produk ni
Curahan rasa weschairs @ ..Asal-usul nama negeri Selangor
bagus dicuba dengan harga yang munasabah dan mampu milik lah….
Curahan rasa Denaihati @ ..Misteri wangian yang hilang
Comments are closed.